Home » » Kelebihan Membeli Kereta Jenama Toyota Yang Mesti Diketahui

Kelebihan Membeli Kereta Jenama Toyota Yang Mesti Diketahui

Adakah anda merancang untuk membeli kereta baru? Penulis mungkin mampu memberikan sedikit tips kepada anda apakah kelebihan-kelebihannya sekiranya anda ingin membeli kereta jenama Toyota.

Anda sendiri sedia maklum, jenama ini amat terkenal sekali di negara kita dan sebagai pengetahuan anda juga, Toyota adalah sebuah syarikat kenderaan gergasi yang berasal dari negara Jepun.

Setiap tahun syarikat ini mampu mengedarkan beratus ribu kenderaan ke serata negara untuk dipasarkan kepada pasaran global.

Harga kereta Toyota yang berpatutan
Kereta Toyota mempunyai pelbagai jenis daripada harga yang mampu milik hingga kereta yang diketegorikan sebagai kereta yang mewah umpamanya Toyota Fortuner, Ninja King, dan pelbagai lagi.

Bagi pandangan penulis, syarikat ini amat bijak mensasarkan pasaran kenderaan mereka kepada setiap peringkat golongan pembeli dan bagi mereka yang berkemampuan, sudah tentunya mereka akan mendapatkan kereta yang sesuai dengan kemampuan kewangan mereka.

Secara reality, jenama ini tidaklah terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah tetapi ia bergantung kepada apakah jenis kereta itu dan kesimpulannya harga memang berpatutan sesuai dengan kualiti kereta keluaran syarikat tersebut.
Photo Credit: Flickr
Kualiti kereta bertaraf antarabangsa
Seperti yang kita ketahui, syarikat ini telah lama bertapak dalam industry kenderaan dan pendekatan syarikat ini adalah memasarkan jenama kenderaan keluaran mereka di serata dunia dan tidak hairanlah kenderaan  mereka melepasi standard piawan antarabangsa.

Tahukah anda, Kereta dari jenama ini begitu besar sekali pengaruhnya hinggakan memiliki banyak sekali rangkaian syarikat di kebanyakan negara seperti  Eropah, Barat, dan juga Asia dimana pejabat utama bagi syarikat ini adalah bertempat di negara Jepun iaitu Toyota Motor Corporation.

Amat mudah untuk mendapatkan alat ganti
Salah satu punca kejayaan syarikat ini adalah keupayaan mereka mengedarkan alat ganti bagi setiap kenderaan mereka di pasaran dan juga alat ganti yang mudah diperolehi dari pusat servis mereka sendiri.

Jika anda membeli sebuah kereta dari jenama Toyota dan mungkin anda ingin mencari alat ganti bagi kereta itu, anda hanya perlu berkunjung ke mana-mana kedai alat ganti di kawasan anda dan alat ganti itu memang ada dijual.

Bagi sesetengah jenama kereta, alat ganti amat sukar untuk diperolehi dan anda terpaksa menunggu selama beberapa minggu untuk membolehkan anda mendapatkan alat ganti kereta tersebut  kerana anda terpaksa melakukan tempahan terlebih dahulu di pusat pemasangan kereta berkenaan.

Harga pasaran ‘Use Car’ kereta Toyota masih tinggi
Perkara yang perlu anda fikirkan jika anda ingin membeli kereta adalah, cuba anda bertanya kepada diri anda sendiri, adakah kereta yang anda beli sekarang mempunyai harga pasaran yang masih tinggi apabila anda menjualnya semula di pasaran?

Bagi sesetengah jenama kereta, apabila anda ingin menjual semula kepada orang ramai, harga pasaran kereta itu telah mengalami penurunan yang mendadak sedangkan kereta anda hanya digunakan selama setahun dua dan masih dalam keadaan elok.

Untuk mengetahu harga pasaran kereta anda, anda boleh bertanya kepada syarikat ues car ataupun bank-bank kerana mereka memiliki list harga pasaran bagi sesebuah kereta.

Bagi kereta jenama Toyota,  apabila anda menjual semula kenderaan ini, harga pasaran masih tinggi walaupun harga telah menurun tetapi ia tidaklah menurun mendadak seperti jenama sesetengah kenderaan yang lain, hal ini sekurang-kurangnya anda tidaklah mengalami kerugian yang banyak apabila menjualnya semula.

Harga tinggi kereta ini disebabkan kerana syarikat ini telah bertapak di pasaran dalam jangka yang lama serta kualiti kereta yang memuaskan hati pengguna.

Tentang jenama kereta lain
Penulis sebenarnya tidak mengatakan jenama kereta lain tidak berkualiti kerana terdapat banyak lagi kereta yang mampu bersaing dengan Toyota di negara ini umpamanya Honda, Mitsubishi, Subaru, Volkswagon, BMW, Ford, Nissan, dan banyak lagi.

Walau begitu penulis hanya menyampaikan kelebihan-kelebihan yang anda perolehi sekiranya anda menggunakan kereta Toyota walaupun sesetengah kereta ini mungkin memiliki kelemahan-kelemahan seperti kereta jenama yang lain.

Apa yang penting adalah mengenai harga, alat ganti, harga pasaran apabila menjualnya semula serta kualiti sesebuah kenderaan.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.