Home » , » Cara Memikat Wanita Idaman Hingga Tergila-Gilakan Anda

Cara Memikat Wanita Idaman Hingga Tergila-Gilakan Anda

Bagaimana cara memikat hati wanita? Adakah anda mempunyai pengalaman tentang hal ini? Tips pada kali ini adalah berdasarkan kajian penulis dengan merujuk kepada pelbagai sumber dan merujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman tentang hal ini sebagai panduan kepada anda untuk memenangi hati wanita idaman anda.

Siapa yang tidak sanggup untuk berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wanita yang anda sukai bukan?

Walau begitu, sebelum anda ingin memenangi hati wanita yang benar-benar anda sukai, anda haruslah bersedia dengan beberapa perkara asas apa yang membuatkan wanita menyukai seseorang lelaki dan menjadikan si dia amat senang dengan kehadiran anda.

Apakah perkara asas itu?

Senyuman ikhlas
Baiklah, pertama sekali yang perlu anda ambil perhatian adalah tentang senyuman. Kajian menunjukan, perilaku manusia akan merasa senang dengan seseorang yang memulakan senyuman kepada seseorang pada pertama kali bertemu.
Photo Credit: Pixabay
Maksudnya disini,

Sebaik-baik anda berhadapan dengan wanita yang anda sukai anda harus melakukan sapaan kepadanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas. Tentunya wanita itu akan membalas sapaan anda dengan sebuah senyuman bukan?

Cuba anda bayangkan,

Walau siapapun anda perbuat hal ini, mereka akan memikirkan tentang hal anda dan secara tidak langsung kotak fikiran mereka menganggap anda adalah seorang individu yang peramah.

Bersifat Cool
Merujuk kepada sebuah kajian di dalam journal Psychology of Men & Masculinity, wanita amat menggemari lelaki yang bersifat cool kerana wanita berasakan lelaki jenis ini berupaya menangani krisis tentang masalah berbanding dengan lelaki yang tidak memiliki sifat seperti ini.

Bagaimana sifat anda pula?

Bagi pandangan wanita, lelaki yang suka merendah diri adalah individu yang lemah kerana kelihatan kurang yakin dengan diri sendiri berbanding dengan lelaki yang bersifat cool, agak berbeza dengan pandangan anda bukan?

Sentiasa usahakan tahap ketinggian anda
Hal ini agak tidak masuk akal, mengapa pula ketinggian adalah hal yang difikirkan oleh wanita? Sukar dipercayai, tetapi wanita akan memikirkan mengenai pasangan mereka salah satunya adalah mengenai ketinggian.

Penulis meminta maaf jika anda yang membaca artikel ini memiliki ketinggian yang agak rendah. Walau begitu ia bukan satu halangan besar kepada anda untuk kelihatan lebih tinggi.

Bagaimana caranya kelihatan agak tinggi?

Mungkin anda harus memakai kasut yang mempunyai tapak tumit yang agak tebal dan juga elakkan untuk memakai pakaian berpetak kerana bagi yang bertubuh agak rendah, penampilan anda akan bertambah  rendah kerana pakaian tersebut.

Menurut beberapa kajian, wanita beranggapan ketinggian seseorang itu mewakili kekuatan tenaga batin lelaki.

Kawal nada suara anda
Pernahkah anda bercakap di dalam sebuah panggilan telefon dengan seorang wanita dan suara wanita itu amat lembut dan anda amat menyenangi ketika anda berbual dengannya.

Begitu juga dengan lelaki,

Anda harus kawal suara anda sebaik yang mungkin kerana nada suara mewakili peribadi anda pada pandangan wanita itu dan nada yang lembut daripada anda membuatkan wanita amat menyenanginya.

Tetapi,

Pastikan nada anda ketika berbual dengan wanita yang anda sukai janganlah dibuat-buat kerana ia akan kelihatan ganjil, cukuplah anda merendahkan nada suara anda walaupun suara anda mungkin agak garau sedikit.

Sentiasa berpenampilan menarik
Bagi pandangan anda, bagaimana untuk berpenampilan menarik? Bagi pandangan penulis, cukuplah anda berpakaian kemas, gaya rambut yang tidak terlalu over, misai yang dipotong pendek, dan anda tidak perlu lah mengayakan penampilan anda seperti Elvis Presley.

Tahukah anda,

Kekemasan dari segi penampilan akan mempengaruhi pandangan wanita yang anda sukai kerana rata-rata wanita akan melakukan pilihan lelaki yang berpakaian kemas.

Oleh itu, usahakan untuk menjadikan diri anda dari segi penampilan diri untuk sentiasa kelihatan kemas ketika berhadapan orang ramai lebih-lebih lagi anda berhadapan dengan wanita yang anda sukai.

Tumbuhkan sedikit misai atau janggut
Cadangan ini mungkin kedengaran agak kelakar, tetapi kajian menunjukkan wanita dewasa akan cenderung untuk memilih lelaki yang mempunyai misai ataupun  janggut nipis pada dagu seseorang lelaki kerana,

Mereka akan beranggapan lelaki ini seorang penjaga yang bertanggungjawab.

Adakah anda mempunyai misai atau janggut?

Jika anda tidak mempunyai misai atau janggut, usahkanlah untuk menumbuhkannya dengan menggunakan beberapa produk penumbuh misai yang banyak di pasaran.

Berpakaian warna merah
Menurut journal dari askmen, wanita amat menyukai lelaki yang berpakaian berwarna merah kerana ia melambangkan tenaga kelakian seseorang lelaki itu dan kelihatan menarik di pandangan mereka.

