Home » , » Cara Masak Bubur Ayam Simple Tapi Sedap

Cara Masak Bubur Ayam Simple Tapi Sedap

Sponsored Links
Resipi pada kali ini, kita akan belajar bagaimana cara masak bubur ayam yang mudah dan sedap sekali.

Resipi ini mungkin agak berbeza dengan cara anda memasak bubur ayam sebelum ini kerana resipi ini dikatakan resipi ala-ala masakan Cina.

Bahan-bahan yang digunakan pula tidak lah sesukar mana kerana bahan-bahan ini amat mudah diperolehi di mana-mana pasar raya.

Baik, jom kita ketahui apakah bahan-bahan yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum memasak bubur ayam yang super ummp ini hoho..

Bahan-bahan untuk masak bubur ayam

  1. 400 gram daging ayam
  2. 1 cawan beras
  3. 1 inchi halia muda dihiris halus
  4. Minyak bijan
  5. Serbuk lada sula
  6. Garam secukup rasa

Cara-cara memasak bubur ayam

400 gram ayam tadi, gaulkan bersama-sama dengan garam, serbuk lada sula dan juga dengan minyak bijan.

Apabila selesai, perapkan dalam anggaran beberapa minit.

Langkah seterusnya, panaskan air ke dalam kuali dan biarkan air sehingga mendidih. Seterusnya masukkan ayam ke dalam kuali dan biarkan ianya mendidih dalam anggaran 6-7 minit.

Selepas ayam mendidih dalam kuali, kecilkan api dan perlu direnehkan lagi sehingga anggaran 25-30 minit.
Photo by, hirotomo t, Licenced Via Creative Commons

Selepas anda merenehkan ayam, keluarkan daging ayam dari kuali dan carik-carikan daging ayam kepada bahagian-bahagian yang kecil.

Bagaimana pula dengan tulang? Anda tidak perlu membuang tulang ayam tersebut kerana ianya boleh dimasukkan semula apabila anda memasak bubur itu nanti.

Ok, apabila anda telah siap mencarik daging ayam pada bahagian yang kecil, gaulkan daging ayam itu dengan serbuk lada sula, minyak bijan dan juga garam.

Anda perlu mengaulkan keseluruhan bahan itu tadi sehingga ianya benar-benar sebati dan asingkan ke dalam pinggan.

Kuali yang mengandungi sup ayam serta tulang ayam itu tadi, masukkan sedikit lada sula dan garam secukup rasa, gaul sehingga sebati.

Step seterusnya, masukkan 1 cawan beras ke dalam kuali itu tadi dan bahan terakhir yang perlu anda masukkan adalah hirisan halia.

Masak hingga beras itu benar-benar mendidih dan gaul sehingga beras benar-benar lembut menjadi bubur.

Apabila masakan bubur anda telah siap dimasak, masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan carikan daging ayam itu tadi dan siap untuk dihidangkan.

Resipi bubur ini amat sedap apabila dicampurkan dengan cili dan kicap cair.

Rujukan: iCook Asia
Sponsored Links
« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

English
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed. Only comments relevant to the topic will be displayed. Do not spam on this blog, I really respect you. Thanks.

Malay
Komen mengandungi link aktif, promosi, meminta kunjungan semula, tidak akan dipaparkan. Hanya komen relevant dengan topik akan dipaparkan. Jangan melakukan spam di blog ini, saya benar-benar menghormati anda. Terima Kasih.