Home » » Cara Mengetahui Panduan Harga Kereta Proton Baru

Cara Mengetahui Panduan Harga Kereta Proton Baru

Adakah anda tercari-cari  panduan yang tepat harga kereta di pasaran bagi kereta Proton? Terdapat beberapa cara panduan yang betul untuk mengetahui harga terkini kereta ini bagi sesiapa yang tercari-cari harga semasa kereta keluaran Malaysia.

Sebenarnya terdapat banyak panduan dengan hanya menerusi internet sahaja tetapi panduan yang tepat akan menjimatkan masa anda sendiri. Baik berikut adalah panduan-panduan yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.

Merujuk Web rasmi pengeluar kereta proton
Cadangan yang pertama adalah dengan merujuk melalui web rasmi pengeluar kereta proton itu sendiri iaitu Proton Edar.

Web ini akan mengemaskini setiap kereta keluaran mereka di pasaran berserta spesifikasi mengenai harga, kualiti, keselamatan, design, enjin, teknologi terkini yang digunakan dan panduan-panduan yang lain kepada pengunjug web tersebut. Web rasmi bagi kereta Proton adalah http://www.proton-edar.com.my .
Melalui web Paultan.org
Adakah anda mengenali web ini? Rasanya rata-rata pengguna internet di Malaysia amat sinonim dengan web ini kerana web ini memberi kupasan secara detail tentang apa sahaja kenderaan keluaran terbaru yang ada di Malaysia dan luar negara.  Alamat detail web tersebut adalah http://paultan.org.
\
Bagi anda yang ingin melihat setiap keluaran kereta terkini di Malaysia misalnya kereta Proton, anda hanya perlu mengunjungi web ini dan yang menariknya setiap kenderaan baru dilancarkan akan kemaskini oleh wartawan web tersebut tentang review berserta photo yang diambil melalui pelbagai sudut yang menarik.

Melalui web Carlist.my
Web ini adalah antara web yang paling popular sekali di negara ini mengenai iklan kereta yang dijual di serata negeri sama ada baru ataupun  terpakai dan juga review mengenai kereta terbaru berserta maklumat mengenai harga pasaran kenderaan.

Web ini mengumpulkan beribu syarikat use car dan juga penjual persendirian yang boleh dipercayai dan anda tidak rugi untuk mencari maklumat mengenai kereta Proton melalui web ini. Alamat penuh web tersebut adalah http://www.carlist.my.

Web Mudah.com.my
Rasanya semua mengetahui tentang web mudah.com.my yang menghimpunkan pelbagai syarikat dan individu yang beriklan apa sahaja produk yang dijual melalui web ini. Tidak ketinggalan juga ejen syarikat pengeluar kenderaan Proton yang beriklan melalui web ini mengenai kereta terbaru mereka di pasaran.

Anda hanya perlu mengunjungi web ini dan melakukan pencarian tentang kereta Proton. Anda akan melihat senarai harga bagi pasaran terkini kereta Proton dan yang menariknya juga, ejen kereta dari syarikat lain, use car juga beriklan melalui web http://www.mudah.my.

Berkunjung ke pusat showroom Proton Edar
Apapun harga yang dilihat melalui internet hanyalah sebagai panduan kepada anda kerana harga sebenar bagi kereta Proton adalah dengan mengunjungi mana-mana showroom Proton yang berhampiran dengan tempat tinggal anda kerana maklumat  harga yang diberikan lebih detail.

Selain itu pula anda boleh melihat dengan lebih dekat kereta Proton dan penerangan panjang lebar dari ejen mereka mengenai spesifikasi kenderaan dan yang paling menarik, anda boleh mencuba kereta tersebut melalui test drive yang mungkin disediakan untuk pelanggan.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.