Home » , , » Tips-Tips Penting Belajar Sambil Bekerja

Tips-Tips Penting Belajar Sambil Bekerja

Belajar sambil bekerja, ini lah yang selalu menjadi impian bagi kebanyakan orang terutama bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sebelum ini mungkin disebabkan terdapat masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Impian untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi adalah satu impian yang amat bagus. Ia menandakan anda mempunyai satu tekad untuk memajukan diri sendiri dan ia adalah satu usaha untuk kehidupan yang lebih baik sebenarnya.

Jika pada masa ini anda sedang bekerja dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran secara sambilan mungkin untuk mendapatkan diploma ataupun segulung ijazah, penulis mempunyai beberapa tips penting untuk anda jadikan sebagai panduan.

Tips-tips penting belajar sambil bekerja
Tips-tips ini berdasarkan pengalaman sendiri serta pengalaman rakan-rakan semasa melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
 Photo by Geralt on Pixabay
Di Malaysia sebenarnya menurut pandangan penulis,  bagi mereka yang bekerja dan ingin sambung belajar, tempat terbaik untuk melanjutkan pelajaran anda adalah di Open Universiti Malaysia ataupun nama singkatan OUM.

Kenapa disini? Ini adalah university pertama sekali di negara ini yang menawarkan kaedah pembelajaran yang paling fleksible untuk golongan pekerja kerana sistem pembelajaran online sepenuhnya.

Selain OUM juga, masih terdapat kolej-kolej ataupun university tempatan yang menawarkan pembelajaran jarak jauh kepada golongan pekerja tetapi sistem pembelajaran mungkin tidak sama dengan sistem pembelajaran yang ada di OUM.

Sebelum anda mengambil keputusan nekad untuk belajar sembil anda bekerja, pastikan anda sekurang-kurangnya memiliki sijil keputusan SPM  untuk melanjutkan pelajaran.

Selain itu, anda harus berbincang dengan majikan anda untuk membolehkan mereka tahu anda belajar dan mungkin majikan faham dengan hasrat anda dan mungkin anda memperolehi kelepasan atau kelonggaran dari majikan untuk hadir ke kelas pada hujung minggu.

Keputusan untuk belajar sambil bekerja adalah satu keputusan yang harus diambil serius, dimana kehidupan harian sebelum ini mungkin lebih kepada banyak masa yang terluang bersama dengan kawan-kawan, menonton tv, bersuka ria pada hujung minggu, dan sebagainya.

Masa untuk bersukaria harus dihentikan buat sementara waktu bagi memberi masa dan ruang kepada diri sendiri untuk menumpuhkan sepenuhnya pelajaran anda setelah selesai waktu bekerja.

Pengajian jarak jauh (PJJ) di university-universiti yang anda belajar mengajar anda erti belajar pengurusan masa anda kerana sistem pembelajaran PJJ sebenarnya 90% adalah usaha anda belajar sendiri  tanpa panduan sepenuhnya dari pensyarah anda.

Lihat semula bagaimana sistem anda bekerja dan kaji semula adakah anda mampu menguruskan masa anda untuk belajar di samping itu anda bekerja.

Situasi pembelajaran belajar sambil bekerja tidak sama dengan anda berada di sekolah menengah dahulu ataupun sebelum ini anda pernah belajar di kolej-kolej. Ia tidak boleh dibuat main-main kerana usaha anda sendiri untuk belajar dan  anda bebas untuk menguruskan masa anda.

Pengurusan masa  untuk bekerja dan belajar harus diurus dengan cekap agar anda mampu mengatasi dua situasi ataupun dua perbuatan yang berbeza iaitu belajar dan bekerja.

Walaupun ramai yang telah berjaya menamatkan pelajaran mereka semasa bekerja di samping belajar di university ataupun kolej-kolej, terdapat segilintir orang yang gagal untuk menamatkan pelajaran mereka kerana berputus-asa disebabkan kegagalan pengurusan masa yang betul.

Niat untuk belajar telah ada ditanam di dalam jiwa anda, tetapi bagaimana pula dengan kewangan anda? Pada masa ini, semuanya memerlukan wang, dan anda tidak berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran sebelum ini mungkin disebabkan kekangan kewangan yang tidak mencukupi.

Ya, wang simpanan harus mencukupi untuk melanjutkan pelajaran anda tetapi mungkin wang tidak memberi masalah sangat kepada anda kerana anda kini telah pun bekerja dan mempunyai sumber pendapatan sendiri.

Kaji semula kos-kos pembelajaran PJJ anda dan adalah lebih baik anda datang sendiri di kolej ataupun university yang menawarkan pembelajaran PJJ kepada anda dan bertanyalah sendiri kos pembelajaran yang harus dibayar.

Sistem pembelajaran PJJ selalunya dilakukkan secara online sepenuhnya dan pada hujung minggu anda harus datang ke kolej atau university bagi menghadiri kelas.

Kebanyakan urusan dengan pihak pengurusan kolej atau university  juga harus dilakukkan dengan secara online.

Oleh itu, perlunya anda bersedia dan memahami sepenuhnya sistem pembelajaran yang disediakan kepada pelajar.

Sebagai persediaan anda juga, memiliki sebuah laptop dan melanggan perkhidmatan  internet umpamanya Broadband ataupun Wifi di rumah amat perlu dalam pembelajaran PJJ ini kerana sistem yang mereka amalkan adalah pembelajaran secara online sepenuhnya.

Panduan-panduan asas  ini mungkin serba sedikit membantu kepada anda yang merancang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dan di samping itu terikat dengan kerjaya.

‘’Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan” ini adalah pepatah lama yang masih relevan sebagai pembakar semangat kepada individu yang berjiwa besar seperti anda.

Semoga anda berjaya dengan pelajaran PJJ anda dan memperolehi segulung Diploma ataupun Ijazah. Good Luck! 

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.