Home » » Pengalaman Lampu Check Engine Menyala Dan Cara Mengatasi

Pengalaman Lampu Check Engine Menyala Dan Cara Mengatasi

Lampu check engine menyala pada kenderaan akan berlaku kepada setiap kenderaan yang ada pada masa kini apabila berlakunya masalah kepada kereta tersebut, kerana pada masa kini kebanyakan kereta menggunakan sistem elektronik sepenuhnya.

Tentunya anda sebagai pemilik kenderaan amat merasa risau apabila situasi isyarat chek engine pada bahagian meter kenderaan menyala secara tiba-tiba bukan? Ini adalah perkongsian pengalaman penulis kepada anda berdasarkan  telah pun beberapa kali mengalami masalah ini dan bagaimana cara mengatasi situasi ini.

Penulis hanya menggunakan kereta Proton Gen 2 serta Perodua Viva 850 dan  kereta Proton ini lah penulis gunakan selama bertahun-tahun untuk urusan seharian. Sebenarnya penulis memang tidak berpengalaman sangat mengenai kenderaan ini tetapi kerana masalah-masalah yang berlaku keatas kereta yang penulis gunakan, penulis hampir memahaminya sepenuhnya apakah masalah pada kereta terutamanya kereta Proton  Gen 2.
Lampu Check Engine Menyala 
Seingat penulis, isyarat lampu check engine yang menyala pada kereta Gen 2 telah berlaku selama 4 kali selama 11 tahun menggunakan kereta ini. Apa yang penulis dapati berdasarkan pengalaman dan nasihat-nasihat dengan juruteknik berpengalaman, isyarat tersebut timbul pada meter kereta disebabkan terdapatnya masalah pada enjin kereta anda atau masalah pada sistem elektronik.

Apabila hal ini berlaku keatas kereta anda, jangan panik tetapi cuba untuk menghantar dengan kadar segera kereta anda ke bengkel yang berhampiran dan pastikan juruteknik tersebut adalah berpengalaman. Sebagai pengetahuan anda, isyarat cek engine ini berlaku disebabkan isyarat utama berpunca dari sistem elektronik komputer box yang terletak pada bahagian enjin kereta anda, ia sama ada komputer box mengalami masalah ataupun kompenen-komponen pada bahagian enjin bermasalah.

Secara asasnya komputer box pada enjin kenderaan adalah satu sistem yang berfungsi untuk mengesan apa-apa masalah pada enjin kereta dan juga masalah sistem wiring kenderaan dan ia akan menghantar isyarat check engine yang akan menyala pada meter kenderaan anda sekiranya terdapatnya masalah pada kereta anda. Sekiranya kereta dalam keadaan normal dan tidak mengalami apa-apa masalah, isyarat tersebut tidak akan menyala.

Antara punca yang menyebabkan isyarat tersebut akan menyala adalah sistem wiring pada bahagian-bahagian kenderaan terbakar umpamanya wayar lampu brake terbakar, sensor reverse rosak, sistem starter rosak, bateri kereta telah ‘weak’ dan ditukar pada bateri yang baru, motor  fan engine rosak, radiator rosak, dan bermacam lagi masalah pada engine sama ada ia berpunca dari kerosakan kecil ataupun kemungkinan juga berpunca dari kerosakan yang besar. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

Ya, seperti yang penulis katakan sebelum ini, hantar segera kereta anda di bengkel yang berpengalaman dan sebelum itu pastikan bengkel tersebut mempunyai alat yang dikenali sebagai Vehicle Diagnostic Scanner dimana alat ini berfungsi untuk mengesan secara detail apakah masalah pada kenderaan anda yang menyebabkan isyarat chek engine menyala walau begitu adalah lebih baik anda menghantar kereta anda ke pusat servis kereta anda umpamanya kereta yang anda gunakan adalah Toyota Vios, anda hanya perlu menghantar kereta anda di pusat servis Toyota kerana mereka lebih tahu apakah masalah kereta anda.

Bagi juruteknik yang berpengalaman, menggunakan Vehicle Diagnostic Scanner tidak memerlukan masa yang lama untuk mengesan masalah pada kenderaan anda dan apabila alat tersebut telah mengesan punca isyarat tersebut menyala, juruteknik akan melakukan pembaikan keatas punca tersebut tetapi pastikan juga anda mengetahui berapakah kos untuk pembaikan kerana, bagi bengkel biasa, dengan hanya melakukan pemeriksaan  menggunakan alat tersebut sahaja kos boleh dianggarkan diantara RM 50 hingga RM 100 keatas tidak termasuk  kos pembaikan kerosakan.

Apapun tips-tips ini hanyalah berdasarkan pengalaman penulis sahaja dan tidak mewakili sepenuhnya pandangan juruteknik yang bertauliah. Artikel ini hanya untuk panduan umum anda sahaja dan pastikan anda merujuk sepenuhnya kepada juruteknik di pusat servis kereta anda. Moga tips ini amat berguna kepada anda bagaimana mengatasi isyarat cek enjin yan menyala.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.