Home » , , » Tips Cari Loan Kedai Motor Paling murah

Tips Cari Loan Kedai Motor Paling murah

Teringat beberapa tahun yang lepas, teringin untuk memiliki sebuah motorsikal, tetapi masa itu gaji serta wang simpanan agak kurang dan menyebabkan terpaksa mencari altenatif lain untuk supaya mampu membeli motorsikal sebagai satu keperluan.

Tahukah anda apa yang penulis fikirkan masa itu? Penulis fikirkan bagaimana untuk mencari loan motor paling murah.

Yer la, kerana kekurangan wang modal untuk membeli motorsikal dengan bayaran cash. Ini lah jawaban yang paling tepat sekali.

Strategi ini mungkin bagi anda ianya agak leceh sedikit tetapi ianya berbaloi sekali untuk mendapatkan loan kedai motor yang paling murah.

Baik, strateginya begini, sebelum itu, penulis ingin bertanya kepada anda sendiri, adakah anda bekerja? Dan berapa wang simpanan yang anda miliki sekarang serta berapakah gaji yang anda patut terima setiap bulan?
 Photo By Claker-Free-Vektor-Images on Pixabay
Cuba anda jawab pertanyaan penulis itu dengan membuat catitan diatas sehelai kertas. Jika sudah, baca semula artikel ini.

Pertama sekali, print atau cetak slip gaji anda dan bawah lah slip gaji anda untuk melakukkan lawatan di setiap kedai motor di kawasan anda tinggal.

Setibanya di setiap kedai yang anda lawati, lihat motor yang paling murah sekali yang mampu anda miliki atau lebih baik bertanya terus kepada salesman atau mungkin salesgirl yang berada di kedai tersebut.

Adalah lebih baik anda terus ‘direct’ bertanya kepada pekerja kedai motor,  yang mana satu motorsikal yang paling murah sekali bulanannya dan jangan lupa juga bertanya bayaran deposit untuk loan motorsikal tersebut.

Pertanyaan ini sebenarnya penting sekali untuk anda menilai semula dan melakukkan kiraan budget anda.

Jangan lupa juga menyerahkan kepada pekerja kedai slip gaji anda  untuk melakukkan kiraan kira-kira mengenai bayaran bulanan motorsikal yang ingin anda miliki.

Ingat, buat catitan mengenai kira-kira tersebut dan apabila selesai, anda perlu ke kedai motorsikal yang lain pula dan sama seperti sebelum ini, minta pekerja kedai minta pengiraan bayaran bulanan serta berapakah bayaran deposit.

Jika di kawasan anda tinggal terdapat 20 buah kedai motorsikal, anda disaran untuk melawati kesemua kedai motorsikal tersebut dan akhir sekali buat lah perbandingan yang mana satu kedai yang menawarkan loan motor yang paling murah sekali.

Lain kedai, lain promosi mengenai pembelian motorsikal dan jika anda bernasib baik, terdapat kedai yang sanggup memberikan promosi yang hebat kepada pembeli motorsikal contohnya tawaran loan motosikal yang rendah.

Kenapa terdapat kedai yang sanggup memberikan tawaran loan yang rendah? Ini disebabkan tentang persaingan diantara kedai sebenarnya serta untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke kedai mereka untuk melakukkan pembelian motorsikal.

Jika anda berat hati untuk datang di setiap kedai motorsikal di kawasan anda tinggal, bagaimana untuk anda ketahui yang mana satu kedai yang menawarkan loan yang murah?

Tiada cara yang lebih baik selain dari cara ini tetapi pastikan anda bekerja dan majikan anda mengeluarkan slip gaji kepada anda dan slip gaji ini lah perlu ditunjukkan kepada kedai motor untuk anda loan motorsikal.

Walau begitu, terdapat kedai yang tidak memerlukan slip gaji untuk proses loan motorsikal tetapi jika tak silap, ia memerlukan wang deposit yang agak tinggi dan anda hanya perlu datang ke kedai untuk melakukkan bayaran bulanan atau boleh juga terus ke ATM bank untuk melakukkan bayaran.

Tips-tips ini mungkin boleh memberikan sedikit idea kepada anda semasa anda tercari-cari dimanakah  loan kedai motorsikal yang menawarkan kadar bayaran yang murah, dan diharap anda berjaya mendapatkan motorsikal yang anda impikan. 




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.