Home » » Punca Brek Kereta Berbunyi

Punca Brek Kereta Berbunyi

Apakah punca brek kereta berbunyi? Artikel ini sebenarnya bukan pendapat daripada pakar tetapi hanya berdasarkan pengalaman selama bertahun-tahun menggunakan kereta.

Penulis mengetahui, anda yang membaca artikel ini memang mengalami masalah brek kereta mengeluarkan bunyi yang pelik dan penulis akan berkongsi dengan anda mengenai pengalaman penulis sendiri tentang masalah ini.

Walaupun kereta kita ini memiliki pelbagai jenis tetapi system brek diantara kenderaan tidak jauh berbeza dan system inilah digunakan oleh syarikat pengeluar kereta di serata negara.

Kenali jenis brek pada kereta anda
Pada umumnya, brek terbahagi kepada dua jenis iaitu brek disc dan juga brek drum yang mana brek disc berfungsi dimana brek pad akan mencengkam disc plate dan bagi brek drum pula akan berfungsi dengan brek pad akan mencengkam pada permukaan drum.

Dua sistem brek ini paling banyak digunakan oleh syarikat-syarikat pengeluar kereta di seluruh dunia dan secara teorinya, kedua-dua system brek ini memiliki kebaikan yang tersendiri terhadap brek sesebuah kereta itu.

Pada kebiasannya, bagi kereta motokar, brek drum selalunya digunakan pada tayar bahagian belakang dan brek disc pula pada bahagian hadapan  tayar kereta. Walau begitu terdapat kereta yang menggunakan keempat-empat tayar dengan menggunakan system brek drum dan terdapat juga kereta yang menggunakan system brek disc pada keempat-empat tayar kereta.

Punca brek drum berbunyi
Bagi kereta yang menggunakan system brek drum, gejala akan timbul dengan mengeluarkan bunyi yang agak luar biasa dan ini menandakan terdapatnya tanda-tanda masalah pada system brek tersebut.

Bunyi yang seolah-olah mencakar ataupun bunyi yang seolah-olah mengikis apabila pedal pada kereta ditekan menandakan brek pad pada brek kereta anda telah pun haus atau menandakan tanda-tanda haus dan ia sudah tentunya anda telah menggunakan brek tersebut telah terlalu lama dan betapa pentingnya anda menghantar kereta anda di bengkel untuk menjalani pemeriksan brek kereta anda dengan segera.
Photo Credit: Pixabay
Bagi sesetengah kereta, brek drum akan menunjukkan tanda-tanda bunyi pelik apabila anda menekan pedal brek dan anda akan merasa getaran ataupun seolah-olah berdenyut. Hal ini disebabkan oleh kerana anda terlalu kerap menggunakan brek pada kereta anda.

Sekiranya anda tidak merasa yakin tentang hal ini anda boleh menghantar kereta anda untuk menjalani pemeriksaan di bengkel yang berhampiran. Selain itu, brek drum berbunyi juga disebabkan sistem brek pad pada bahagian drum telah longgar, masalah pada kabel, brek tidak dipasang dengan betul dan ini berisiko tinggi brek anda akan gagal berfungsi dengan baik.

Punca brek disc berbunyi
Hal yang sama juga akan berlaku kepada kereta yang menggunakan sistem brek disc dan sampai satu tahap, ia akan mengeluarkan bunyi pelik. Sebenarnya ia dalah amaran awal kepada anda untuk menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut kepada sistem brek anda.

Selalunya bagi sistem brek disc yang berbunyi seperi bunyi seolah-olah kisaran apabila pedal brek ditekan, ia menandakan brek pad anda telah benar-benar haus dan sekiranya ini berlaku kepada kereta anda semasa memandu di jalan raya, segera berhenti di tepi jalan dan lakukan pemeriksaan keatas sistem brek  anda.

Brek terlalu haus juga bukan sahaja akan mengeluarkan bunyi seperi kisaran tetapi akan mengeluarkan bunyi yang mencakar dan nyaring apabila anda membelok dan ia berpunca daripada besi Caliper yang memegang brek pad.
Photo Credit: Pixabay
Ini adalah bunyi amaran merbahaya kepada anda dan brek pad harus ditukar dengan segera. Seeloknya apabila berlaku bunyi pada brek disc anda semasa anda di jalan raya, berhenti memandu dan lakukan panggilan kepada towing atau kereta tunda kerana sekiranya anda memaksa untuk memandu, dikhuatiri rotor atau disc plate anda akan rosak akibat geseran tersebut dan risiko yang paling teruk, bukan sahaja anda terpaksa menukar disc plate baru yang berharga mahal tetapi sistem brek anda akan gagal beroperasi dengan baik kerana rotor anda telah pun rosak.

Kesimpulan
Kesimpulannya, apa pun bunyi pada brek kereta anda, ia adalah tanda amaran bahaya yang akan boleh berlaku kepada kenderaan anda di masa yang akan datang. Menghantar ke bengkel untuk pemeriksaan oleh juruteknik yang professional adalah sebagai jawapan yang terbaik bagi anda untuk mengenal pasti masalah sebenar sistem brek yang berbunyi.

Jangan mengambil mudah apabila anda mendengar atau merasakan sendiri terhadap adanya masalah pada sistem brek kereta kerana ia boleh menyebabkan nyawa anda dalam keadaan bahaya dan juga penumpang-penumpang di dalam kereta anda.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.