Home » , » Harga Semasa Tong Gas Kosong

Harga Semasa Tong Gas Kosong

Berapa harga tong gas kosong? Aduhh.. payah sungguh nak cari tong gas kosong masa ini, selalunya pertanyaan ini selalu berlaku kepada mereka yang baru berpindah rumah atau baru pertama sekali menyewa di kawasan perumahan ataupun apartment.

Mencari tong gas adalah satu keperluan kepada sesiapa pun terutama mereka yang berkeluarga dan tong gas ini juga wajib ada bagi setiap isi rumah, tanpa tong gas, maka tak berasap lah dapur anda.

Adakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut?

Sebagai pengetahuan anda, tong gas untuk memasak mempunyai beberapa jenis yang penulis sendiri kenal pasti ia itu, tong gas bagi keluaran syarikat Shell, Petron, BHP, dan Petronas.

Melalui pemerhatian penulis, tidak semua tong gas bagi keluaran syarikat-syarikat ini ada di jual, hanya terdapat tempat-tempat tertentu sahaja, tetapi bagi tong gas Petronas dan Shell, di kebanyakkan semua tempat ada dijual.

Harga pasaran tong gas kosong pada masa ini yang selalu dijual di kedai-kedai runcit adalah berharga RM 70 hingga RM 80 setong tetapi terdapat pekedai yang mengambil kesempatan untuk menjual dengan harga lebih tinggi dari itu.
 Image by OpenClipart-Vectors on Pixabay
Apa yang lebih teruk, terdapat individu tertentu yang menjual tong gas ini dengan harga yang tidak masuk akal misalnya mencapai sehingga RM 250 setong. Adakah berbaloi?

Walau begitu, bagi mereka yang terdesak, mereka terpaksa membeli tong gas ini walaupun dengan harga yang dijual agak tinggi untuk memastikan dapur mereka berasap.

Kadang-kadang, di sesebuah kawasan tertentu, tong gas kosong ini sukar diperolehi dan kedai-kedai pula enggan menjual tong gas kosong kecuali melakukkan tukaran dengan tong gas kosong dengan tong gas yang telah berisi dengan gas.

Selalunya, bagi kawasan yang sukar untuk mendapatkan tong gas kosong, memang terdapat individu yang suka mengambil kesempatan untuk menjual tong gas kosong kepada orang ramai dengan harga yang mahal sekali.

Untuk memastikan anda tidak melakukkan pembelian  tong gas kosong dengan harga yang mahal, perlunya anda tahu untuk mengetahui harga pasaran semasa bagi tong gas kosong di kawasan tempat tinggal anda.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.