Home » , » Cara Cek Permit Pekerja Asing di Malaysia

Cara Cek Permit Pekerja Asing di Malaysia

Artikel ini memberi panduan mudah bagaimana cara untuk cek permit pekerja asing untuk rujukan bagi mereka yang berkepentingan untuk melakukkan semakan permit pekerja asing terutama majikan dan mungkin bagi mereka yang tidak tahu bagaimana untuk melakukkan semakan.

Permit pekerja asing diberikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada warganegara yang berasal dari negara luar sebagai salah satu syarat khas untuk bekerja dalam apa pun bidang pekerjaan di negara ini.

Tanpa permit pekerja, seseorang itu dikirakan melanggar syarat untuk bekerja di negara ini dan ianya menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya syarat ini tidak dipatuhi.

Bukan sahaja di Malaysia, tetapi setiap negara di dunia mempunyai undang-undang sendiri bagi sesiapa pun ingin bekerja di negara mereka dan syarat asasnya adalah harus mempunyai permit kerja.
Contoh Pelekat Permit Kerja Yang Dilekatkan Pada Passport
Jika seseorang itu ingin bekerja di Malaysia, ia harus melakukkan permohonan untuk mendapatkan Visa Pekerja iaitu permohonan ‘Single Entry Visa’  di Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen Malaysia dan selalunya permohonan ini dibuat oleh majikan untuk membolehkan pekerja mereka yang mungkin terdiri dari warganegara Bangladesh, Indonesia, Mynamar, China atau lain-lain warga negara, sah bekerja di negara ini.

Sekiranya anda telah membuat permohonan untuk bekerja ataupun anda adalah majikan yang telah membuat permohonan ‘Single Entry Visa’ iaitu merujuk kepada Visa kerja / permit kerja untuk pekerja anda, terdapat cara yang lebih mudah iaitu hanya melakukkan semakan status secara online di web Jabatan Imigresen.

Untuk kemudahan untuk semakan anda, admin telah sediakan link terus ke web Imigresen Malaysia


Bagi anda sebagai majikan kepada pekerja anda, adalah perlu anda tahu cara-cara cek permit pekerja asing (pekerja anda) dangan cara melihat melalui passport pekerja itu sendiri.

Pada muka helaian pertama passport seseorang pekerja itu, ia adalah mengenai identity, seperti nama, jantina, tarikh lahir, tempat passport dikeluarkan, nombor passport serta melalui passportnya juga anda boleh melakukkan semakan tempoh sah passport mereka. Passport ini adalah passport antarabangsa yang dikeluarkan oleh negara asal.

Apabila anda telah membuat permohonan bagi permit kerja pekerja anda dan ianya telah diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, selalunya visa kerja akan dilekatkan oleh Imigresen di bahagian lampiran passport individu itu.

Melalui permit kerja juga anda boleh melihat mengenai butir-butir pekerja seperti nama, jantina, bangsa, tempoh sah laku permit (selalunya setahun) nama majikan dan sektor ianya bekerja.

Melalui pemerhatian, ‘Single Entry Visa’ bukan hanya sahaja diberikan kepada mereka yang bekerja di negara ini tetapi ianya terpakai kepada warganegara asing yang telah berkhawin dengan warganegara Malaysia, mereka yang melanjutkan pelajaran di negara ini (student) tetapi dengan bayaran yang berbeza dan tarikh luput yang berbeza serta status pada visa juga berbeza.

Melalui kajian juga, kebanyakan majikan yang telah mendapatkan pekerja asing terpaksa memegang passport pekerja mereka sendiri untuk mengelakkan pekerja mereka lari. Ini kerana kadar bayaran cukai bagi setahun permit kerja di Malaysia agak tinggi dan sekiranya pekerja mereka melarikan diri dari majikan, hal ini akan merugikan majikan itu sendiri.

Artikel ini ditulis berdasarkan kajian dan pemahaman penulis mengenai permit pekerja yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada pekerja asing di Malaysia. Walaupun begitu, artikel ini hanya sekadar pengetahuan anda sahaja.

Sekiranya terdapat kemuskilan, adalah lebih baik, anda boleh terus merujuk kepada mana-mana pejabat Imigresen Malaysia yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.