Home » » Punca Belting Perodua Viva Bunyi

Punca Belting Perodua Viva Bunyi

Apakah anda memiliki kereta Perdoua Viva? Secara peribadi, penulis mengandaikan kereta ini adalah kereta jenis ‘kompak’ dan antara kereta keluaran tempatan yang paling murah dan jimat minyak sekali di Malaysia.

Perodua Viva memiliki beberapa jenis ketegori dengan keupayaan enjin yang berbeza seperti  Viva 660, 850, dan juga 1.0. Apa yang penulis minati kereta ini tidaklah terlalu sempit dan ia memiliki alat ganti yang amat mudah diperolehi di pasaran.

Walau begitu, setiap kereta mempunyai masalah masing-masing apabila sampainya satu tahap tertentu begitu juga dengan kereta ini.

Punca belt atau belting perodua viva mengeluarkan bunyi
Penulis bukanlah seorang mekanik tetapi penulis mempunyai sebuah kereta Viva yang telah digunakan oleh penulis selama beberapa tahun dan penulis memang arif sangat dengan setiap masalah yang berlaku keatas kereta ini misalnya masalah yang pernah berlaku adalah 'belt' atau 'belting' yang mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan seperti bunyi geseran.
Baik, penulis berkongsi dengan anda pengalaman penulis sendiri mengenai  masalah ini. Selama beberapa tahun menggunakan kereta Perodua Viva 850, kereta ini sebenarnya tidak memberi masalah yang banyak kepada penulis tetapi beberapa bulan yang lepas, penulis menyedari semasa menghidupkan enjin kereta dan selepas menghidupkan penyaman udara ataupun air cond kereta,  sesuatu bunyi yang kurang menyenangkan berpunca dari enjin kereta.

Apabila hal ini berlaku, penulis segera mengandaikan, belt aircond kereta ini mungkin telah longgar ataupun telah sampai tempoh untuk menukarnya. Kerana kesuntukan masa pada masa itu, penulis membiarkan masalah tersebut di dalam anggaran sebulan. Apabila kereta bergerak dan penulis hidupkan air cond, belting berbunyi dengan agak kuat tetapi bunyi tersebut akan hilang dengan sendirinya apabila keadaan enjin telah panas sepenuhnya.

Beberapa rakan mengesyorkan untuk menuang air ataupun menggunakan lilin pada bahagian belt kerana cara ini boleh mengurangkan bunyi geseran pada belting tetapi cara ini tidak bertahan lama kerana bunyi geseran pada belting akan berbunyi semula.

Apabila penulis berkesempatan untuk melakukan pemeriksaan di bengkel kereta, mekanik di bengkel berkenaan mengatakan belting air cond telahpun longgar tetapi masih boleh digunakan. Mekanik hanya mengetatkan belting tersebut dan ianya benar,  bunyi geseran tersebut telah hilang.

Melalui pertanyaan penulis dengan mekanik yang berpengalaman, belt Viva berbunyi disebabkan kemungkinan belting tersebut telah longgar ataupun belting tersebut telahpun mula rosak, merekah serta keras, dan perlu ditukar sebelum terjadi perkara yang lebih buruk, iaitu kemungkinan belt akan terputus.

Sekiranya belting terputus ia bukan sahaja membahayakan anda yang memandu tetapi, beberapa bahagian pada enjin akan mengalami kerosakan yang memerlukan kos pembaikan yang lebih tinggi. Nasihat penulis, apabila belt kereta anda berbunyi, lihatlah segera sejauh mana belting tersebut masih elok ataupun sebaliknya. 

Sekiranya anda mendapati belting tersebut mengalami tanda-tanda kerosakan seperti mengalami rekahan, benang pada belting mula terurai, anda perlu menukarnya dengan segera. Jika belt tersebut berbunyi disebabkan belt tidak  ketat, anda hanya perlu mengetatkannya semula.

Sebenarnya semasa anda menukar belt tersebut, pada bahagian belt itu telah tertera jangka hayat sesebuah belt dengan hayat  penggunaan beberapa ribu kilo meter sahaja dan harus ditukar selepas kilo meter (KM) telahpun sampai.

Semoga tips dan pengalaman penulis ini membantu anda mengenai masalah belt Perodua Viva anda berbunyi. Gunakan tindakan seperti penulis syorkan kepada anda dan masalah belt berbunyi ini sebenarnya akan berlaku keatas kesemua jenis kenderaan.

Nasihat penulis, jangan biarkan masalah ini berterusan terlalu lama kerana kemungkinan akan mengalami masalah kerosakan yang lebih serius. Tips terbaik, rujuklah segera dengan mekanik yang berpengalaman!

#Suber photo: PaulTan




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.