Home » , » Kemahiran Ini Penting Untuk Dapat Kerja Kosong Kerani

Kemahiran Ini Penting Untuk Dapat Kerja Kosong Kerani

Adakah anda berminat dengan kerja-kerja pengkeranian? Kebanyakan kerjaya kerani selalunya dimonopoli oleh kaum wanita, meskipun begitu terdapat juga kaum lelaki yang memilih kerjaya sebagai kerani.

Tidak kira lah, kerani di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta tetapi kerjaya ini sebenarnya memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu untuk membolehkan anda mudah diterima bekerja sebagai kerani.

Jika anda lihat di luar sana, apabila terdapat tawaran kerja kosong sebagai kerani, terdapat ramai yang cuba untuk mencuba nasib untuk memohon kekosongan jawatan ini tetapi tahukah anda, mereka yang benar-benar memenuhi kemahiran pengkeranian sahaja yang berjaya memperolehi jawatan ini.

Apakah kemahiran-kemahiran tersebut?

Kemahiran yang perlu ada sebagai kerani

1. Kemahiran mengandalikan microsoft Office
Jika anda benar-benar inginkan jawatan sebagai kerani, anda perlu tahu apa itu microsoft Office dan anda perlu mahir mengandalikan sofware ini, kerana di dalam kerja-kerja pengkeranian, sofware ini lah selalu digunakan oleh kebanyakan kerani untuk kerja-kerja di pejabat.
 Credit By Pexels
Microsoft Office terbahagi kepada, Power point, Exel, Word, Outlook, One Note, Publisher, dan Access. Walau begitu sofware yang selalu digunakkan oleh kerani untuk sesuatu kerja adalah Power Point, Exel dan juga Word.

2. Kemahiran untuk menaip
Tanya diri sendiri, adakah anda mempunyai kemahiran menaip dengan cepat? Kemahiran menaip dengan cepat mesti ada pada seorang kerani dan anda perlu menguasai kemahiran ini dengan sebaik mungkin.

Tanpa menguasai kemahiran menaip, betapa sukarnya anda memperolehi kerjaya sebagai kerani kerana menaip adalah asas untuk menjadi kerani.

Jika anda menaip pada komputer umpama seperti ayam yang mematuk jagung, usahakan lagi kemahiran menaip dengan cepat kerana kreteria menaip dengan laju adalah kemahiran yang diperlukan untuk jawatan ini.

3. Kemahiran mengandalikan komputer
Microsoft Office adalah sofware yang ada pada komputer dan bukan sahaja anda mahir mengandalikan sofware ini tetapi pada komputer itu secara keseluruhannya.

Ini kerana, komputer adalah umpama jantung kepada kerani itu sendiri, kerana tanpa komputer kerja-kerja pengkeranian sukar untuk dilaksanakan.

Anda tidaklah diwajibkan mengetahui sepenuhnya program-program pada komputer itu tetapi sekurang-kurangnya anda tahu menghidupkan komputer, mematikan komputer, menyimpan fail-fail dalam komputer, menggunakan USB, sambungan ke printer, sambungan wayar-wayar komputer, dan lain-lain lagi.

4. Kemahiran bahasa Cina adalah satu kelebihan
Jika anda memohon jawatan sebagai kerani di sektor kerajaan, hanya kelulusan serta kemahiran mungkin diutamakan tetapi jika anda memohon jawatan sebagai kerani di sektor swasta, kemahiran bahasa Mandarin adalah satu kelebihan kepada anda.

Mengapa demikian? Lihat lah negara kita, kebanyakan syarikat swasta dimonopoli oleh kaum Cina dan kebanyakan tawaran jawatan kosong sebagai kerani adalah daripada syarikat-syarikat swasta milik kaum Cina.

Sekiranya anda amat mahir dengan kerja-kerja pengkeranian serta anda mahir dengan bahasa Mandrin dan pada masa itu terdapatnya tawaran jawatan kosong sebagai kerani di sebuah syarikat swasta milik Cina, kebarangkalian anda untuk memperolehi jawatan itu amat cerah.

Di negara ini kebanyakan kaum Cina menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantara antara sesama dan begitu juga bahasa yang digunakan oleh mereka di syarikat-syarikat milik mereka.

Kemahiran berbahasa Mandarin memudahkan anda berkomunikasi dengan majikan anda yang berbangsa Cina dan sudah tentunya mereka amat senang bekerja dengan anda.

Kelebihan-kelebihan memenuhi kemahiran-kemahiran ini
Anda telah memenuhi kemahiran-kemahiran diatas? Jika ya, anda boleh memohon mana-mana jawatan kosong kerani sekarang, kerana itulah asas-asas untuk menjadi kerani dan anda mampu bersaing dengan mana-mana orang yang memohon jawatan yang sama.

Sekiranya anda masih belum menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, berusaha lah untuk menguasainya.

Moga tips ini mampu membantu anda, dan semoga anda berjaya di dalam temuduga sebagai kerani!






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.