Home » , » Pentingnya Antivirus Untuk Komputer Anda!

Pentingnya Antivirus Untuk Komputer Anda!

Pernakah anda mengalami masalah pada komputer ataupun laptop anda? Pada kebiasaannya, komputer yang bermasalah disebabkan oleh  tindakan aktiviti virus. Jika ianya tidak dikawal dan dibiarkan begitu sahaja, komputer ataupun laptop anda akan mengalami kerosakan.

Oleh itu betapa pentingnya anda untuk memasang perisaian antivirus di komputer mahupun di laptop anda untuk memastikan komputer anda tidak mengalami gangguan disebabkan oleh virus yang jahat.

Tidak dinafikan, terlalu ramai sangat daripada anda yang sering mengabaikan hal penting ini hinggakan terdapat laptop dan juga komputer mengalami masalah sedangkan ianya mungkin baru dibeli beberapa bulan yang lalu.

Malang sungguh bukan? Kenapa adanya virus yang datang menyerang di komputer kita? Dan apa itu virus dan kaitannya dengan antivirus?

Baik, untuk pengetahuan anda, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, virus komputer adalah umpama sama dengan aktiviti penyakit virus yang menyerang manusia.
Photo By Pixabay
Inya  datang untuk memusnahkan sistem software dan juga fail di dalam komputer, menjadikan komputer anda lembab, mengelak komputer anda dari ‘boot up’, menghantar mesej-mesej yang tidak dibenarkan, sistem akan beroperasi tanpa pengetahuan daripada anda.

Dan, yang paling merbahaya sekali, virus ini boleh digunakan untuk mencuri maklumat peribadi anda!

Virus komputer juga amat mudah berjangkit dan merebak. Inya boleh diangkut melalui e-mail, dari komputer ke komputer lain, melalui internet, dan juga melalui USB. Inya amat menakutkan sekali bukan?

Terdapat beberapa mungkin persoalan dari anda, dari mana datangnya virus komputer ini? Sebenarnya, virus ini datangnya dari ciptaan manusia sendiri dan kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh mereka, digunakkan untuk tujuan yang tidak baik.

Virus ini mengandungi kod-kod komputer yang memiliki arahan-arahan tertentu untuk menyelusup ke dalam komputer untuk tujuan yang tidak baik.

Walau pun begitu sesetengah virus umpamanya 'Spyware' dicipta bukan untuk merosakkan tetapi ianya dicipta untuk mencuri maklumat orang lain.

Virus-virus yang sering kita dengar adalah seperti Worm, Trojan, dan juga Malware. Virus-virus ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza sesuai dengan nama yang diberikan. Bagi virus Worm, ia lebih diketahui berpernaan untuk menyalin diri mereka pada rangkaian.

 Proses akan berlaku berulang-ulang kali dan aktiviti ini lah yang menyebabkan komputer anda menjadi lembab.

Virus Malware pula lebih dikenali sebagai ‘Spyware’ dan ianya masih belum dikelaskan sebagai virus sebenarnya kerana ianya berfungsi untuk mencuri maklumat seseorang tetapi tidak memusnahkan sesuatu sistem.

Torjan, ianya virus yang berperanaan lebih kepada meminda data-data ke dalam komputer tanpa pengetahuan anda atau pun orang lain dan penulis andaikan virus ini adalah licik.

Sekarang, anda telah pun memahami serba sedikit apa itu peranaan virus  bukan? Baiklah, penulis akan menerangkan pula apakah peranaan antivirus kepada komputer.

Komputer anda kita umpamakan sebagai sebuah rumah yang mempunyai pelbagai barangan yang berharga dan juga mempunyai pelbagai fail-fail sulit dan penting.

Bagaimana anda untuk mempertahankan rumah yang mempunyai pelbagai barangan berharga dan fail-fali sulit penting dari dicerobohi oleh orang-orang yang berniat jahat?

Bagi penulis, anda dicadangkan untuk mendapatkan khidmat sekuriti ataupun pengawal keselamatan untuk mempertahankan rumah anda dari dicerobohi. Inya agak selamat kan?

Ya! Kini penulis andaikan anda telah memahami peranaan antivirus,  seperti pengawal keselamatan itu lah perisaian antivirus berfungsi keatas komputer anda. Ianya amat penting sekali!

Jika anda masih belum mendapatkan antivirus keatas komputer ataupun laptop anda, penulis nasihatkan anda mendapatkannya segera demi kesihatan dan juga jangka hayat komputer anda.

Untuk mendapatkan perisian antivirus ini, anda boleh mendapatkan di kedai-kedai komputer yang ada di kawasan tempat tinggal anda dan yang paling mudah sekali, anda boleh melakukkan pembelian melalui internet dengan hanya melakukkan ‘download sofware antivirus’ selepas melakukkan pembelian.

Di internet terdapat pelbagai software antivirus percuma yang boleh anda download untuk dipasangkan pada komputer anda tetapi bagi pendapat penulis, software percuma mempunyai kekurangan berbanding dengan software berbayar.

Pandangan penulis, virus dicipta oleh manusia lebih kepada bisnes semata-mata dan sebab itulah terciptanya software antivirus yang dijual kepada orang ramai di seluruh dunia. Bagi anda bagaimana pula?




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.