Home » , » Cara Memikat Lelaki Dengan Bahasa Tubuh Badan

Cara Memikat Lelaki Dengan Bahasa Tubuh Badan

Hello girls, anda tercari-cari cara untuk memikat lelaki idaman anda? Ya, anda berada di artikel  yang betul. Mari kita belajar bagaimana untuk memikat lelaki yang menjadi pujaan anda dengan bahasa tubuh.

Ianya kedengaran pelik bukan? Tetapi ketahui lah dengan bahasa tubuh badan sahaja, anda mampu membuatkan si dia tergila-gilakan anda.

Menurut beberapa kajian dari Dr. Albert Mehrabian diamana beliau adalah seorang pengarang Mesej Senyap (Silent Messages) telah mendapati bagi mesej yang disampaikan melalui kata-kata hanya 7%, bagi mesej yang disampaikan melalui vocal-vokal yang tertentu adalah sebanyak 38%.

Manakala bagi mesej yang bukan lisan pula, umpamanya  pergerakan tubuh, mimic muka, pergerakan isyarat, dan juga lain-lain adalah mengambil tempat sebanyak  55%.

Jika kita melihat dari sudut kajian tersebut, bahasa tubuh badan memainkan peranaan yang amat penting untuk menyampaikan mesej kepada seseorang dan ianya berkesan jika anda ingin  memikat si dia pujaan anda.

Baik, berikut beberapa cadangan menarik cara untuk memikat lelaki dengan bahasa tubuh badan.

Ekspresi mata
Inya bergantung kepada keadaan dan situasi anda berada, tetapi lakukkan tepat pada masanya, misalnya ketika anda berhadapan dengan lelaki yang anda sukai, semasa si dia melihat anda, pandang lah matanya.

Reaksi dari tangan
Semasa lelaki idaman berada di hadapan anda, lakukkan pergerakan tangan anda secara spontan dengan mungkin anda menyentuh pada bahu anda, lengan, kaki, tangan, dan tahukah anda pergerakan ini adalah satu isyarat yang romantic.

Pada pandangan lelaki, pergerakan-pergerakan seperti ini apabila dilakukkan oleh wanita ia sememangnya menjadi perhatian oleh lelaki, tetapi pastikan dilakukkan dengan bersahaja tanpa kelihatan janggal.

Pergerakan bibir
Bahasa tubuh melalui pergerakan bibir boleh dilaksanakan semasa anda makan dengan si dia atau semasa berhadapan makan dengannya.

Ketika anda mengunyah makanan, lakukkan secara lembut kunyahan tersebut dan adakalanya anda perlu menggigit bibir dan ia sesuatu perliku yang seksi sebenarnya dan ini menyebabkan si dia cepat tertarik dengan anda.

Bermain dengan rambut
Semua orang mengetahui, rambut adalah umpama mahkota bagi seseorang, pada sitauasi tertentu anda boleh bermain atau membelai rambut anda di hadapan si dia, cara ini sebenarnya menjadikan si dia lebih cepat tertarik kepada anda.

Bagi anda yang memiliki rambut yang panjang, cuba untuk membelai rambut anda dan lihatlah sendiri, si dia akan memerhatikan anda dengan penuh perhatian.

Memastikan postur tubuh di posisi yang terbaik
Jika anda rasakan si dia adalah bakal suami anda yang terbaik, apa salahnya anda memberikan mesej bahasa tubuh kepadanya dengan memberikan sesuatu yang menarik dari tubuh anda, misalnya cara anda berjalan dengan memperlihatkan susuk tubuh anda yang menawan.
 Body Languange
Ketika anda tunduk misalnya, ia memperlihatkan punggung anda yang menarik, dan apa-apa sahaja yang menarik dari tubuh anda tetapi pastikan janganlah ianya terlalu terdedah dan pastikan ianya berlaku secara spontan seolah-olah ianya tidak sengajakan.

Senyuman
Semua lelaki ingin melihat wanita yang diminatinya tersenyum, dengan senyuman adalah bahasa tubuh yang paling ampuh sekali untuk menunjukkan kepada si dia anda gembira semasa berhadapan dengannya.

Ketika bersama si dia, pastikan anda sentiasa mempamerkan senyuman kepadanya dan hal ini sudah tentunya si dia akan merasa senang berada di samping anda.

Ekspresi muka semasa bercakap
Semasa anda berhadapan dengan si dia dan pada masa yang sama anda sedang berbual dengannya tunjukkan karisma muka anda kepadanya dengan muka yang ceria disamping itu anda harus memberi perhatian kepadanya dengan hubungan mata yang berterusan.

Dengan cara ini, si dia akan lebih cepat tertarik kepada anda.

Sentuhan
Pada sitausi-situasi yang tertentu, misalnya mungkin di tempat sibuk, misalnya menonton sesuatu acara, berdiri di tempat yang sesak, mungkin pada masa ini mungkin anda harus menyentuh si dia dengan tangan anda mungkin pada bahu atau pada belakangnya.

Duduk lebih dekat dengan si diaJika anda tidak merasa janggal dengan cara ini, semasa si dia sedang duduk, cuba duduk dekat dengan si dia agak rapat sedikit.

Ataupun semasa anda dan juga si dia mungkin berada di meja makan, cuba untuk menyentuh tangannya dengan cara yang spontan. Walau begitu, pastikan anda dengan si dia telah pun mempunyai hubungan yang lebih rapat.

Bahasa tubuh adalah bahasa yang unik
Artikel ini ditulis berdasarkan beberapa kajian daripada pelbagai sumber dan dijadikan sebagai rujukan kepada pembaca. Bahasa tubuh ini sebenarnya sesuatu yang unik dan ianya masih belum didedahkan kepada masyarakat sepenuhnya untuk dipelajari.

Walaupun begitu, semua mengetahui akan peranaan bahasa tubuh di dalam hubungan sesama manusia.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.