Home » » Maksud Mimpi Dikejar Ular

Maksud Mimpi Dikejar Ular

Anda mengalami mimpi dikejar ular? Apakah makna mimpi itu? Apabila anda bermimpi, sebenarnya, maksud mimpi anda  bergantung apa situasi atau keadaan, kawasan, perasaan dan tempat di dalam mimpi anda. Anda bermimpi dengan ular bagaimana?

Sesetengah dari anda mungkin bermimpi digigit  dengan ular, melihat ular, bunuh ular, ular masuk rumah, mimpi banyak ular, ular masuk rumah, memegang ular dan bermacam ragam lagi situasi di dalam mimpi yang dialami.

Mimpi dengan ular mempunyai pelbagai maksud tertentu yang merujuk kepada kehidupan anda pada masa ini dan mungkin juga pada masa yang akan datang.

Sesetengah pakar mimpi mengatakan, mimpi dengan ular merujuk kepada lambang seksualiti lelaki kerana bentuk kepala ular tersebut, walau begitu ianya bergantung kepada situasi di dalam mimpi anda.

Sesetengah pengkaji lain pula mengatakan ianya lambang transformasi terhadap apa yang anda lakukkan. Ini lebih merujuk kepada haiwan ini boleh bertukar kulit dan ianya lambang mengenai makna mimpi anda.
 By Ractapopulous At Pixabay
Jika di dalam mimpi anda ular ini telah mengiggit anda, mungkin ia merujuk kepada perkara yang tidak baik misalnya kata-kata kesat ataupun terdapat orang lain yang menyakiti hati anda atau anda sendiri yang melakukkan perkara itu.

Jika anda mimpi dikejar dengan ular dan anda telah lari daripada haiwan ini, ianya melambangkan dengan ketakutan, atau erti kata lain anda sukar untuk mengakui atau untuk menghadapinya terhadap apa yang berlaku di dalam kehidupan anda atau apa yang terjadi di masa akan datang.

Ia juga boleh membawa maksud terhadap sesuatu yang boleh mengancam fizikal anda, mengenai kesajahteraan anda ataupun mungkin mengenai emosi anda.

Di dalam kehidupan masa lampau dalam mitos Yunani, ular dijadikan sebagai lambang kepada tongkat Asklepios. Jika anda melihat tongkat tersebut, ianya dilingkari dengan seekor ular oleh Asklepios iaitu dewa kepada perubatan.

Dan makluman anda, lambang ini digunakan oleh doktor-doktor di barat sehingga kini bagi melambangkan kepada perubatan / penyembuhan dan juga penjagaan kesihatan.

Ular adalah lambang kepada ketakutan bagi kebanyakan manusia, geli disebabkan bentuk haiwan ini dan ia juga boleh merujuk kepada ketidak percayaan terhadap seseorang di dalam kehidupan anda.
Ular bersifat mencekik, melingkari, menelan dan ia adalah lambang kepada menyekat kehidupan, menghalang tindakan anda terhadap sesuatu atau mengenai pergerakan anda.

Mimpi kepada ular berbisa seperti ular tedung pula, ianya boleh mewakili terhadap seseorang di dalam kehidupan anda yang berbisa sesuatu yang jahat datau negatif.

Walau begitu bergantung kepada situasi di dalam mimpi seseorang, ular tedung juga boleh mewakili kepada pesona, mengoda, terpikat dengan keindahan seseorang.

Jika anda melihat  dan samakan kepada permulaan kehidupan manusia iaitu Adam dan Hawa/Eva mengenai ular, Mimpi ular melambangkan kepada godaan atau seseorang ingin mengoda anda.

Apabila anda bermimpi mengenai ular yang berwarna merah ia adalah mungkin sebagai tanda dan amaran anda harus menjauhkan diri ataupun anda harus menghentikan apa yang anda lakukkan.

Bagi ular yang berwarna hijua pula, ia mungkin sebagai tanda ianya selamat untuk pergi dan tidak merbahaya dan anda tidak perlu bimbang.

Bagaimana dengan ular yang berwarna kuning? Ia mungkin sebagai amaran anda harus berhati-hati untuk bergerak ke hadapan dan sentiasa memberi pertimbangan dalam apa jua tindakan.

Apa-apa pun, ini adalah kesimpulan-kesimpulan yang biasa terhadap mimpi tentang ular dan mungkin ianya tidak merujuk kepada maksud sebenar mimpi anda.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.