Home » , , » Tips Kenalpasti Kedai Handphone Murah

Tips Kenalpasti Kedai Handphone Murah

Anda tercari-cari kedai handphone murah? Lokasi kedai yang menjual telefon pintar di kawasan anda sememangnya amat mudah dikenalpasti sekiranya anda tahu akan tips yang mudah ini.

Secara puratanya, kebanyakan pelanggan mencari  handphone murah tapi canggih, ini lah realitinya. Walau begitu, kebanyakan smartphone terkini pada masa ini mempunyai harga yang mahal sekali lebih-lebih lagi handphone tersebut keluaran terbaru di pasaran.

Apa yang penulis cuba ketengahkan disini adalah, membantu anda mengetahui serba sedikit tips bagaimana mengetahui lokasi kedai handphone yang dijual murah di kawasan anda.
Berikut adalah tips yang berguna untuk panduan anda.

Kenal pasti harga pasaran
Jika anda ingin mengenalpasti sebuah kedai handphone yang menawarkan telefon bimbit dengan harga yang murah, ianya tiada tips yang begitu tepat untuk menunjukkan lokasi kedai tersebut tetapi, bertanya kepada anda terlebih dahulu, handphone apa yang anda ingin beli?
 Photo Credit, ADMC
Apabila anda ketahui jenis telefon yang anda ingin beli, barulah anda tahu lokasi kedai yang menawarkan harga yang murah. Walau begitu, tips nya disini, lakukkan pencarian dahulu di internet harga pasaran model telefon yang anda ingin beli.

Contohnya selepas melakukkan pencarian di internet, telefon pintar model Samsung J7 Prime yang anda ingin beli, harga pasaran telefon ini adalah RM 1,100 sebuah. So, strategi anda seterusnya adalah melakukkan servay.

Buat servay dahulu sebelum beli handphone
Ok, selepas anda ketahui harga pasaran telefon pintar yang anda ingin beli, langkah anda seterusnya adalah, berkunjung lah di kawasan pusat membeli-belah di kawasan tempat tinggal anda dan lawati lah setiap kedai handphone di kawasan itu.

Setiap kali anda singgah di setiap kedai handphone, jangan malu bertanya mengenai harga model handphone yang ingin anda beli dan jangan lupa juga bertanya mengenai ‘FOC’ iaitu tawaran barangan percuma sekiranya membeli telefon tersebut.

Cuba anda bayangkan, sekiranya anda melawati setiap kedai telefon di kawasan pusat membeli-belah di kawasan anda, anda akan dapati terdapat kedai handphone yang menjual dengan harga yang agak murah berbanding dengan kedai handphone yang lain.

Ini bermakna, kedai yang menjual model telefon yang anda ingin beli dengan tawaran harga yang rendah ini lah yang patut anda pilih, walau begitu, pastikan juga sekiranya kedai handphone yang menjual terlalu murah juga perlu diambil perhatian dikhuatiri ianya bukan asli.

Ini kerana, harga sesebuah model telefon yang dijual di pasaran tidak jauh beza harganya diantara kesemua kedai handphone. Bezanya harga adalah sedikit tetapi kedai yang menawarkan harga yang lebih murah itulah patut menjadi pilihan.

Bertanya pada kawan-kawan
Bertanya pada kawan-kawan mengenai kedai yang menawarkan kedai handphone yang murah adalah satu idea yang bagus. Anda tidak perlu tercari-cari lokasi kedai handphone yang murah lagi dengan andanya kawan-kawan yang membantu anda.

Yelah, kawan-kawan yang lain pun sama dengan anda, berminat dengan gadget, dan mungkin apabila anda bertanya kawan-kawan anda, ada diantara rakan anda yang mungkin mempunyai rakan yang memiliki kedai handphone.

Besar kemungkinan anda ditawarkan oleh pekedai dengan harga yang istemewa atas bantuan dari rakan-rakan anda. Untung bukan?

Beli secara online
Banyak-banyak kedai handphone yang anda kunjungi di pusat membeli-belah, tiada tawaran harga yang lebih menarik berbanding harga handphone yang dijual secara online. Mengapa begitu?

Kedai handphone di pusat membeli-belah harus memikirkan sewa kedai, bayaran itu dan ini tetapi kedai online mungkin hanya membayar tapak web untuk menjual handphone dengan sewa bayaran yang lebih rendah.

Oleh sebab itulah mereka mampu menjual dengan harga yang lebih istemewa berbanding handphone yang dijual di pusat membeli-belah.

Walau apa pun, anda berhati-hati ketika melakukkan pembelian secara online kerana terdapat banyak penipuan telah berlaku terutamanya penjual-penjual daripada media sosial.

Anda dinasihatkan untuk melakukkan pembelian hanya di web e-dagang yang boleh dipercayai seperti Lazada.com, Lelong.com, dan web-web e-dagang popular yang lain




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.