Home » , » Idea Berniaga Kecil-Kecilan Di Rumah

Idea Berniaga Kecil-Kecilan Di Rumah

Ekonomi Malaysia pada saat ini agak teruk sekali ditambahi dengan harga barangan yang naik mendadak. Admin amat memahami perasaan anda, semua rakyat Malaysia merasa tertekan dengan situasi ini terutamanya gologan pertengahan.

Kerana situasi ekonami ini, timbulnya perasaan bagi kebanyakan orang untuk melakukkan sesuatu untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Antara idea yang timbul adalah keinginan berniaga kecil-kecilan di rumah.

Idea ini amat bagus sekali tetapi beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum memulakannya. Disini, artikel ini mungkin serba sedikit boleh membantu anda sebelum memulakan dengan serius perniagaan kecil-kecilan anda.

Untuk memulakan perniagaan ini anda harus memikirkan hal-hal seperti ini.

Apa yang anda niagakan?
Cuba fikirkan, apakah yang anda ingin niagakan? Selalunya mereka yang ingin berniaga kecil-kecilan dirumah, mereka  berhasrat ingin membuka sebuah kedai runcit kecil ataupun mungkin sebuah  gerai kecil bagi memulakan perniagaan.

Kecuali lah, mereka ingin berniaga kecil-kecilan dengan secara online, anda tidak memerlukan kedai tetapi barangan yang diniagakan hanya disimpan di dalam rumah sahaja.

Apabila terdapat tempahan dari pelanggan, anda boleh terus menghantar ke rumah pelanggan ada atau menghantar ke pejabat pos untuk diposkan.

Anda boleh memikirkan berniaga seperti pakaian, minyak wangi,  telefon dan asesori, makanan, barangan kemas, barangan runcit, jual ikan, sayuran, dan bermacam lagi idea yang boleh diniagakan.
 Education Home Business by StockMonkeys.com, on Flickr
Apapun, anda dicadangkan untuk berniaga apa yang anda minati, misalnya jika anda meminati perniagaan kedai runcit, focus terhadap hal tersebut kerana jika anda memaksakan diri anda untuk menjual sesuatu yang anda tidak minati, anda sukar untuk berjaya.

Persaingan di kawasan anda tinggal
Ketika anda memikirkan bagaimana untuk memulakan idea berniaga ini, pertama sekali anda harus memikirkan berapakah individu yang berniaga secara kecil-kecilan di rumah mereka di kawasan tempat tinggal anda dan ketahui juga apa yang diniagakan oleh mereka.

Anda perlu memikirkan hal ini, kerana sekiranya terdapat persaingan, kadar keuntungan yang anda akan perolehi berkurang atau anda akan mengalami kerugian.

Contohnya, jiran anda telah pun melakukkan perniagaan dari rumahnya dengan menjual nasi lemak dimana terdapat gerai kecil berhampiran rumahnya,  anda pula mengikuti jejak yang sama dengan membuka  sebuah gerai kecil berhampiran rumah anda dan menjual nasi lemak.

Ini sudah tentunya anda sukar untuk mendapatkan keuntungan dan memperolehi pelanggan. Fikirkan sesuatu apa yang masih belum diniagakan di kawasan anda dan fikirkan juga sejauh mana potensi sambutan orang ramai mengenai barangan yang anda niagakan.

Wang modal untuk berniaga
Apabila anda berhasrat untuk berniaga, hal yang paling penting sekali adalah wang modal permulaan untuk anda memulakan perniagaan. Tanpa wang modal, semua idea untuk berniaga adalah sia-sia.

Ini kerana, dengan wang modal ini lah anda gunakan untuk membeli stok barangan, mungkin dengan membina sebuah kedai runcit kecil, gerai kecil, dan sebagainya.

Walau begitu, pada permulaan, anda disyorkan memulakan dengan modal yang kecil terlebih dahulu dan sekiranya terdapatnya sambutan terhadap apa yang ada niagakan, baru lah anda mengeluarkan modal yang besar.

Berapakah wang modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah? Ianya tidak dapat dinyatakan secara terperinci mengenai hal ini tetapi ianya bergantung kepada apa yang anda fikirkan untuk diniagakan.

Jika anda memikirkan hanya untuk berniaga nasi lemak sahaja, modal yang diperlukan tidak lah terlalu besar tetapi jika anda memikirkan untuk berniaga kedai runcit, wang modal yang diperlukan agak besar.

Tempat barang-barang  niaga
Walaupun perniagaan secara kecil-kecilan, anda harus memikirkan juga dimana anda akan menempatkan barang-barang yang anda jual. Ini adalah penting kerana, tanpa adanya tempat yang sesuai, ianya agak sukar untuk anda memulakan perniagaan anda.