Oleh yang demikian,

Berusahalah untuk memakai pakaian yang berwarna merah ketika berhadapan dengan wanita yang anda idamkan walaupun anda tidaklah disaran untuk memakai pakaian yang berwarna merah setiap kali berhadapan dengannya kerana anda masih boleh memakai pakaian dengan warna  berbeza-beza.

Tidur yang mencukupi
Pakar kesihatan mengatakan, jika kita kurang tidur ataupun tidur tidak mencukupi, kita akan kelihatan kurang bermaya.

Oleh itu,

Anda disaran untuk memastikan sentiasa tidur dalam keadaan mencukupi kerana gadis di luar sana akan mengetahui anda tidak mempunyai rehat yang mencukupi hanya berdasarkan raut wajah anda dan ini sudah tentunya wajah anda secara tidak langsung kelihatan tidak menarik.

Bawa kawan kurang menarik berbanding anda
Tips ini mungkin agak kelakar dan mungkin agak kejam, tetapi ia adalah satu trick untuk memenagi hati wanita idaman anda untuk memastikan gadis idaman memberi perhatian kepada anda semasa berkomunikasi  dengannya kerana membawa kawan yang kurang menarik selalunya tidak dilayan oleh wanita itu.

Tetapi pastikan,

Helah ini tidak perlu diberitahu kepada rakan anda kenapa anda membawanya bersama-sama dengannya untuk bertemu dengan wanita idaman anda. Pada hematnya, cara ini amat berkesan sekali untuk menjadikan si dia tertarik dengan anda.

Bersikap mengambil berat tentang  dirinya
Idea ini mungkin amat berkesan apabila anda telahpun mengenali wanita idaman anda, mungkin sebagai rakan sekerja anda, teman sekolej, ataupun anda telah mengenali si dia sebelum ini melalui rakan-rakan anda.

Begini kawan,

Berusaha untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat misalnya anda telah serasi berkomunikasi dengannya tanpa sebarang masalah. Oleh itu, pastikan anda memberi perhatian mengenai makan dan minumnya, pengangkutan ke tempat kerja, masalah di tempat kerja, ataupun apa-apa masalah tentang hidupnya.

Tetapi pastikan,

Ia berlaku tanpa perlakuan yang keterlaluan misalnya anda terlalu kerap bertanyakan tentang makan dan minumnya hinggakan si dia merasa rimas dengan diri anda. Anda hanya perlu bersikap cool, jika anda tidak dapat bertemu dengannya di tempat kerja ataupun kolej, anda boleh berkomunikasi melalui telefon pintar.

Dengan teknologi masa kini, umpamanya melalui aplikasi Whatsapps, anda boleh berkomunikasi dengannya hanya melalui hujung jari, bukankah cara ini amat mudah? Anda hanya perlu ambil berat tentang diri si dia, lambat laun ia akan merasa selesa dengan kehadiran anda.

Bersifat santai ketika saat berkomunikasi
Saat berkomunikasi dengan wanita idaman anda, berkomunikasilah dengan secara santai dan releks. Cuba untuk mempelbagaikan topic  yang menarik dan pastikan juga si dia merasa senang dengan komunikasi anda berdua.

Tips nya mudah,

Anda hanya perlu bercerita dengan si dia seperti anda bercerita dengan kawan-kawan anda yang lain. Janganlah terlalu kaku semasa berkomunikasi, buat seperti biasa, dan sekali-sekala anda perlu bergurau nakal dengannya untuk mewujudkan suasana yang menarik.

Jadilah pendengar yang setia
Ini mungkin tips yang paling ampuh sekali dalam cara memikat hati wanita iaitu menjadi pendengar yang setia. Ianya kedengaran agak mustahil bukan? Apabila anda telah mengenali si dia, pada satu tahap dia akan menceritakan kisah peribadinya kepada anda kerana dia merasakan anda adalah rakan baiknya.

Antara kisah peribadi yang mungkin akan diceritakannya kepada anda adalah mengenai kisah masalah percintaan yang lampau, masalah keluarga, masalah di tempat kerja, atau semua mengenai hal yang agak peribadi bagi anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah,

Jadilah pendengar yang baik mengenai masalahnya dan jika boleh berikan pendapat dan nasihat yang terbaik kepadanya. Pada tahap ini, anda adalah hero  dan janganlah sia-siakan peluang ini untuk memberikan idea dan nasihat kepadanya kerana ia membuatkan hubungan anda akan menjadi lebih rapat dan akrab.

Apabila si dia wanita idaman anda sering meluahkan hal peribadi kepada anda, ia menandakan satu perkembangan positif si dia telah mempercayai anda sebagai sahabat terbaiknya. Pada satu tahap dan situasi yang sesuai, anda harus meluahkan perasaan anda kepada gadis idaman anda ini dan selalunya, cinta anda tidak pernah sia-sia.

Tips-tips lain
Sebenarnya terdapat  banyak lagi caranya untuk memikat hati wanita idaman anda umpamanya anda tidak mengongkong hidupnya, bersifat kelakar dan periang, bertanggungjawab, romantik, menjadi diri sendiri, dan banyak lagi tips yang ada, walau begitu, penulis rasakan tips yang diberikan sudah cukup untuk menambat hati wanita idaman anda.

Mungkin bagi anda terdapat tips yang lebih baik? Anda dialu-alukan untuk berkongsi tips yang mungkin bermanfaat kepada pembaca disini.

Apa-apa pun diharap artikel ini mampu membantu anda. Good luck!






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.