Home » » Mengenal Pasti Kedudukan Nombor Casis Motorsikal Anda

Mengenal Pasti Kedudukan Nombor Casis Motorsikal Anda

Dimanakah kedudukan nombor casis motosikal anda? Bagi sesetengah dari anda masih tidak mengetahui dimanakah kedudukan nombor tersebut. Nombor casis tersebut adalah nombor pendaftaran bagi badan ataupun rangka motosikal anda yang didaftarkan oleh pihak pengilang ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Tahukah anda, semua badan (body) motosikal ataupun mana-mana kenderaan di Malaysia wajib mempunyai nombor casis masing-masing.

Pendek kata, nombor casis ini adalah umpama nombor kad pengenalan bagi kenderaan anda. Nombor enjin pula adalah pendaftaran keatas enjin motosikal anda

Cara mengenalpasti kedudukan nombor casis motosikal
Untuk mengenal pasti kedudukan nombor casis ini, anda memerlukan kad ataupun geran mengenai motosikal anda kerana melalui kad pendaftaran tersebut mengandungi butir-butir nombor casis, nombor enjin, nombor pendaftaran kenderaan, pemilik, kekuatan kuasa kuda enjin, tahun didaftarkan, model motosikal, tarikh tamatnya cukai jalan.

Apabila anda telah mendapatkan kad pendaftaran ini, apa yang perlu anda lakukan adalah alihkan kedudukan motosikal anda di dalam keadaan mengiring kerana kedudukan nombor casis benar-benar berhampiran enjin motosikal.

Tetapi pastikan anda tahu membezakan  nombor pada bahagian enjin itu adalah nombor enjin dan nombor yang berhampiran dengan enjinnya pula adalah nombor casis.
Sebagai pengetahuan anda, setiap model ataupun jenis motosikal tidak sama kedudukan nombor casis tersebut tetapi apa yang pasti kesemua kedudukan nombor casis tersebut berada di kedudukan bawah berhampiran dengan enjin tetapi bukan pada bahagian enjin.

Nombor casis ini akan diperlukan apabila cukai jalan motosikal anda telah tamat melebihi setahun dan anda akan diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM ataupun di bahagian Penguatkuasa JPJ sebagai prosuder biasa untuk menghidupkan semula cukai jalan dan juga insuran motosikal anda.

Selain dari itu, butir-butir motosikal anda akan diperlukan termasuklah nombor pendaftaran motosikal anda sekiranya terjadinya hal yang tidak diingini misalnya motosikal anda hilang.

Walau begitu, semua maklumat butir-butir tersebut ada melalui kad pendaftaran dan juga melalui system online JPJ. Untuk makluman anda, nombor casis ini sering disalah guna oleh pihak tertentu dengan mengubah nombor casis pada kenderaan yang diperolehi secara menyalahi undang-undang dan menjualnya semula melalui pasaran gelap.

Artikel ini ditulis hanya memenuhi keperluan pengguna sebagai panduan am sahaja kerana melalui pemerhatian penulis, masih ramai individu di luar sana yang masih tercari-cari dimanakah kedudukan sebenar nombor casis pada motosikal mereka. Semoga ianya membantu! Kita akan berjumpa lagi dalam artikel yang seterusnya.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.