Home » » Apa Itu Pokemon GO Dan Kenapa Orang Tergila-gilakan Permainan Ini?

Apa Itu Pokemon GO Dan Kenapa Orang Tergila-gilakan Permainan Ini?

Apa itu Pokemon GO dan kenapa ramai yang tergila-gilakan permainan ini? Pada saat ini permainan ini amat popular sekali di seluruh dunia walaupun masih banyak lagi negara yang tidak dapat mengaksess permainan ini.

Untuk pengetahuan anda Pokemon GO adalah sebuah aplikasi game ataupun permainan yang boleh diperolehi melalui telefon pintar Android dan juga Apple IOS.

Dengan menggabungkan alam maya dan dunia sebenar menjadikan permainan ini amat menyeronokan sekali lebih-lebih lagi permainan ini juga menggunakan platform permainan dunia sebenar yang diformulasasikan oleh Niantic.

Dalam permainan Pokemon GO, anda dikhendaki untuk mencari lebih 100 jenis sepsis Pokemon di sekitar anda ataupun di serata dunia dengan hanya melalui telefon pintar sahaja. Pada artikel ini ditulis, permainan ini telah menggunakan lokasi sebenar dunia untuk menangkap Pokemon seperti lokasi Paris, Kanto dan Hokkido bagi negara Jepun dan juga New York serta beberapa lagi negara termasuk Malaysia.

Untuk bermula dengan permainan ini, anda harus bersedia dari segi minda dan kemungkinan memerlukan fizikal yang sihat kerana ia memerlukan anda untuk menerokai sekitar kediaman anda, daerah, bandar-bandar, hutan, atau tasik untuk menangkap sepesis Pokemon kerana  tetapan bagi permainan ini adalah tentang dunia sebenar.

Bagi mengetahui haiwan Pokemon berada di sekitar anda, telefon pintar anda akan memberikan isyarat bergetar menunjukkan terdapat Pokemon berada di sekitar anda. Untuk menangkap Pokemon ini, hanya gunakan telefon pintar anda dengan menggunakan bola poke untuk menangkap haiwan liar Pokemon tetapi anda harus berhati-hati kerana haiwan ini boleh melarikan diri.
Sumber Image: Pokemon.com
Bola poke untuk menangkap Pokemon dalam permainan ini adalah terhad tetapi anda masih mempunyai altenatif lain untuk  mengumpulkan bola ini dengan anda hanya perlu singgah di mana-mana tempat menarik seperti monument, penanda sejarah, seni pemasangan awam, kerana kawasan inilah selalunya terdapatnya PokéStops untuk mengumpulkan bole poke.

Pemilihan watak
Di dalam permainan ini, anda bebas untuk memilih watak pilihan anda yang boleh diperolehi  melalui aplikasi game ini misalnya mungkin anda perlu menyesuaikan rupa watak, pemilihan pakaian, ataupun meletakkan beberapa asesori keatas watak untuk kelihatan lebih menarik. Watak ini lah yang digunakan sebagai profil anda dan watak individu yang bergerak pada peta untuk menangkap pokemon.

Cara menambahkan Pokédex anda
Permainan ini mempunyai peringkat-peringkat yang tertentu dimana anda sebagai watak dalam permainan Pokemon GO yang dikenali sebagai Trainer. Semakin tinggi level anda maka semakin tinggilah kemahiran anda untuk menangkap Pokemon yang lebih kuat dan semua ini akan melengkapkan Pokédex anda.

Apabila anda menuju ke tahap yang lebih tinggi ada juga mempunyai aksess yang lebih baik terhadap beberapa barangan misalnya anda akan memperolehi GreatBalls yang mampu memberikan pukulan yang kuat untuk menangkap Pokemon.

Bagi cara-cara yang lain untuk menambahkan Pokédex anda, jika anda menangkap beberapa Pokemon yang sama dengan masa yang mencukupi, apabila anda berada di salah satu PokéStops, anda akan mendapati satu telur Pokemon yang akan menetas apabila anda akan bergerak pada kawasan yang tertentu dan yang menariknya, ia adalah Pokemon yang unik!

Kelebihan-kelebihan yang lain dalam permainan Pokemon
Untuk menjadi permainan Pokemon lebih menarik anda boleh menyertai beberapa pasukan dan pertempuran diantara pasukan yang lain dengan hanya menyertai satu pasukan sahaja. Apabila anda berada di kawasan anda terdapat beberapa Gim yang boleh menempatkan Pokemon anda dan anda hanya boleh menempatkan satu Pokemon di dalam Gim tersebut.

Anda dan pasukan yang lain harus bekerjasama untuk mempertahankan Gim daripada diserang oleh pasukan yang lain. Setiap Pokemon mempunyai dua serangan untuk melawan Pokemon dari pasukan yang lain dan jika prestasi Gim pasukan anda menurun, Gim tersebut akan mudah diambil alih oleh pasukan lawan.

Terdapat satu peranti mudah alih yang dikenali sebagai Pokémon GO Plus yang digunakan untuk mengesan kehadiran Pokemon di sekitar anda. Peranti mudah alih ini bersambung dengan Bluetooth telefon pintar anda dan sekiranya terdapat haiwan Pokemon berada di sekitar anda, perantih ini akan berkelip dengan lampu LED dan bergetar. Peranti ini mudah diperolehi di pasaran pada masa ini.

Apa yang pasti, permainan Pokemon GO ini adalah benar-benar percuma dan anda tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk bermain. Anda hanya perlu mempunyai aksess internet melalui telefon pintar anda dan anda boleh mendapatkan aplikasi permainan ini melalui App Store dan Google Play. Selamat mencuba!






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.