Home » » Tempat Menarik Di Sipitang Sabah Malaysia

Tempat Menarik Di Sipitang Sabah Malaysia

Adakah anda mengetahui dimana letaknya Daerah Sipitang? Bagi anda yang masih tidak mengetahui dimana letaknya daerah ini, ianya berada di lokasi yang berhampiran dengan Lawas Sarawak serta berhampiran dengan daerah Tenom Sabah.

Anda yang bercadang untuk bercuti di kawasan daerah ini, terdapat beberapa tempat menarik di Sipitangk wajib anda ketahui sebelum sampai di kawasan ini.

Memang menjadi kebiasaan bagi mereka yang sering melancong, mereka akan melakukkan sedikit kajian terlebih dahulu sebelum datang ke tempat yang ditujui iaitu seperti melalui internet, melalui ejen pelancongan atau sebagainya.

Berikut adalah tempat menarik di Sipitang wajib anda ketahui.

Bersantai di Esplanade Sipitang
Pada waktu petang, anda boleh berkunjung di kawasan Esplanade Sipitang mungkin dengan membawa kawan-kawan, keluarga, ataupun dengan si dia, bagi menikmati suasana di kawasan ini yang aman damai dengan pemandangan laut yang indah.
Esplanade Sipitang
Kawasan  Esplanade ini bukan sahaja tempat untuk melepak tetapi kawasan berjogging bagi mereka yang minat untuk  berjogging ataupun bersenam.

Berhampiran dengan kawasan ini juga terdapat beberapa gerai untuk anda singgah di samping menikmati suasana petang yang indah disini. Sate adalah makanan kegemaran bagi pengunjung yang singgah di gerai kawasan ini.

Beriadah di Pantai Sipitang
Pantai di Sipitang juga memiliki keunikan yang tersendiri dan tentunya akan mengamit kenangan kepada setiap pengunjung yang berkesempatan untuk menikmati suasana pantai di kawasan Sipitang.

Sambil anda mandi-manda air laut di kawasan pantai ini anda mungkin melakukkan BBQ  bersama kawan-kawan ataupun keluarga  anda.

Melihat pemandangan matahari terbenam (Sipitang Sunset)
Menerusi kawasan Esplanade ataupun di pantai sekitarnya, anda bolekh menikmati pemandangan matahari terbenam yang amat mengkagumkan sekali dan tentunya anda disaran untuk mendapatkan bergambar untuk dijadikan sebagai kenangan.

Bagi mereka yang berminat dengan fotografi, kawasan sini juga amat sesuai untuk mendapatkan beberapa gambar yang menarik.

Cuci mata di ‘Tamu’ Sipitang
Tahukah anda apa itu Tamu? Bagi warga Sabahan, perkataan tamu tidak asing lagi, tetapi bagi mereka yang berasal daripada Semananjung dan juga Sarawak mungkin perkataan ini agak asing bagi mereka.

Tamu adalah bahasa pasar bagi warga Sabah yang memberi maksud pasar tani yang diadakan di setiap daerah di serata negeri Sabah.

Pasar tani ataupun tamu bagi setiap daerah di pelbagai tempat di negeri ini akan diadakan pada hari-hari tertentu yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan yang mentadbir di sesebuah daerah.

Anda telah faham maksudnya bukan? Di Daerah Sipitang juga mempunyai tamu yang diadakan pada setiap hari rabu dan juga khamis. Kebanyakan penjual seperti pakaian dan juga kelengkapan peralatan rumah, aseseori telefon, kasut dan sebagainya adalah penjual yang berasal daripada daerah lain.

Bagi mereka yang menjual sayur-sayuran, ayam segar, daging , kraftangan adalah penjual yang berasal dari daerah Sipitang itu sendiri.

Anda disyorkan untuk mengunjungi tamu Sipitang untuk cuci mata dan sekiranya terdapat barangan yang menarik hati anda, suda tentunya boleh dijadikan sebagai buah tangan apabila anda balik di tempat asal anda.

Pengakhir kata
Rasanya setakat itu sahaja tempat yang menarik di Sipitang Sabah dan sekiranya anda ingin lebih lagi tempat menarik ketika berada di tempat  ini, anda disyorkan untuk mengunjungi Lawas Sarawak yang tidak jauh dengan kawasan Sipitang.

Untuk pengetahuan anda juga, Daerah Sipitang memiliki banyak tempat penginapan yang dikhaskan untuk mereka yang melancong ke daerah Sipitang seperti hotel, motel / rumah rehat serta homestay.

Diharap artikel ini serba sedikit membantu anda sekiranya anda ingin datang ke daerah Sipitang Sabah. Sekian artikel ini dan jumpa lagi.





Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.