Home » » Tips Hilangkan Bau Badan Yang Kurang Menyenangkan

Tips Hilangkan Bau Badan Yang Kurang Menyenangkan

Apa perasaan anda apabila berhadapan dengan individu yang memiliki bau badan yang kurang menyenangkan? Tahukah anda bagi sesetengah orang, mereka akan merasa 'magrain' atau pening kepala apabila tercium bau badan individu yang hangit dan masam.

Bagi anda yang mengalami masalah ini, anda perlu sedar tentang masalah ini dan berusahlah untuk mengatasi masalah anda kerana rakan-rakan di sekililing anda akan menjauhkan diri anda dan ini secara tidak langsung menyebabkan anda merasa rendah diri akibat masalah ini. Baik, berikut sedikit tips bagi mengatasi masalah ini.

Sentiasa mengenakan pakaian yang nipis
Apabila anda menyedari anda mengadapi masalah bau badan disebabkan peluh yang terlalu banyak keluar melalui tubuh badan anda, seeloknya pakailah pakaian yang sesuai dengan persekitaran anda misalnya dengan memakai pakaian yang nipis, kain yang menyerap peluh kerana jika anda memakai pakaian yang tebal umpamanya memakai jaket, hal ini menyebabkan anda akan cepat berpeluh disebabkan haba daripada pemakaian yang tebal.

Akibat haba tersebut anda akanan cepat berpeluh dan di dalam tempoh tersebut bau peluh yang kurang menyenangkan akan keluar dari tubuh badan anda. Dengan pakaian yang nipis, haba tubuh badan anda akan sentiasa segar dan anda akan kurang berpeluh yang mengeluarkan bau badan.
Sentiasa kekalkan kebersihan diri
Ya, ini adalah tips terbaik bagi mereka yang kerap berpeluh. Amaklan kebersihan diri semaksimum mungkin dengan kerap membersihkan diri dengan mandi dengan sabun anti bakteria.

Bagi saranan biasa, seseorang itu disaran untuk mandi di dalam dua kali sehari tetapi bagi anda yang menghadapi masalah bau badan, kerapkan mandi diantara tiga hingga empat kali sehari.

Cara ini amat berkesan untuk mengatasi masalah anda kerana peluh  yang mengeluarkan bau badan kurang menyenangkan disebabkan oleh tindak balas bakteria keatas pengeluaran peluh yang berlebihan.

Selain itu juga, anda digalakkan sentiasa memakai pakaian yang bersih serta dan sekiranya boleh tukar pakaian anda di dalam 2 hingga 3 kali sehari.

Elakkan persekitaran yang extreme
Pernahkah anda berada di situasi orang-orang yang bekerja dibawah sinaran matahari yang terik dan mereka bekerja selama berjam-jam lamanya?

Misalnya mereka yang bekerja dalam sektor binaan, atau suasana pereskitaran pekerjaan panas, lembab, dan kotor. 

Dengan suasana persekitaran ini akan menyebabkan tubuh badan mereka akan berpeluh dan mengeluarkan bau badan yang kurang menyenangkan. Jika boleh elakkan dalam persekitaran ini kerana ini adalah salah satu punca anda mengeluarkan bau badan yang kuran menyenangkan.

Gunakan bedak anti bau peluh
Anda kini telah pun mengetahui punca penyebab kepada bau badan anda oleh itu sebagai altenatif untuk mengurangkan bau badan anda, anda disaran untuk menggunakan bedak anti peluh yang banyak dijual di pasaran serta gunakan juga ‘dedorant’ untuk ketiak anda kerana peluh melalui ketiak mengeluarkan bauh yang agak kuat berbanding dengan peluh dari bahagian badan yang lain.

Dengan deodorant, ia membantu anda untuk memastikan ketiak tidak berbau dan ia mampu bertahan selama beberapa jam jika anda menggunakan dedoran ketiak yang baik.

Selain itu pastikan juga buluh pada ketiak dipotong dengan pendek kerana ia juga punca utama ketiak anda mengeluarkan bauh yang tidak menyenangkan.

Jaga pemakanan anda
Sesetengah orang mengatakan, bau badan juga disebabkan oleh pemakanan yang kita ambil setiap hari.

Contohnya bagi kaum India, mereka mengeluarkan bau badan berbau kari disebabkan pengambilan kari di dalam diet mereka seharian. Itu adalah tanggapan bagi sesetenagh orang tetapi apa yang pasti pemakanan yang kita ambil setiap hari memang mempengaruhi bau badan kita.

Bagi mereka yang kerap memakan bawang putih, mereka juga akan mengeluarkan bau badan berbau bawang apabila berpeluh. Oleh itu, anda perlu fikirkan semula apakah makanan yang anda ambil setiap hari dalam diet anda kerana masalah bau badan anda mungkin disebabkan oleh pemakanan anda.

Minta nasihat dengan doktor
Tips-tips ini adalah saranan biasa kepada anda dan sekiranya boleh, datanglah berjumpa dengan doktor anda untuk memastikan punca sebenar masalah yang anda hadapi kerana doctor memang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai masalah kesihatan setiap individu.

Doktor yang baik akan memberi saranan dan nasihat yang baik kepada anda bagaimana mengatasi masalah bau badan seseorang dan mungkin doctor tersebut akan cuba merawat masalah yang anda hadapi. Semoga artikel ini dapat menjawab segala permasalahan anda dan jumpa lagi di artikel di masa yang akan datang.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.