Home » » Penting! Ketahui Jangka Hayat Tayar Kereta Anda!

Penting! Ketahui Jangka Hayat Tayar Kereta Anda!

Jika anda melihat pada berita di dalam negara Malaysia, kerap kali terjadinya kemalangan disebabkan oleh pelbagai sebab, dan berita yang agak menyedihkan, kemalangan disebabkan pengguna  menggunakan tayar masak ataupun tayar terpakai yang ditoreh dan ditampal dengan getah yang baru.

Jangka hayat tayar kereta harus anda ketahui dan penting sebagai pengetahuan anda sekiranya anda adalah pengguna jalan raya ataupun anda memiliki sebuah kenderaan untuk kegunaan sendiri.

Adakah anda masih ingat aktor terkenal Hollywood bernama Paul Walker yang terbunuh di dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lepas?

Kajian keatas tayar kenderaan Porsche Carrera GT yang dipandunya mendapati tayar tersebut telah berusia sembilan tahun. Mengikut ulasan yang diberikan oleh California Highway Patrol, jangka hayat tayar tersebut telah menjejaskan ciri-ciri pemanduan.

Apabila kita melihat semula situasi-situasi yang menyebabkan kemalangan salah satu faktor utamanya adalah mengenai tayar, perlunya kita berhati-hati dengan penggunaan tayar terpakai serta jangka tayar itu sendiri.
Photo by, VenV Licenced Via Creative Commons

Kebanyakan pengguna kereta pula hanya melihat pada bunga tayar itu sendiri bagi menentukan kondisi adakah ianya masih elok ataupun sebaliknya tanpa memikirkan jangka hayat tayar yang digunakan.

Tahukah anda semakin lama tayar anda walaupun ianya masik elok, sebatian tayar akan merosot disebabkan oleh peredaran masa dan ia akan membahayakan keselamatan anda sendiri.

Walau begitu, kenyataan ini mungkin akan akan disangkal bagi mereka yang sentiasa memandu dengan jarak 12,000-15,000 batu setiap tahun kerana di dalam pemanduan ini tayar akan haus dalam  3 hingga 4 tahun sahaja.

Bagaimana pula bagi mereka yang memandu hanya anggaran jarak 6,000 batu sahaja di dalam setahun? Ya, disini lah yang menjadi isunya berkenaan jangka hayat tayar kereta. Jangka hayat tayar adalah sebagai tanda amaran tayar kereta anda harus diganti dengan tayar yang baru.

Menurut pandangan presiden Penyelidikan Keselamatan & Strategies, Inc di US, Sean Keane, tayar kereta yang terlalu tua diumpamakan sebuah getah yang telah dibiarkan terlalu lama, dan apabila getah ini ditarik ia akan merekah ataupun retak.

Berbeza pula pandangan pengarah jenama tayar terkenal di dunia iaitu syarikat Michelin, penama  Doug Gervin bahagian pemasaran produk untuk kereta penumpang dan juga truck berpengkalan di US, beliau mengatakan, setiap tayar di jalan raya akan cukup lama tunduk kepada umur.

Beliau mengatakan, tayar yang baik mengandungi “anti ozinant”  iaitu sesuatu bahan kimia yang direka keatas tayar untuk menjadikan ianya melambatkan proses penuaan.

Bagi syarikat-syarikat terkenal seperti syarikat pengeluar kereta, pengeluar tayar, dan juga pengeluar getah US, mereka mempunyai pandangan yang berbeza mengenai tayar.

Syarikat pengeluar kereta Mercedes-Benz  dan juga Nissan mengatakan, penguna harus menukar tayar selepas enam tahun dari tarikh pengeluaran tayar tersebut tanpa mengira jangka hayat bunga pada tayar.

Bagi syarikat pengeluar tayar seperti syarikat Michelin dan juga Continental, mereka mengatakan, tayar mampu bertahan sehingga 10 tahun tetapi dengan syarat pengguna harus menjalankan pemeriksaan pada tayar kereta mereka pada tahun yang kelima.

Bagi persatuan pengeluar getah di US, mereka mengatakan tiada tarikh sebenar harus dinyatakan mengenai tarikh tamat tempoh sesebuah tayar itu kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kondisi sesebuah tayar walaupun masih belum digunakan.

Antara faktor yang diambil kira adalah seperti, faktor haba, keadaan tempat penyimpanan, cara pengguna menggunakan tayar itu sendiri yang mengurangkan jangka hayat sesebuah tayar.

Berikut adalah kajian terperinci mengenainya.

Kajian dan penyelidikan yang dijalankan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) berpengkalan di US mendedahkan bagi tayar yang berada di iklim yang panas, proses penuaan tayar adalah lebih cepat disebabkan pendedahan terus kepada sinaran cahaya matahari.

Adalah lebih baik anda menyimpan tayar pendua (spare) di dalam stor daripada disimpan di dalam bonet kereta kerana tayar disimpan di dalam bonet umpama tayar anda berada di dalam ketuhar kecil lebih-lebih lagi kereta anda berada dibawah sinaran cahaya matahari.

