Home » » Tips Menghilangkan Nafas Berbau Busuk

Tips Menghilangkan Nafas Berbau Busuk

Adakah anda menghadapi masalah bau nafas yang busuk? Ini adalah mimpi ngeri bagi mereka yang menghadapi masalah ini kerana ia bukan sahaja rakan-rakan di sekeliling anda akan menjauhi anda tetapi kesan yang paling ketara sekali, anda akan merasa rendah diri disebabkan hal ini.

Cuba anda bayangkan jika anda sendiri berhadapan dengan rakan-rakan anda yang menghadapai masalah nafas berbau busuk, tentunya anda sendiri menghidari untuk berkomunikasi secara berhadapan dengan mereka bukan?

Berikut adalah sedikit tips yang mungkin berguna sebagai panduan anda untuk mengatasi masalah ini.

Pastikan berus gigi 2-3 kali sehari
Dalam  sehari, berapa kalikah anda memberus gigi? Sebagai pengetahuan anda, saranan oleh doctor untuk memberus gigi di dalam anggaran 2 hingga tiga kali sehari.

Jika anda tidak mengikuti saranan ini ataupun dengan kata yang lebih mudah, jarang untuk memberus gigi atau mungkin di dalam seminggu anda hanya memberus gigi hanya beberapa kali sahaja atau tidak pernah memberus gigi, anda memang secara  sah akan menghadapi bau pernafasan yang kurang menyenangkan.

Jarang memb erus gigi akan menyebabkan terkumpulnya bakteria di dalam mulut yang menjadi penyebab kepada mulut berbau.

Seeloknya anda perlu memberus gigi pada waktu pagi dan waktu petang selepas mandi dan juga sebelum tidur walaubegitu melebihi saranan 2 hingga 3 kali sehari  akan menyebabkan kesan penipisan gigi.
Gigi berlubang penyebab mulut berbau busuk
Salah satu penyebab mulut anda berbau busuk disebabkan kesan dari gigi anda yang berlubang. Gigi yang telah berlubang disebabkan tindak balas bakteria melalui sejenis asid penyebab kepada gigi berlubang disebabkan kurangnya penjagaan gigi yang sempurna.

Bakteria yang bersarang di dalam gigi berlubang akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan dan sekiranya hal ini berlaku keatas anda, saranan yang terbaik, berjumpalah dengan doctor gigi yang berhampiran dengan tempat tinggal anda untuk proses menampal semula gigi yang berlubang.

Kerana sekiranya tidak diatasi dengan segera, lubang gigi anda akan bertambah sakit dan mungkin kesudahannya gigi anda sukar untuk diselamatkan lagi, apapun yang pasti disini, gigi berlubang juga antara penyebab kepada bau nafas yang tidak menyenangkan.

Berkumur dengan air bersih selepas makan
Hal ini jarang sekali diamalkan oleh setiap daripada anda selepas sahaja selesai makan. Anda bagaimana? Tahukah anda, selepas anda selesai menikmati makanan, sekiranya anda tidak berkumur dengan air bersih, kesannya bakteria akan bertindak balas keatas sisa-sisa makanan di dalam mulut anda dan kerana tindak balas ini akan menyebabkan bau mulut.

Jika anda kurang percaya dengan pernyataan ini, anda boleh lakukan uji kaji keatas mulut anda dimana jangan berkumur selepas makan dan di dalam anggaran sbeberapa jam sahaja, mulut anda akan mula mengeluarkan bau busuk disebabkan tindak balas bakteria.

Oleh itu, pastikan anda mengamalkan kumuran air bersih selepas selesai  makan untuk membuang sisa-sisa makanan yang masih berada di mulut anda.

Berkumur dengan Listerine
Pernakah anda berkumur dengan Listerine? Cecair kumuran berubat ini amat berkesan sekali mengatasi mulut yang berbau busuk dan amat baik sekali digunakan untuk berkumur semasa anda menghadapi masalah batuk disebabkan oleh selesma.

Listerine mengandungi antiseptic yang mampu melawan kuman-kuman di dalam mulut anda yang menyebabkan plak, masalah gusi dan bau mulut. Saranan kesan terbaik bagi penggunaan Listerine untuk keanak-kanak 12 tahun keatas dan juga dewasa adalah dengan berkumur diantara 20ml sukatan tanpa mencampurkan dengan air dalam anggaran 30 saat selepas setiap kali anda memberus gigi anda.

Gunakan semburan penyegar nafas
Tips ini amat berkesan semasa anda berhadapan dengan orang di sekeliling anda. Penggunaan semburan penyegar nafas  akan menjadikan nafas anda berbau segar. Di pasaran terdapat banyak ‘breath freshener’ yang dijual dengan harga yang amat berbaloi sekali.

Cara penggunaannya, anda hanya perlu melakukan sedikit semburan penyegar nafas ke dalam mulut anda dan kesannya mulut anda yang mengeluarkan bau kurang menyenangkan akan menjadi bau dengan wangian segar.

Alat penyegar nafas yang paling popular sekali yang sering digunakan oleh orang ramai adalah perisa pudina ataupun ‘peppermint’ kerana perisa ini akan menjadikan bau nafas anda benar-benar segar.

Elakkan merokok
Penyebab bau mulut yang sering berlaku di kalangan daripada anda adalah tabiat merokok. Asap rokok bukan sahaja akan menyebabkan gigi anda akan menjadi kuning tetapi ia akan bertindak balas dengan cecair di mulut anda dan ini akan menyebabkan mulut anda akan berbau busuk.

Seperti yang anda sudah sedia maklum, asap rokok mengandungi beribu bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan anda dan juga penyebab utama kepada mulut berbau.

Golongan perokok yang banyak menghadapi masalah bau pernafasan adalah kaum lelaki dan tidak hairanlah mereka sering dimarahi oleh kaum wanita disebabkan tabiat yang tidak sihat ini.

Minta nasihat dengan doctor gigi bertauliah
Apa-apa pun, tips-tips ini hanyalah tips daripada penulis berdasarkan pengetahun sahaja, dan sebagai makluman anda juga sebenarnya nafas mulut berbau busuk mungkin juga disebabkan oleh beberapa penyakit yang anda hadapi.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penjagaan mulut yang berkesan dan juga mengenal pasti masalah anda ini, ada baiknya anda melakukan temujanji dengan doctor gigi yang bertauliah kerana mereka amat professional mengatasi masalah anda.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.