Home » » Cara Mengatasi Handphone Android Hang Dalam Masa 5 Minit

Cara Mengatasi Handphone Android Hang Dalam Masa 5 Minit

Seperti yang kita ketahui, handphone ataupun Smartphone  jenis android daripada jenama Samsung, Asus, Lenovo, Oppo, Sony, dan pelbagai lagi jenama lain adakalanya akan menjadi jem ataupun hang disebabkan telefon pintar ini tidak dikendalikan dengan baik oleh anda.

Penulis akan berkongsi kepada anda bagaimana untuk mengatasi masalah ini di dalam anggaran 5 minit dan berdasarkan pengalaman, selalunya masalah handphone hang akan diatasi dengan segera.

Baik, berikut adalah cara-cara mengatasi masalah pada Smartphone anda.

Matikan telefon bimbit anda
Apabila handphone hang, selalunya handphone anda akan seperti rosak walaupun pada masa itu telefon di dalam keadaan masih berfungsi tetapi anda tidak mampu melakukan apa-apa kerana segala aplikasi tidak boleh digunakan.

Cara yang paling mudah untuk mengatasi masalah ini adalah matikan segera handphone anda atau switch off melalui button pada dan tunggu selang 1 minit dan switch on semula button Smartphon anda dan selepas 1 minit, anda akan dapati handphone anda berfungsi secara normal semula.

Cek semula jumlah gambar dalam telefon
Salah satu penyebab handphone anda selalu hang adalah kerana handphone anda mempunyai gambar yang terlalu banyak hinggakan memori telefon anda tidak mampu menampung gambar-gambar tersebut umpamanya memori telefon anda adalah 32GB tetapi anda telah menyimpan gambar pada telefon anda hampir melebihi 32GB ataupun melebihi dari memori telefon.

Cadangan penulis anda perlu membuaang sebahagaiang gambar tersebut untuk membolehkan handphone anda tidak selalu hang.
Photo Credit: Pexels
Jika anda sayangkan gambar-gambar  tersebut dan enggan membuangnya, penulis mencadangkan anda melakukan pemindahan gambar-gambar tersebut mungkin melalui Google Drive, Pen Drive ataupun pada Laptop anda. Agak mudah bukan? Menyimpan terlalu banyak gambar di dalam telefon bukan sesuatu idea yang bagus kerana ia memberikan impak yang buruk pada telefon anda dan seterusnya akan memendekkan jangka hayat telefon.

Aplikasi terlalu banyak
Berapakah aplikasi yang anda install melalui Play Store? Menggunakan aplikasi yang terlalu banyak pada Smartphone juga bukan sesuatu idea yang bagus kerana setiap aplikasi misalnya game mempunyai data yang banyak. Terdapat aplikasi game yang boleh mencapai 1 giga byte (GB) dan terdapat juga aplikasi yang mampu mencapai beratus mega byte (mb).

Bukankah cara ini hanya memberatkan telefon anda? Lebih-lebih lagi pula anda sendiri jarang menggunakan aplikasi tersebut. Jika boleh kurangkan  melakukan download aplikasi pada Play Store dan hanya lakukan download pada aplikasi yang penting sahaja kerana apilakasi yang banyak juga antara penyebab Smartphone anda sering hang.

Cek semula video dalam telefon
Berapakah jumlah video yang anda simpan pada Smartphone anda? Video ataupun rakaman yang disimpan terus menerusi memori telefon juga salah satu penyebab kepada telefon anda sering hang. Ini kerana apabila video rakaman yang terlalu banyak akan memenuhi memori telefon anda sama seperti photo yang anda simpan pada Smartphone anda. Oleh itu lakukan pemeriksaan semula jumlah video yang disimpan pada memori telefon dan adalah lebih baik anda membuang kesemua video-video yang tidak diperlukan.

Matikan auto download aplikasi Whatsapps
Adakah anda telah meng install aplikasi whatsapp pada handphone anda? Tahukah anda, aplikasi ini juga mampu membuatkan handphone anda akan menjadi hang disebabkan tetapan auto download melalui tetapan pada aplikasi ini?

 Tetapan auto download akan menyebabkan kesemua gambar-gambar, video, dan rakaman suara yang dihantar melalui rakan-rakan ataupun rakan di dalam group akan terus disimpan ke memori telefon anda.

Oleh itu penulis mencadangkan anda menetapkan semula tetapan aplikasi ini dengan tanpa auto download. Anda hanya perlu melakukan download secara manual video, gambar, rakaman sekiranya anda memerlukannya sahaja.

Log out aplikasi Facebook
Sekiranya boleh, anda disaran untuk sentiasa ‘log out’ pada aplikasi Facebook setelah selesai menggunakan aplikasi ini kerana aplikasi ini bukan sahaja akan menyebabkan data internet anda cepat habis kerana ia akan auto update setiap status daripada rakan-rakan anda, update mengenai pemberitahuan terus ke akaun FB anda dan secara tidak langsung aplikasi ini juga akan menyebabkan Smartphone anda sering hang kerana aplikasi ini agak berat penggunaan kilo byte (kb).

Logout aplikasi yang sedang ‘running’
Sama seperti aplikasi Facebook, aplikasi-aplikasi lain misalnya game seperti  permainan popular Candy Crush, Clash Of Clans, dan aplikasi-aplikasi yang lain, selepas menggunakan apa-apa aplikasi pada Smartphone anda, pastikan anda log out aplikasi tersebut dan jangan meninggalkan aplikasi tersebut masih di dalam keadaan running kerana apabila anda meninggalkan ia di dalam keadaan tanpa log out, handphone anda akan menjadi hang.

Bagaimana? Bukankah cara yang penulis cadangkan kurang dari 5 minit? Hoho, idea ini hanya berdasarkan pengalaman bagaimana untuk mengatasi Smartphone yang hang dan sekiranya cara yang dicadangkan disini gagal untuk mengatasi masalah pada handphone anda, berkemungkinan besar handphone anda mempunyai masalah tentang kerosakan ataupun  serangan virus. Anda dicadangkan menghantar handphone ke pusat servis membaiki telefon bimbit.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.