Home » , » Kelebihan-Kelebihan Beli Kereta Auto Perlu Diketahui

Kelebihan-Kelebihan Beli Kereta Auto Perlu Diketahui

Anda  berhasrat ingin membeli sebuah kereta baru? Kereta yang jenis macamana anda inginkan?Jika mungkin anda berhasrat untuk membeli sebuah kereta auto atau kereta transmisi automatik, terdapat beberapa kelebihan-kelebihannya jika membeli kereta jenis ini.

Apakah kelebihan-kelebihannya itu? Baik, sebelum kita membincangkannya dengan lebih lanjut, perlunya anda memahami apa itu kereta jenis auto. Kereta auto maksudnya disini adalah kereta sistem gearnya berfungsi secara automatik dan ianya amat mudah dikendalikan.

Kenderaan jenis ini amat digemari sekali oleh kebanyakan golongan wanita dan ini dibuktikan jika anda melihat kenderaan yang sering digunakkan oleh kebanyakan wanita di jalan-jalan raya, mereka menggunakan kereta transmisi automatik.

Berikut adalah kelebihan-kelebihannya sekiranya anda menggunakan kereta auto.

1. Sistem gear mudah dikendalikan
Sistem gear automatik pada kenderaan adalah sistem gear bagi kereta moden pada abad ke 21 dan ianya direka untuk menjadikannya amat mudah dikendalikan.
Photo by Brownpau; licensed via Creative Commons.

Maksudnya ianya mudah dikendalikan adalah anda hanya perlu mengerakkan gear ke hadapan, tekan pedal minyak dan kereta ini akan bergerak terus ke hadapan. Mudah bukan?

Berbanding dengan kereta transimisi manual, anda perlu menekan pedal klac, mengerakkan gear, tekan pedal minyak barulah kereta akan begerak.

Selain itu transmisi manual mempunyai sistem gear yang agak rumit bagi mereka yang masih belajar.

2.Tidak perlu risau jika jalan jem
Kebanyakkan pengguna kenderaan pada zaman sekarang lebih suka menggunakan kereta jenis automatik kerana anda lihat lah sendiri jalan-jalan terutama sekali di kawasan bandaraya, ianya selalu mengalami kesesakan yang amat terus sekali.

Sebelum kewujudan gear transmisi automatik, kebanyakkan kenderaan di negara kita menggunakan gear tranmisi manual, apabila berlakunya kesesakan jalan raya, kaki kiri kita akan menjadi lengguh kerana kekerapan menekan pedal klac, kerana kenderan berjalan secara perlahan dan berhenti-henti.

Kini dengan adanya kereta auto, perjalanan anda semasa di dalam kesesakan jalan raya menjadi lebih mudah keraa kereta auto mudah dikendalikan.

3. Tidak perlu risau jika anda berada di jalan berbukit
Perkara yang sering menjadi kerisauan oleh kebanyakan pemandu adalah semasa melalui jalan yang berbukit dan selalunya golongan yang sering merasa risau akan perkara ini adalah majoritinya kaum wanita.

Apanya tidak, sekiranya jalan menjadi sesak di kawasan berbukit, risiko kenderaan akan terundur ke belakang (kemalangan) sering berlaku kerana ketidakcekapan pemandu mengawal gear manual dengan betul.

Maaf kepada golongan wanita, tetapi hal selalunya terjadi disebabkan oleh ketidakcekapan golongan ini mengawal gear semasa memandu dalam kesesakan di jalan yang berbukit.

Kini dengan adanya kereta auto, anda semua tidak perlu risau lagi semasa mendaki jalan berbukit atau memandu sewaktu jalan yang sesak di jalan yang berbukit.

4. Sistem auto drive
Kebanyakan kereta-kereta automatik moden memiliki sistem pemaduan automatik yang perlu disetkan secara manual perjalanan kita.

Misalnya jika anda memandu di jalan highway, dan anda ingin  memandu di dalam kelajuan 110km, anda perlu menetapkan kelajuan anda dengan menekan pedal minyak hingga mencapai kelajuan kenderaan 110km dan seterusnya anda hanya menekan button auto drive untuk menetapkan had kelajuan anda.

Kenderaan anda akan berjalan secara automatik dengan kelajuan 110km sejam tanpa anda menekan pedal minyak pun. Anda hanya perlu melakukkan kawalan stering sahaja.

Ianya amat menarik bukan?

Kereta automatik adalah kereta zaman moden
Kereta auto adalah kereta yang tercanggih pada masa kini dan kereta ini lebih sesuai untuk digunakan di kawasan bandar.

Antara jenama kereta yang banyak mengeluarkan kereta transmisi automatik adalah seperti Toyota, BMW, Lexus, Honda, Mitshubishi, Nissan, Mazda, Subaru, Suzuki, Ford, Kia, dan pelbagai lagi termasuklah kereta keluaran tempatan seperti Perodua dan juga Proton.

Kereta jenis ini juga bukan direka untuk tujuan yang lasak tetapi direka untuk memudahkan pemanduan yang lebih selesa kepada pemandu kenderaan.

Walaupun kebanyakan orang masa kini lebih suka menggunakan kereta auto, terdapat juga pengguna yang lebih menggemari kereta transmisi manual.

Ianya pilihan masing-masing, dan terpulang kepada anda untuk melakukkan pilihan, apa pun kelebihan yang ada pada kereta auto telah pun anda ketahui.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.