Home » , » Cara Hilangkan Kelemumur Paling Pantas

Cara Hilangkan Kelemumur Paling Pantas

Masalah kelemumur adalah satu masalah yang sering dihadapi oleh pelbagai peringkat umur tidak kira lelaki atau golongan wanita. Kelemumur dikatakan berpunca daripada minyak daripada kulit kepala yang mana ia akan menyebabkan sel-sel pada kulit akan berkumpul dan menjadi kepingan putih.

Pelbagai cara hilangkan kelemumur dilakukkan oleh mereka yang mengalami masalah ini. Ada sesetengah dari mereka berjaya mengatasi masalah ini walau begitu, masalah dapat diselesaikan hanya masa sekejap sahaja dan masalah kelemumur akan datang kembali menyerang.

Beberapa kajian mengatakan, kelemumur terjadi apabila penggunaan produk yang tidak sesuai, mengalami masalah penyakit kulit antaranya seperti eczema, psoriasis. Selain itu penumbuhan yis pada kulit kepala yang terlalu cepat juga antara penyebabnya.

Beberapa cadangan paling berkesan dan pantas dimana bahan-bahan anda boleh perolehi daripada rumah anda sendiri bagi mengatasi masalah kelemumur. Kos ini amat murah tetapi ianya berkesan dan sering digunapakai oleh kebanyakan golongan yang mengalami masalah ini.

Berikut adalah beberapa cara untuk hilangkan kelemumur yang paling pantas.

Hilangkan kelemumur dengan  limau nipis dan minyak zaitun
Untuk cara ini anda hanya perlukan 2 sudu air limau nipis dan juga 2 sudu minyak zaitun, untuk hasil yang lebih baik, panaskan sedikit minyak zaitun dan campurkan dengan air limau tersebut. Letakkan kedua-dua campuran tersebut ke kulit kepala anda dan urut pada keseluruhan kulit kepala dan juga pada rambut anda dalam anggaran 5 minit.
Credit Photo pixabay
Apabila anda telah melakukkan hal ini, biarkan selama 30 minit dan langkah seterusnya, bilas dengan air bersih kulit kepala anda dan juga rambut sekali. Lakukkan hal ini sekerap yang mungkin mengikut kemampuan masa anda hingga masalah anda selesai sepenuhnya.

Gunakkan hanya limau nipis
Melalui cara ini pula, gunakan 1 hingga 2 biji limau nipis dan perah jus limau ini dan jus limau atau air perahan limau letakkan pada kulit kepala anda dan urut secara perlahan-lahan pada keseluruhan kulit kepala anda dan juga pada rambut. Lakukkan cara ini dalam masa 5 minit serta apabila selesai biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air bersih.

Cara ini boleh menanggalkan sel-sel kulit mati pada kulit kepala dengan cepat dan lakukkan cara ini setiap hari hingga masalah kelemumur anda berjaya diatasi. Dengan cara ini bukan sahaja mengatasi masalah kelemumur anda tetapi rambut dan kulit akan bertambah segar.

Limau nipis dengan minyak kelapa
Dapatkan 2 sudu air limau segar dan 4 minyak kelapa yang telah dipanaskan sedikit. Gabungkan kedua-dua campuran ini dan urut pada kulit kepala anda secara perlahan-lahan hingga keseluruhan kulit kepala anda dan juga rambut.

Minyak kelapa amat terkenal untuk kesihatan rambut dan dengan cara ini anda disaran untuk melakukkan dalam 3 kali seminggu hingga anda memperolehi keputusan yang membanggakan.

Jus limau dan cuka epal
Dengan 1 sudu besar jus limau nipis dan mengabungkan denga 2 sudu besar cuka epal, gunakkan putik kapas untuk disapu keatas keseluruhan kulit kepala anda. Cara ini agak lambat sedikit kerana ia memerlukan masa untuk melakukkan sapuan pada keseluruhan permukaan kulit kepala. Apabila selesai biarkan selama 15 hingga 30 minit dan basuh dengan air bersih.

Anda disaran melakukkan cara ini 3 hingga 4 kali seminggu hingga masalah kelemumur anda berjaya diatasi sepenuhnya.

Dengan hanya Listerine untuk atasi kelemumur
Sungguh tidak disangka ubat kumur iaitu Listerine mampu mengatasi masalah kelemumur! Ia , ini memang realitinya. Tahukan anda, Listerine mengandungi bahan-bahan seperti berikut, mentol, thymol, metil salisilat dan eucalyptol . Bahan ini juga mengandungi anti kulat.

Melalui kajian penulis, Listerine ini amat popular sekali di Amerika bukan sahaja untuk berkumur tetapi mereka menggunakan sebagai bahan untuk mengatasi kelemumur.

Seorang selebriti Hairstylist iaitu Daven Mayeda sendiri mengatakan, Listerine amat baik untuk mengatasi kelemumur.

Bagaimana caranya menggunakannya? Baik, anda disaran untuk menggunakan jenis Listerine  (original) kerana kandungannya lebih baik berbanding Listerin yang lain.

Selepas anda bersyampu, dengan menggunakan kapas bersih, titikkan beberapa titis air Listerine pada kapas dan sapu pada kulit kepala anda. Anda akan rasakan kesegaran yang amat nyaman  dan sejuk menusuk pada kulit kepala disebabkan kandungan mentol pada air Listerine.

Biarkan beberapa minit dan bilas semula kulit kepala dan juga rambut anda dengan air bersih. Anda disaran menggunakan cara ini 2-3 kali seminggu dan lakukkan hingga masalah kelemumur anda selesai.

Walaupun begitu, jangan gunakkan Listerine pada kulit kepala terlalu kerap (setiap hari) kerana penggunaaan yang terlalu kerap tidak baik untuk kesihatan rambut anda kerana kandungan kayu putih pada Listerine tidak baik pada rambut. Penggunaan 2-3 kali seminggu sudah memandai.

Diharap, selepas anda membaca artikel ini dan mempraktikan cara ini, anda boleh mengucapkan selamat tinggal pada kelemumur anda!

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.