Home » » Punca Kulit Rambut Gatal

Punca Kulit Rambut Gatal

Adakah anda menghadapi rambut gatal? Terdapat ramai individu yang menghadapai masalah kulit rambut pada kepala mengalami kegatalan dan ini sudah tentunya anda akan mengalami perasaan yang tidak selesa.

Oleh itu adalah penting untuk anda mengenal pasti kembali keadaan kulit kepala anda kerana rambut gatal disebabkan oleh pelbagai factor yang berbeza dan mungkin berikut adalah beberapa punca yang menyababkan kegatalan pada kepal anda.

Punca-punca kulit rambut Gatal pada kepala 
Melalui kajian, kulit kepala yang gatal disebabkan oleh satu penyebab utama iaitu kulit pada kepala anda telah mengering disebabkan telah hilangnya agen pelembab semulajadi pada kulit kepala anda.

Pada masa ini, berapakah usia anda? Kulit kepala yang gatal juga disebabkan oleh factor-faktor penuaan dan terdapat juga kes disebabkan oleh sejenis penyakit yang dikenali sebagai  Atopic Dermatitis atau Psiorisis.

Pada gejala penyakit yang ringan ia tetap menghasilkan kegatalan pada kulit kepala di rambut anda dan gejala yang agak teruk, kulit kepala anda akan menebal dan bersisik. Ini akan berisiko untuk mengalami keradangan (Microinflammations) akibat menggaru pada kulit kepala akibat kegatalan.
Bagi individu yang selalunya mengalami masalah ini bukan sahaja disebabkan oleh factor penuaan tetapi akibat perubahan hormone, tekanan emosi dan juga fizikal, serta disebabkan oleh genetic .

Faktor luaran pula yang membawa kepada masalah kegatalan pada kulit kepala adalah mungkin disebabkan perubahan cuaca (suhu), pencemaran,  pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan, kehidupan seharian anda (gaya hidup), merokok, penggunaan shampoo yang tidak sesuai dengan kulit kepala anda, penggunaan sabun, program rawatan rambut, dan juga tentang pemakanan anda yang tidak sihat.

Cara Mengatasi kulit pada kepala gatal
Pemilihan syampu yang sesuai - Sebenarnya cara yang disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan hanyalah dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala anda dengan memilih syampu yang dikhaskan untuk mengatasi kulit gatal dan kering pada kulit kepala.

Di pasaran pada masa ini terdapat bayak jenis syampu yang memang dikhasikan untuk mengatasi masalah ini tetapi pastikan anda benar-benar  memilih syampu yang benar-benar mampu mengatasi masalah anda.

Berjumpa dengan pakar masalah rambut- Jika masalah anda sukar diatasi dengan menggunakan syampu yang diperolehi di pasaran, anda disaran untuk berjumpa dengan doctor yang bertauliah untuk memastikan sebenar masalah kulit kepala anda kerana terdapat banyak factor yang menyebabkan masalah kulit kepala gatal berlaku.

Berjumpa dengan doctor juga, anda bukan sahaja dapat mengetahui masalah kulit kepala anda tetapi anda boleh meminta nasihat-nasihat tentang penjagaan kulit kepala dengan betul dan pemakanan yang baik untuk kesihatan rambut anda.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.