Home » , » Barang Poslaju Tak Sampai? Ini Harus Dilakukkan!

Barang Poslaju Tak Sampai? Ini Harus Dilakukkan!

Barang poslaju tak sampai? Apa yang harus kita lakukkan? Kadang-kadang , kita merasa marah, geram, dan rasa tertipu apabila mengalami situasi seperti ini bukan?

Sebenarnya, bukan anda sahaja mengalami nasib seperti ini tetapi ramai lagi di luar sana menagalami situasi yang sama. Walau begitu, bukan semuanya disebabkan penipuan tetapi masalah teknikal daripada poslaju ataupun si pengirim.

Jadi, apa yang patut kita buat? Begini, tuan dan puan.

Sudah tentunya, ramai yang panic apabila mengalami situasi ini lebih-lebih lagi barangan yang sepatutnya kita jangka akan sampai pada tarikh yang ditetapkan tetapi masih tidak kunjung tiba.

Sesetenagh barangan itu pula amat penting dan mungkin juga berharga. Dalam hal ketika anda mengalami situasi seperti ini, mungkin idea ini boleh membantu anda.

Cuba untuk bertenang
Bertenang! Ini adalah saranan pertama kepada anda, yelah, hal yang sepatutnya kita fikirkan tidak akan berlaku tetapi ianya telah berlaku, barangan yang dikirimkan kepada anda tidak sampai!
Parcel
Credit Photo Pixabay.
Cuba untuk relax, benda telah berlaku, tiada gunanya anda untuk panic, sekiranya si pengirim barangan itu anda kenali cuba untuk menghubunginya semula adakah pasti barang tersebut telah dikirimkan kepada kita.

Sekiranya si pengirim barangan itu anda tidak kenali, ataupun anda hanya kenali melalui media sosial, ataupun pengirim adalah atas nama sebuah syarikat online yang terkenal, cuba untuk berhubung dahulu, jika pengirim gagal dihubungi langsung, ia suatu berita yang tidak baik.

Cek tracking poslaju
Selalunya pihak pengirim barangan akan memberikan anda nombor tracking poslaju untuk dijadikan sebagai rujukan dan anda boleh melihat  nombor tracking dan satus barangan yang dikirim itu melalui website poslaju dengan memasukkan nombor tracking terlebih dahulu.

Sekiranya nombor tracking tersebut tidak wujud kebarangkalian anda telah ditipu adalah tinggi dan selalunya mereka yang mengalami situasi ini mereka yang melakukkan pembelian barangan melalui media sosial atau melalui web membeli-belah.

Apabila anda memasukkan nombor tracking yang diberikan pada web pos laju dan  rekod tersebut wujud, ia menandakan barangan anda telah dikirimkan tetapi mungkin ianya ‘delay’ (terdapat sedikit masalah dari pos laju) dan perlu menunggu sehari dua lagi untuk sampai.

Rujuk pada Pos Laju
Terdapat sesetengah kes barangan yang dikirim disebabkan masalah teknikal daripada pihak pos laju, oleh itu, cuba anda merujuk kepada pihak pos laju yang terdekat dengan menghubungi mereka ataupun datang sendiri di pejabat mereka.

Masalah teknikal daripada pos laju selalunya terjadi disebabkan barangan diposkan ke alamat tempat lain, barangan delay ataupun barang tersebut hilang disebabkan kecuaian mereka.

Buat laporan Polis
Apabila barang anda tidak sampai disebabkan terdapat unsur jenayah penipuan ataupun kecurian, telah mengalami kerosakan pada barangan, anda amat disaran untuk melakukkan satu laporan Polis untuk membolehkan siasatan boleh dilaksanakan terhadap kes anda.

Laporan Polis boleh dilakukkan dimana-mana balai yang terdekat dan laporan boleh dilakukkan bila-bila masa sahaja tetapi sekiranya boleh, buat laporan polis secepat yang mungkin.

Tahukah anda, ramai penipuan telah berlaku disebabkan pembelian di dalam talian dan terdapat kes yang mengalami kerugian beribu-ribu ringgit. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati untuk melakukkan pembelian melalui media sosial.

Pengakhir kata
Mungkin ini adalah saranan yang boleh digunapakai apabila barangan dari pos laju tidak sampai. Ingat, jangan panic, gunakan cara-cara yang disyorkan ini untuk mengatasi masalah anda.

Pengetahuan anda juga,  terdapat kes yang mana barangan lambat sampai disebabkan oleh si pengirim tidak memiliki stok yang mencukupi bagi barangan yang dipesan sedangkan di dalam sistem e-dagang (web membeli belah) dinyatakan barangan masih mempunyai stok.

So, hal ini memerlukan masa untuk diselesaikan dan cuba untuk mengetahui dimanakah kesilapan yang menyebabkan barang anda tidak sampai.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.