Membina sebuah kedai kecil  ataupun sebuah gerai berhampiran dengan rumah anda adalah sesuatu idea yang bijak bagi memulakan perniagaan kecil. Dengan adanya kedai kecil, gerai, atau kedai runcit, pelanggan boleh terus datang ke kedai anda.

Rumah  anda sendiri boleh juga menempatkan barangan yang anda jual tetapi pastikan adanya tempat yang dikhaskan misalnya sebuah bilik kosong ataupun stor yang diubah suai sebagai kedai untuk menempatkan barangan yang anda jual.

Tempat  barangan diperolehi
Sebagai permulan bagi memulakan perniagaan kecil anda, fikirkan dimana tempat anda untuk mendapatkan bahan-bahan bagi memulakan bisnes.

Jika anda hanya ingin berniaga dengan berhasrat membina sebuah gerai kecil untuk menjual makanan seperti nasi lemak, menjual ikan, daging, sayur-sayuran, semua barangan ini boleh diperolehi menerusi pasar borong, pasar ikan, atau pasaraya sahaja.

Apabila anda memikirkan untuk berniaga produk-produk tertentu, pakaian, barangan runcit ataupun lain-lain barangan, ada baiknya anda mendapatkan pembekal terus dari kilang untuk mendapatkan harga borong.

Anda perlu bijak menilai barangan ataupun sesuatu yang anda niagakan dimana anda perlu menjual sesuatu yang berpotensi untuk untuk mendapatkan pelanggan.

Kira-kira keuntungan
Sebelum berkecimpung terus bisnes yang anda rancangkan, mengetahui dengan jelas potensi keuntungan anda adalah penting.

Misalnya anda ingin berniaga baju jersi bola di kawasan tempat tinggal anda, anda harus memikirkan sejauh mana sambutan pelanggan terhadap apa yang anda jual ini.

Peringatan anda, menjual baju jersi bola di rumah secara persendirian, kadar keuntungan anda mungkin mendapat sambutan yang agak baik di awal perniagaan anda tetapi ia bisnes ini akan ‘down’ secara perlahan-lahan.

Kecuali lah anda mengembangkan perniagaan jual jersi bola dengan secara online dan anda juga menjual di kawasan pasar-pasar malam di kawasan tempat tinggal anda. Cara ini mungkin anda akan memperolehi keuntungan yang berterusan.

Setelah mengetahui potensi perniagaan anda, lakukan lah kiraan kadar keuntungan anda terlebih dahulu. Contohnya anda dapat idea menjual ikan segar yang mana bekalan ikan segar anda perolehi dari seorang kenalan anda yang memiliki kapal ikan.

Mungkin kawan anda menjual ikan bawal kepada anda dengan harga borong misalnya RM 9 sekilo dan harga pasaran bagi ikan bawal sekilo adalah RM 18 dan anda menjual ikan bawal di kawasan anda dengan harga pasaran semasa.

Cuba anda lakukan pengiraan, kadar keuntungan anda adalah sebanyak RM 9 sekiranya anda berjaya menjual sekilo ikan bawal di kawasan tempat tinggal anda. Jika anda berjaya menjual 10 kg ikan bawal, keuntungan anda perolehi adalah RM 90.

Ianya adalah contoh sahaja tetapi prinsip matematiknya adalah sama sahaja dengan apa-apa yang anda mahu niagakan.

Lesen perniagaan
Ketika anda telah menetapkan secara serius matlamat apa yang anda niagakan, lesen perniagaan adalah penting sekali anda perolehi walaupun anda hanya ingin berniaga dari rumah sahaja. Lesen perniagaan ini adalah satu ‘authority’ secara sah anda berniaga.

Dimana tempat mendapatkan lesen perniagaan? Pada permulaan, anda boleh mendapatkan lesen perniagaan anda melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu dan sekiranya anda bercadang ingin membuka kedai kecil ataupun gerai anda boleh mendapatkan lesen perniagaan melalui kerajaan tempatan di kawasan tempat tinggal anda.

Mengenai idea perniagaan kecil-kecilan ini
Idea-idea perniagaan kecil-kecilan di rumah ini adalah idea sendiri penulis berdasarkan pemerhatian terhadap mereka yang telah pun berniaga kecil-kecilan di rumah mereka sendiri.

Idea ini agak umum dan tidak mengkhususkan secara terperinci apa yang anda perlu niagakan dan ianya lebih menjurus kepada idea perancangan awal seseorang untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Moga artikel ringkas ini mampu mencetuskan idea perniagaan anda yang lebih berkesan dan diharap ianya membantu apa yang anda perlukan.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.