Home » » Tips Mendapatkan Alat Ganti Kereta Murah

Tips Mendapatkan Alat Ganti Kereta Murah

Tips Mendapatkan Alat Ganti Kereta Murah. Apabila anda telah memiliki kereta, sampai waktunya anda harus melakukan beberapa penyelengaraan keatas kereta anda sama ada tentang kerosakan kereta tersebut, melakukan servis minyak enjin, dan semuanya ini memerlukan alat-alat ganti sama ada alat ganti itu anda perolehi daripada kedai alat ganti atau menerusi bengkel tempat anda menghantar kereta untuk pembaikan.

Selain itu anda juga mungkin menambahkan ciri-ciri tambahan iaitu mengenai asesori kereta dan semuanya ini memerlukan kos bayaran yang agak mahal bergantung kepada harga yang ditentukan oleh kedai alat ganti ataupun bengkel itu sendiri.

Tips ini mungkin berguna kepada anda bagaimana mendapatkan alat ganti kenderaan yang murah di pasaran.

Kenali kedai alat ganti kereta di tempat anda
DI daerah anda tinggal, berapakah jumlah kedai alat ganti yang anda ketahui? Ataupun jumlah kedai asesori?

Penulis tidak mengarahkan anda untuk mengira jumlah kedai tersebut tetapi anda harus mengetahuinya juga untuk memastikan dimana kedai alat ganti yang benar-benar memberikan harga yang terbaik kepada pelanggan.

Selalunya kedai alat ganti yang menawarkan harga best price kepada pelangganya akan dikunjungi oleh ramai pelanggan tetap.

Sekiranya anda ingin memerlukan alat ganti kereta ataupun mungkin anda ingin mencari alat asesori kereta, anda tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkannya dengan harga yang murah, itupun anda telahpun mengetahui dimanakah lokasi kedai asesori  dan kedai alat ganti kereta yang menawarkan harga yang terbaik.

Anda disaran untuk melakukan servay terlebih dahulu untuk memastikan dimanakah kedai yang memberikan harga best price kepada anda.
Photo Credit: Kamshots
Belajar membeli alat ganti kereta melalui internet
Pernahkah anda melakukan carian alat ganti kereta di menerusi internet? Sebagai pengetahuan anda, internet adalah altenatif bagi anda untuk mendapatkan alat ganti kereta yang sukar diperolehi dan juga harga yang ditawarkan menerusi internet jauh lebih murah berbanding dengan alat ganti yang dijual di kedai.

Dimanakah tempat untuk mendapatkan alat ganti dan juga asesori kereta menerusi internet? Melalui kajian penulis, laman web yang paling popular sekali mengenai alat ganti dan juga aesori kereta adalah menerusi web mudah.com.my.

Ini kerana bukan sahaja individu persendirian yang boleh menjual menerusi web ini tetapi terdapat banyak kedai-kedai serta pemborong yang menjual alat ganti kereta dan juga asesori kereta menerusi web ini.

Walau begitu, anda haruslah bijak untuk mencari menerusi web tersebut dengan tawaran harga yang paling murah dan pastikan penjual menerusi web tersebut benar-benar wujud dan yang paling baik sekali ia adalah pemborong alat ganti kereta.

Cari kedai menjual alat ganti kereta terpakai
Ini adalah idea yang paling bijak sekali jika anda benar-benar ingin mencari alat ganti kereta yang benar-benar murah berbanding dengan harga kedai. Walau pun alat ganti kereta adalah menerusi kereta yang tidak digunakan lagi, ianya masih berfungsi dengan baik.

Bagi pengguna di negara ini, kedai menjual alat ganti kereta terpakai lebih dikenali sebagai ‘Kedai Potong’, kedai ini menjual pelbagai alat ganti terpakai dengan alat ganti dari pelbagai jenis kenderaan.

Semasa penulis menetap di Kuantan beberapa tahun yang lepas, penulis kerap mengunjungi ‘kedai potong’ di area Baserah dan Tanah Puteh kerana kawasan ini banyak kedai-kedai menjual alat ganti terpakai dijual dengan harga yang boleh dikatakan murah.

Walaupun kedai potong ini menjual  alat ganti terpakai, terdapat juga alat ganti yang baru dengan harga yang istemewa daripada kedai tersebut.

Eratkan pergaulan dengan mekanik di bengkel kereta
Jika penulis ke bengkel untuk melakukan penukaran minyak enjin kereta ataupun pembaikan keatas kereta penulis, penulis akan membelikan sedikit buah tangan seperti rokok dan juga minuman kepada mekanik yang memang dikenali di bengkel tersebut.

Hal ini wajar dilakukan sebagai tanda anda ingin berkawan dengan mekanik dan tahukah anda cara ini menjadikan mekanik yang melakukan pembaikan kereta kita akan melakukan kerja dengan sebaik mungkin keatas kereta kita dan yang benar-benar seronok, kita boleh memperolehi harga discount dari pembaikan tersebut.

Selain itu anda juga memperolehi beberapa maklumat dimanakah lokasi kedai alat ganti yang memberikan harga yang terbaik kepada pelanggan menerusi mekanik di bengkel itu. Oleh yang demikian betapa pentingnya anda ramai berkawan dan bergaul dengan mekanik kereta kerana satu masa anda akan memerlukan mereka.

Tentang tips-tips ini
Sebagai pengetahuan anda, tips-tips ini hanyalah berdasarkan pengalaman penulis selama bertahun-tahun menggunakan kereta dan penulis hanya berkongsi dengan anda terutama sekali mereka yang masih baru mengenai kereta, bagaimanakah mendapatkan alat ganti dan asesori kereta dengan harga yang murah.

Selama penulis menggunakan kereta, penulis akan cuba mencari bengkel persendirian yang benar-benar mahir mengenai  kereta dan penulis akan jadikan dia sebagai kawan dan setiap kerosakan mengenai kereta, penulis akan merujuk kepada mekanik yang dikenali. Anda bagaimana pula?

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.