Home » » Idea Bisnes Jual Ayam Sabung Thailand Yang Menguntungkan

Idea Bisnes Jual Ayam Sabung Thailand Yang Menguntungkan

Apa istimewahnya dengan ayam sabung ni? Rasanya rata-rata dari anda mungkin merasakan bisnes ini agak kurang sesuai ataupun ianya tidak mendatangkan keuntungan yang banyak kepada anda.

Satu lagi, ayam sabung dari Thailand? Hebat ke ayam nie? Hoho, Bisnes ini mungkin amat sesuai bagi mereka yang menggemari ayam laga tetapi ketahuilah ia mampu memberikan  keuntungan yang agak luar biasa sekiranya anda bijak mencari peluang memulakan bisnes ini.

Penulis bukanlah pakar mengenai ayam sabung, tetapi berdasarkan pemerhatian penulis di samping itu penulis kerap bergaul dengan penggemar mengenai ayam sabung, dan hasil kajian dari penulis sendiri, bisnes ini mampu memberikan keuntungan yang lumayan kepada anda.

Sebelum penulis memberikan idea yang lebih lanjut mengenai bisnes ini, penulis cuba menerangkan kepada anda kehebatan ayam sabung dari negara Thailand ini.

Tahukah anda, baka ayam sabung dari Thailand adalah baka ayam laga yang terbaik sekali dari segala jenis ayam laga di Asia Tenggara. Mengapa begitu? Baik, mari kita bercerita sedikit dari sejarah mengenai ayam sabung dari negara Thailand.
Ayam Sabung Asli Thai
Mengikut sejarah Thailand, semenjak dari kemenangan pertarungan ayam diraja Thai dengan Maharaja Burma pada suatu ketika dahulu, wujudnya beberapa sistem di dalam kerajaan mereka, iaitu mengkaji dan mengasingkan segala baka ayam dari jenis-jenis terbaik di seluruh negara tersebut dan pertarungan ayam sabung adalah salah satu sukan yang terbesar di negara Thai pada masa itu.

Hinggalah ke zaman sekarang, warisan-warisan dari jenis baka ayam Thai yang terbaik masih diwarisi oleh kebanyakan genarasi masyarakat di negara berkenaan hinggakan impaknya telah menular ke negara Malaysia terutamanya.

Baka-baka ayam sabung  Thai adalah baka terbaik kerana ayam ‘krate’ dari Thai adalah ayam yang sanggup mati dalam gelanggang pertempuran. Jika anda sukar mempercayai kenyataan ini, datanglah ke mana-mana tempat pertandingan laga ayam diadakan, ayam sabung asli Thai tidak akan lari dari gelanggang pertempuran walaupun ayam dari pihak lawan lebih kuat dari ayam sabung Thai.

Kerana itu, sekiranya anda memiliki baka ayam sabung Thai yang benar-benar asli dan lebih-lebih lagi tuah ayam itu telah dilihat pada kakinya iaitu di kaki ayam terdapat sisiknya yang bersambung , peminat ayam sabung sanggup  menawarkan kepada anda dengan harga yang amat tinggi dengan hanya seekor ayam laga.

Anda telah didedahkan tentang kehebatan ayam sabung Thai  dan mengapa ianya sanggup dibeli dengan harga yang begitu tinggi sekali oleh penggemar ayam sabung.

Untuk memulakan bisnes ini, anda harus terlebih dahulu mengeluarkan wang modal untuk membeli sekurang-kurangnya sepasang ayam sabung asli Thai iaitu ayam betina dan ayam jantan. Selain itu, anda harus mengasingkan pasangan ayam ini dari baka ayam yang lain untuk menjaga keaslian ayam sabung Thailand terutama sekali ayam betina.

Untuk mendapatkan ayam sabung Thai, tidaklah sesukar yang anda sangkakan, anda hanya perlu bergaul dengan peminat-peminat ayam sabung, kerana mereka ini tentunya amat arif dimana perlunya mendapatkan ayam sabung Thai ini.

Jika anda telah memiliki beberapa pasang ayam sabung Thai, anda harus memikirkan dimana lokasi untuk menternak ayam ini sehinggalah ayam ini bertelur dan memperolehi anak-anak ayam sabung Thai yang asli.

Tempat terbaik untuk menternak ayam sabung adalah jauh dari kawasan kampung ataupun anda menempatkan ayam-ayam sabung anda di kawasan kebun dan pastikan kebun itu tidak mempunyai ayam dari jenis baka yang lain.

Apabila ayam-ayam sabung Thai anda telah bertambah banyak, anda harus memperkenalkan ayam sabung ternakan anda kepada rakan-rakan yang menggemari ayam laga, sekiranya perlu anda harus mengikuti perkembangan pertandingan-pertandingan laga ayam tetapi pastikan anda tahu tujuan anda iaitu bisnes melibatkan bisnes jualan ayam sabung.

Bagi anda yang mempunyai wang modal yang banyak, anda tidak perlu menunggu untuk menternak ayam laga tetapi gunakan wang yang ada untuk membeli ayam sabung di kawasan yang menawarkan harga ayam sabung Thai asli dengan harga yang murah dan jual semula kepada penggemar ayam sabung di kawasan yang lain.

Penulis mempunyai seorang kawan yang menjalankan bisnes ini dan jujur penulis katakana disini, ia mampu memperolehi keuntungan beribu ringgit sebulan. Walau begitu pastikan juga anda menjaga kesihatan ayam-ayam sabung anda agar tidak dijangkiti penyakit sebelum dijual kepada penggemar ayam laga.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

1 comments:

Hello Sir,

I'm Razwan from KL.
Is there's a way I can reach you sir?
I developed few mathematical formula for betting system I would like to share with you. You may reach me via WhatsApp 013-3701128. Thanks

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.