Home » , » Resepi Nasi Lemak Dalam Bisnes Kedai Makan, Boleh Untung Ke?

Resepi Nasi Lemak Dalam Bisnes Kedai Makan, Boleh Untung Ke?

Nasi lemak adalah resepi warisan turun- temurun dari genarasi terdahulu dan makanan ini amat popular sekali terutama di kalangan kaum Melayu dan makanan ini juga menjadi kegemaran di kalangan kaum lain di Malaysia.

Artikel  kali ini, mengupas sejauh mana resepi ini mampu memberi keuntungan  kepada anda apabila anda mempunyai perniagaan kedai makan.

Sebenarnya, sebelum menulis artikel mengenai nasi lemak, penulis telah banyak merantau jauh di kebanyakan tempat di Malaysia dan penulisan ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri  mengenai keunikan resepi nasi lemak di serata negara kita.

Pendek kata, lain tempat, resepi nasi lemak adalah berbeza-beza.

Pada pengamatan penulis, jika anda menetapkan menu utama di kedai makan anda iaitu nasi lemak, ia akan mengundang pengunjung yang tersendiri kepada bisnes kedai makan anda, percaya atau tidak, realitinya orang ramai di negara kita amat mengemari resepi makanan ini.
Photo Nasi Lemak by Nyonya Cooking
Rahsianya amat mudah, jika anda mampu mencipta resepi nasi lemak yang sedap, kedai makan anda akan dikunjungi oleh ramai orang. Baik, penulis berkongsi dengan anda semasa pengalaman penulis menetap di Kuantan Pahang beberapa tahun yang lepas.

Untuk pengetahuan anda, Kuantan adalah satu bandar yang terkenal dengan pelbagai kedai makan masakan Melayu, lihat sahaja di kawasan Tanjung Lumpur,  Tanjung Api, Taman Gelora, Padang Lalang, Baserah atau dalam bandar Kuantan itu sendiri, boleh dikatakan bersepah dengan kedai makan yang berteraskan masakan Melayu.

Jika anda ke Kuantan pada awal pagi dan ingin merasai sendiri resepi sarapan di kedai-kedai ataupun gerai-gerai Melayu, kebanyakannya menyediahkan resepi masakan tradisional termasuklah nasi lemak sebagai juadah kepada pengunjung.

Apa yang penulis perhatikan, bagi kedai makan yang menyediakan resepi nasi lemak yang unik dan sedap, terdapat ramai pengunjung yang akan datang ke kedai makan tersebut terutama sekali pengunjung yang datang di kedai makan itu, adalah terdiri dari kakitangan kerajaan dan juga kakitangan swasta.

Bayangkan, apabila anda datang agak lewat di salah satu kedai makan yang menyediahkan nasi lemak yang unik dan sedap, kedai makan itu telah dipenuhi oleh ramai pengunjung dan anda terpaksa berdiri dan beratur di luar kedai untuk menunggu pelanggan lain hingga selesai makan.

Apakah resepi nasi lemak kedai makan itu hingga digemari oleh ramai pelanggan? Bagi penulis, resepi nasi lemak yang disediakan oleh pemilik kedai makan itu hanya menggunakan  air santan kelapa serta daun pandan pada beras yang dikukus serta ikan tongkol yang dimasak bersama-sama dengan sambal menjadikan nasi lemak di salah satu kedai makan di Kuantan itu unik dan sedap.

Tahun 2016 kita saksikan satu gadis lepasan universiti yang berniaga nasi lemak yang menjadi viral di media Malaysia yang dikenali sebagai ‘Nasi Lemak Anak Dara’ hinggakan pada pembentangan Bajet 2017 nama gadis ini disebut oleh Perdana Menteri  Malaysia sebagi gadis yang gigih berusaha.
Persoalannya disini, mengapa nasi lemak yang dijual oleh gadis berkenaan menjadi popular? 

Sebenarnya, ianya bukan disebabkan rupa gadis itu cantik ataupun kerana dia adalah lepasan university tetapi, kerana, resepi nasi lemak yang disediakan oleh ibunya sendiri, unik dan sedap serta disukai oleh orang ramai di sekitar kawasan tersebut.

Tahukah anda Malaysia Airlines (MAS) menggunakan resepi nasi lemak  antara juadah kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan penerbangan mereka? Strategi ini bukan sahaja memperkenalkan nasi lemak sebagai makanan tradisional negara kita kepada pelancong luar negara tetapi mereka mengetahui resepi nasi lemak amat mudah untuk disediakan kepada pelanggan.

Ini kerana, resepi nasi lemak tidak menggunakan banyak sangat bahan dalam penyediaanya dan makanan ini mampu bertahan dengan masa yang agak lama.

Nasihatnya disini, jika anda memiliki kedai makan, jangan lah menyediakan resepi nasi lemak yang agak biasa kepada pelanggan anda tetapi cipta lah resepi nasi lemak yang unik dan sedap kerana dengan hanya nasi lemak, perniagaan anda mampu memperolehi keuntungan dan  satu lagi pastikan, nasi lemak anda mempunyai harga yang berbaloi kepada pelanggan.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.