Home » » Pacuan Empat Roda Paling Top Di Negeri Sabah

Pacuan Empat Roda Paling Top Di Negeri Sabah

Bagi peminat truck lover di negara ini, mungkin anda ingin mengetahui beberapa berita yang menarik mengenai pacuan empat roda yang berada di kawasan yang paling banyak jalan berbukit bukau iaitu di Sabah yang mana negeri ini popular oleh banjaran Crooker yang terpanjang di Asia Tenggara.

Apakah truck pick up yang paling banyak digunakan oleh masyarakat tempatan  di negeri ini? Mungkin bagi anda yang tinggal di negeri ini anda telahpun mengetahui jawapannya walaupun jawapan ini bukanlah jawapan yang 100% tepat tetapi ia hanyalah berdasarkan pemerhatian penulis sahaja.

Apa yang penulis perhatikan, Toyota Hilux masih mendominasi penjualan kereta pickup di negeri ini berdasarkan banyaknya kereta keluaran Toyota yang terbaru dan sentiasa  kelihatan di jalan-jalan raya di sekitar negeri ini.

Maklumat ini dikuatkan dengan beberapa rakan penulis yang bekerja sebagai ‘seller’ di syarikat Toyota yang mana mereka mengatakan setiap kali keluaran kereta terbaru Toyota, akan terdapat banyak tempahan daripada orang ramai. Bagi penulis, orang ramai membeli  kereta 4WD keluaran Toyota di negeri mungkin disebabkan harga yang masih tinggi di pasaran sekiranya ingin menjualnya semula.
Walaupun Toyota Hilux masih menjadi kepercayaan orang ramai di negeri ini, pesaing terdekat bagi  syarikat ini adalah kereta pacuan empat roda Ford Ranger 6 Speed yang semakin popular sejak akhir-akhir ini di negeri ini. Kereta ini menjadi dambaan bagi kebanyakan truck lover kerana bentuk dan gaya kereta pick up yang begitu elegen, moden, ruang yang lebih luas dan bagi pendapat kebanyakan pengguna truck pick up ini, mereka mengatakan Ford Ranger 6 speed adalah yang paling terbaik sekali.

Jika penulis melihat kebanyakan pengusaha sawit pula yang berada di negeri ini, rata-rata mereka menggunakan truck Ford Ranger  ini sebagai kegunaan mereka. Penulis juga mempunyai ramai kenalan yang mengusahakan ladang sawit dan memang benar Ford Ranger adalah pilihan mereka. Bermula dengan Ford Ranger single cap hinggalah Ford Ranger double cap model 2.2L Manual 4x4 XLT dan Wild Track.

Bagi jenama pacuan empat roda yang lain seperti Mitsubishi, Dmax, Nissan Navara, Clorado Chevrolet, dan lain-lain, jenama kereta ini masih terdapat peminat yang tersendiri, tetapi tidaklah standing dengan ramainya pengguna jenama seperti Toyota Hilux dan juga Ford Ranger yang memang sah banyak kelihatan di jalan-jalan raya di sekitar negeri Sabah.

Melihat melalui YouTube bagi kereta Ford Ranger di Malaysia menunjukkan, kereta ini telah menjadi satu fonemena yang telah menarik begitu ramai sekali peminat bagi kereta pacuan empat roda di negara ini. Bukan sahaja hanya negeri Sabah sahaja tetapi negeri Sarawak dan juga peminat-peminat kereta jenis pickup dari Semenanjung amat meminati kereta dari keluaran Ford iaitu Ford Ranger 2.2L XLT.

Anda telahpun mengetahui top kereta pacuan empat roda di Sabah walaupun hanya berdasarkan pemerhatian penulis sahaja, penulis juga berasakan anda yang membaca artikel ini memang telahpun memasang niat untuk membeli kereta jenis truck tetapi tidak mengetahui apakah kereta yang terbaik untuk digunakan.

Bagi penulis, Ford Ranger adalah pick up terbaik sepanjang zaman kerana ia diuji ketahanan melalui pelbagai situasi yang amat lasak. Jika anda masih ragu-ragu mengenai truck ini, lihat lah sendiri melalui video YouTube mengenai ujian-ujian mengenai pick up ini. Semoga artikel ini bermanfaatkepada anda dan semoga berjaya diatas pemilihan kereta anda!

#Photo kredit: Ford Malaysia

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.