Home » , , » Tips Beli Handphone Murah Tapi Canggih

Tips Beli Handphone Murah Tapi Canggih

Handphone murah tapi canggih? Ada ke? Ramai diantara anda yang menginginkan telefon pintar yang murah tetapi mempunyai kelebihan-kelebihan yang dikirakan canggih.

Pada pemerhatiaan penulis, keluaran handphone pada masa kini seperti jenama Samsung, Apple, Sony, LG, Blackberry, dan pelbagai lagi jenama yang lain, kecanggihan telefon pintar itu tidak jauh berbeza melainkan, mengenai kelajuan telefon itu sewaktu melayari internet, ketahanan pada bateri, ruang memori telefon,  kualiti kamera, dan sistem sekuriti.

Topik utama yang penulis ketengahkan disini adalah mengenai tips pembelian telefon pintar (smartphone) dengan harga yang rendah tetapi memiliki kualiti yang memuaskan.

Jika anda lihat semula sistem cara pamasaran yang dilakukkan oleh syarikat jenama telefon pintar yang terkenal misalnya Samsung, cara pemasaran yang dilakukkan oleh mereka adalah, apabila terdapat model telefon pintar terbaru keluaran mereka, syarikat ini telah menetapkan harga telefon pintar dengan harga yang tertentu bergantung pada kualiti telefon tersebut.

Sekiranya model telefon pintar itu memiliki kualiti yang canggih, mereka telah menetapkan dengan harga yang agak tinggi dan bagi telefon pintar yang memiliki kualiti yang agak rendah pula, harga yang ditetapkan adalah lebih murah berbanding dengan telefon yang canggih.
 Credit to Pixabay
Jika anda melihat dari sudut cara pemasaran syarikat telefon pintar ini, ianya agak sukar untuk anda mendapatkan telefon yang  canggih tapi mempunyai harga yang murah.

Walau pun begitu, masih terdapat beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan telefon pintar yang canggih dengan harga yang lebih murah. Bagaimanakah caranya itu?

Baik, baca artikel ini secara teliti agar anda memahami sepenuhnya tips-tips yang penulis sampaikan kepada anda.

Tahukah anda, syarikat pengeluar telefon pintar akan mencipta beberapa keluaran telefon pintar model terbaru setiap tahun dan pada masa yang sama model telefon sebelum ini, mereka masih mengeluarkan model tersebut tetapi model baru telah menenggelamkan model yang lama.

Apakah perbezaan telefon pintar model terbaru dan telefon pintar yang lama? Untuk pengetahuan anda, kedua-dua model telefon ini adalah sama canggih tetapi tetapi model telefon yang baru ianya lebih canggih berbanding model smartphone terdahulu.

Maksudnya disini model smartphone terdahulu akan mengalami penurunan harga secara perlahan-lahan disebabkan terdapat banyak model terbaru yang telah dikeluarkan oleh syarikat telefon.

Ini lah tipsnya! Gunakan kesempatan ini untuk mendapatkan telefon model yang lama tetapi telefon ini tetap canggih dan harganya telah pun menurun berbanding dengan harga pada awal pengeluaran telefon tersebut.

Contohnya anda berminat untuk membeli sebuah smartphone Galaxy Note 2, pada tahun 2013 harga sebuah telefon Samsung Galaxy Note 2 adalah berharga RM 1900 sebuah, dan pada tahun-tahun berikutnya, pihak Samsung telah mengeluarkan model terbaru telefon sejenis ini iaitu Galaxy Note 3 dengan harga yang lebih tinggi.

Oleh itu tepat masa yang sama anda disaran untuk membeli model telefon Galaxy Note 2 apabila keluarnya model telefon yang lebih latest kerana harga pasaran telefon model lama sudah tentunya akan berkurangan atau harga pasaran jatuh. Kecanggihan kedua-dua telefon ini tidak banyak berbeza pun, begitu juga model telefon yang lain.

Bukankah ini adalah idea yang boleh diterima pakai? Walau pun begitu, kebanyakan daripada anda lebih suka memilih model telefon yang terlatest di pasaran sedangkan jika anda melakukkan pemerhatiaan dengan lebih lanjut, setiap tahun terdapat banyak model smartphone terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat telefon dan telefon terlatest yang anda beli akan menjadi telefon model yang lama semula.

Jika anda menggunakan idea yang penulis bincangkan di dalam artikel ini, sudah tentunya anda boleh membeli sebuah handphone yang murah tetapi canggih. Anda hanya menunggu harganya jatuh, dan beli handphone tersebut. Idea bernas bukan?

Penulis meminta maaf kepada anda sekali lagi, anda tidak akan menemukan telefon yang canggih tetapi harganya murah sekiranya sekiranya telefon yang anda maksudkan adalah telefon keluaran terbaru di pasaran. Kecuali lah anda membeli telefon jenis klon, tetapi anda sebenarnya rugi membeli telefon jenis ini kerana kualiti tidak sama dengan telefon yang asli.

Tidak dinafikan juga, memang banyak telefon terbaru dan murah di pasaran tetapi ianya tidak secanggih dengan telefon yang mahal, selalunya telefon yang murah dan terbaru memiliki banyak kekuranganya sesuai dengan harga yang diberikan.

Adalah lebih baik anda menunggu dahulu smartphone yang berharga mahal  mengalami kejatuhan harga disebabkan keluarnya model smartphone terbaru dan barulah anda melakukkan pembelian telefon.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.