Home » » Buah Tarap Di Semananjung Malaysia

Buah Tarap Di Semananjung Malaysia

Buah tarap di Semananjung Malaysia? Ada ke pokok ini disini, apatah lagi buahnya? Baik, mari kita bincang mengenai buah tarap yang amat popular sekali di negeri Sabah ini.

Bagi masyarakat Sabahan, buah ini tidak lagi asing dan ia salah satu buah yang menjadi kegemaran masyarakat di negeri ini sebagai santapan setiap kali tiba musim buah-buahan pada bulan Julai hingga september setiap tahun.

Buah tarap amat sedap dimakan semasa buah ini telah matang, (rasanya seperti susu tanpa gula) dan semasa buah ini telah separuh masak (rasanya manis dan berlemak) tetapi apabila buah ini telah masak terlalu ranum, ianya kurang enak dimakan.

Semasa buah tarap ini masih muda, buah ini juga amat sedap dimasak dengan masakan resipi masak lemak dicampur dengan ikan masin ataupun daging. 
 Photo Credit: Gwen Gwen Annie

Biji tarap juga amat sedap dimakan apabila anda membakarnya pada kuali dan ianya amat ranggup dimakan setelah anda membuang kulit pada bijinya terlebih dahulu.

Baik, bagi mereka yang masih belum mengenali buah ini, buah tarap atau nama saintisnya iaitu Artocarpus odoratissimus memang biasa dijumpai di negeri Sabah dan juga di negeri Sarawak. Bagi Sarawak, buah tarap ini dikenali sebagai buah lumuok/lumuk.

Buah ini juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia, Philippina dan juga Thailand, walau begitu kesahihan mengenainya belum dipastikan lagi.

Yang menjadi persoalannya disini adakah buah tarap di Semananjung? Dan adakah pokok ini banyak ditemui di sini?

Terdapat artikel mengatakan terdapatnya buah tarap dijual di negeri Perak, tetapi buktinya tidak dinyatakan dengan jelas.

Mengikut pemerhatian admin semasa menetap di Semananjung Malaysia dalam anggaran 10 tahun, admin tidak pernah menemui buah tarap di Semananjung apatah lagi pokoknya.

Untuk pengetahuan anda, admin telah mengelilingi negeri-negeri di Semananjung Malaysia dan telah bergaul dengan banyak orang dan kebanyakan dari mereka tidak mengenali pokok ini.

Admin pernah bertanya dengan beberapa masyarakat Melayu di Semananjung mengenai buah ini sambil menunjukkan gambar buah tarap dan mereka mengatakan buah tersebut adalah buah Sukun.

Tidak! Buah tarap tidak sama dengan buah sukun, ya, admin tahu di Semananjung banyak buah yang hampir sama dengan buah tarap iaitu buah Sukun.

Buah sukun dan buah tarap adalah tergolong dalam keluarga Moraceae tetapi kedua-dua buah ini memiliki banyak perbezaannya, misalnya dari segi kulit dan rasa buah ini semasa dimakan.

Buah sukun seperti nangka ataupun cempedak tetapi ianya berbeza disebabkan bentuk buahnya yang bulat.

Ada segilintir mengatakan, buah tarap ini sama dengan buah marang, sekali lagi admin katakan ianya tidak sama kerana walaupun buah marang dan buah terap mempunyai isi pada buah yang hampir sama tetapi ianya tetap berbeza.

Pokok marang mempunyai daun yang berbeza dengan daun pokok terap, begitu juga dengan duri kulit pada buahnya yang agak keriting seperti rambutan berbanding dengan duri kulit terap yang lurus dan agak kasar.

Di Sabah, pokok marang dikenali oleh kaum Kadazan Dusun sebagai pokok togop yang banyak ditemui tumbuh di hutan-hutan dan buah ini menjadi makanan bagi binatang liar.

Kepada mereka yang mengelarkan buah terap adalah sama dengan buah kepas / buah keledang, ianya juga tetap tidak sama walaupun admin mengatakan buah tarap hampir sama dengan buah kepas.

Ini kerana buah terap dan buah kepas mempunyai daun pada pokok yang amat berbeza sekali. Buah terap mempunyai daun yang lebar manakala daun pokok buah kepas bersaiz kecil dan menurut pandangan penulis daunnya seolah-olah seperti daun rambutan.

Selain itu juga, buah kepas mempunyai isi hampir sama seperti isi pada buah cempedak yang berwarna kuning keorenan tetapi isi pada buah terap berwarna putih.

Admin adakalanya merasa hairan kenapa spesis pokok ini tiada di Semananjung dan sekiranya pokok ini ditanam di di Semananjung, mungkin pokok ini boleh tumbuh dengan subur kerana faktor tanah dan geografi di kawasan ini sama sahaja dengan tanah di Borneo.

Mungkin pada masa ini telah terdapat masyarakat di Semananjung telah menanam pokok ini di kawasan tanah mereka. Siapa tahu?

Bagaimana pula pandangan anda mengenai pandangan penulis? Adakah anda sama dengan pendapat admin bahwa buah ini memang secara sah tiada terdapat di Semananjung Malaysia.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.