Home » » Perkara Perlu Difikirkan Sebelum Membeli Kereta Baru Pertama Kali

Perkara Perlu Difikirkan Sebelum Membeli Kereta Baru Pertama Kali

Adakah anda pada saat ini berhasrat untuk membeli kereta baru? Benarkah tindakan anda ini? Bagi mereka yang masih tertanya-tanya  di dalam diri sendiri, perlukah membeli kereta pada saat ini, penulis cuba memberikan beberapa idea bernas yang patut anda fikirkan sebelum mengambil keputusan ini kerana menggunakan sebuah kereta tidak sama seperti anda membeli  sebuah telefon pintar, kerana anda perlu memikirkan banyak kos kewangan apabila membeli kereta baru.

Tidak dinafikan memang ia adalah impian semua orang tetapi pastikan anda tidak mengalami masalah apabila menggunakannya nanti. Baiklah, berikut adalah idea yang patut anda fikirkan sebelum mengambil keputusan ini.

Fikirkan kedudukan kewangan terlebih dahulu
Pada saat ini, berapakah gaji atau pendapatan yang anda perolehi setiap bulan? Fikirkan semula berapakah harga kereta yang anda ingin beli, mengenai deposit, bayaran bulanan sewa beli kereta tersebut.

Selain itu fikirkan juga hutang-hutang yang lain perlu anda bayar misalnya, bil telefon, bil elektrik dan air, bayaran sewa rumah, belanja dapur, dan semua hutang-hutang yang perlu anda bayar dan sekiranya apabila anda menolak keseluruhan hutang tersebut dan anda mendapati gaji anda masih mencukupi, anda memang layak untuk membeli kereta baru tetapi sekiranya selepas anda melakukan pengiraan anda mendapati gaji anda tidak mencukupi, tangguhkan dahulu hasrat anda sehingga kedudukan kewangan anda benar-benar kukuh.
Credit: KnightDodge 
Kos penyelengaraan kereta
Bagi kereta yang benar-benar baru, kos penyelengaraan mungkin akan berlaku selepas kereta itu mencapai  umur 5 tahun tetapi sekiranya anda membeli kereta baru (dikirakan baru kerana anda adalah pengguna baru)  tetapi kereta itu sebenarnya kereta terpakai, kereta ini memerlukan kos penyelengaraan yang agak tinggi lebih-lebih lagi kereta itu telah mencapai lima tahun keatas.

Selain itu juga, anda harus memikirkan kos mengenai asas penjagaan kereta seperti kos penukaran minyak hitam, kos penukaran bateri sekiranya perlu, kos penjajaran tayar,  kos penukaran tayar kereta, penukaran timing belt, kos servis air cond, dan kos –kos kerosakan kecil  yang secara mudahnya penulis katakana ianya memerlukan wang anda.

Kos minyak keatas kenderaan anda
Sejauh mana jarak diantara kediaman anda dan juga tempat anda bekerja? Anda juga harus memikirkan kos-kos minyak untuk kereta anda, ini bermakna, anda harus melakukan kiraan semula mengenai gaji anda tentang kos untuk minyak kereta.

Bagi kereta Perodua Viva atau Axia ataupun apa-apa kereta kompak yang lain, mungkin kos minyak tidaklah begitu mahal tetapi jika anda menggunakan kereta yang mempunyai kuasa kuda yang lebih besar umpamanya kereta Toyota Vios, Nissan Almera, Toyota Fortuner, atau kereta dari jenama lain, kos minyak mungkin boleh mencapai RM400 hingga RM 600 sebulan bergantung pada jarak kediaman anda dan tempat anda berkerja ataupun bergantung kepada kekerapan penggunaan kereta tersebut.

Kos bayaran cukai jalan dan juga insuran
Kos bayaran cukai jalan dan juga insuran mungkin tidak memberi kesan kepada anda tetapi anda perlu menyediaakan wang untuk kos ini apabila telah tiba masanya untuk anda melakukan pembahruan cukai jalan dan juga insuran.

Kos bayaran ini akan berlaku setahun sekali , bagi bayaran permulaan tahun pertama insuran untuk kereta baru, ianya agak mahal bergantung kepada apakah kenderaan yang anda gunakan.

Bagi kereta yang mempunyai kuasa kuda yang besar misalnya Toyota Fortuner, kos bayaran insuran tahunan memang agak tinggi, walau begitu kos bayaran ini akan berkurangan setiap tahun bergantung kepada nilai NCD (Non Claim Discount) kereta itu.

Kereta sebagai satu keperluan masa kini
Memang tidak dinafikan pada masa ini kereta adalah satu keperluan yang amat penting dikalangan kita, tetapi sebelum memikirkan untuk membeli kereta baru, betapa pentingnya anda memikirkan kos-kos yang perlu anda keluarkan terutama sekali kos penyelengaraan kereta tersebut.

Walau begitu ia tidak menjadi halangan kepada anda sekiranya  anda memiliki gaji ataupun pendapatan yang besar kerana pendapatan yang banyak serta tidak mempunyai komitmen bayaran yang lain tidak akan menghadapi masalah untuk membeli kereta baru.

Semoga tips ini memberikan persediaan anda untuk bersedia diatas segala kos apabila membeli kereta baru, semoga bermanfaat dan kita berjumpa lagi pada akrtikel yang seterusnya.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.