Bagi mereka yang mempunyai truck, tayar yang disimpan di bawa kenderaan akan memendekkan jangka hayat tayar disebabkan terdedah kepada kotoran dan haba.

Walaupun tayar spare tidak pernah digunakan, ianya umpama “ tayar spare di dalam perkhidmatan” kerana cara penyimpanan tayar yang kurang sesuai dan secara teknikalnya memendekkan jangka hayat tayar tersebut.

Bagi faktor cara penggunaan pula, berapa kali kah anda melakukkan tampalan keatas tayar dan juga jumlah tayar anda mengalami kebocoran, serta permukaan jalan yang anda lalui memberi kesan yang besar di dalam jangka hayat tayar kereta anda.

Berbeza pula bagi mereka yang hanya menggunakan kereta mereka pada hujung minggu dan juga mereka yang menggunakan kereta setiap hari. Corak jangka hayat tayar kereta adalah berbeza-beza disebabkan faktor bagaimana pengguna itu sendiri menggunakan tayar mereka.

Pengarah bahagian pemasaran Michelin, Doug Gervin juga mengatakan penyelangaraan tayar yang betul adalah langkah terbaik untuk mengekalkan jangka hayat tayar dengan mengambil kira mengenai tekanan tayar yang betul dan pemeriksaan tayar secara tetap.

Bagaimana untuk menentukan tarikh pengeluaran sesebuah tayar itu?

Sebenarnya, jika anda melihat pada sisi tayar terdapat banyak angka yang ada pada tayar tersebut dan salah satunya adalah kod ataupun angka tarikh pengeluaran tayar.

Kod-kod ataupun angka-angka yang ada pada sisi tayar telah ditentukan oleh U.S. Department of Transportation (DOT) dan kod-kod ini digunapakai oleh piawaian antarabangsa mengenai tayar.

Bagi tayar yang dibuat selepas tahun 2000, terdapat empat kod nombor yang tertera pada sisi tayar dimana dua angka mewakili minggu dan dua lagi angka mewakili tahun. Misalnya kod DOT pada tayar adalah 1209.

Kod tersebut menandakan tarikh pengeluaran tayar adalah minggu ke 12, tahun 2009. Bagi pengeluaran tayar sebelum tahun 2000, hanya terdapat tiga sahaja kod DOT, umpamanya 329. Agak sukar untuk memecahkan kod ini.

Kod 329 mungkin merujuk kepada minggu ke 32 tahun 1989 ataupun minggu ke 32 tahun 1999 bagi tarikh pengeluaran tayar tersebut.

Pendek kata kod DOT bukan untuk rujukan pengguna tetapi ia lebih sebagai rujukan kepada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) bagi mengenalpasti tarikh pengeluaran sesebuah tayar oleh syarikat pengeluar tayar sekiranya terdapat masalah pada tayar tersebut.

Satu nasihat yang baik dari Persatuan Pengeluar Tayar British adalah, mereka telah mencadangkan kepada pengguna untuk memeriksa tayar sekerap yang mungkin bagi mengenalpasti tanda-tanda jangka hayat pada tayar yang telah merosot dengan mengambil kira, kehausan pada bunga tayar, keretakan, gelembung, dan sekiranya ianya berlaku tanda-tanda tersebut, pengguna disaran mengantikan tayar yang baru.

Selain itu, antara nasihat-nasihat mereka yang berpengalaman  mengenai tayar kereta memberi cadangan kepada pengguna supaya tidak membeli tayar terpakai.

Walau begitu harga tayar pada masa kini boleh diketegorikan sebagai mahal dan kepada pengguna yang kekurangan wang semasa berlakunya masalah pada tayar kereta mereka lebih suka memilih tayar yang terpakai sebagai altenatif.

Jika anda sebagai pengguna yang selalu menggunakan tayar terpakai untuk kenderaan anda, pernahkah anda terpikir mengenai tayar terpakai yang anda beli, mengenai cara pemakaian pemilik tayar sebelum ini?

Mungkin pemilik sebelum ini kerap menggunakan tayar tersebut dengan tekanan angin yang rendah, kerap melakukkan tampalan keatas tayar disebabkan oleh paku dan mungkin tayar tersebut telah pun berusia bertahun-tahun?

Sebab-sebab ini lah pengguna disaran untuk membeli tayar yang baru dan fresh bagi menjamin pemanduan yang lebih baik terutama keselamatan pemanduan.

Tetapi pastikan pengguna melakukkan pemeriksaan secara terperinci mengenai hayat tayar baru yang dibeli kerana terdapat kedai-kedai tayar yang masih menjual tayar yang telah lama tempoh pengeluarannya.

Sekiranya hal ini berlaku keatas anda, anda berhak untuk mendapatkan tayar yang baru kerana penjual sepatutnya tidak harus menjual tayar baru yang telah berusia kepada pengguna. - Edmunds



Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.