Home » » Menempah Kejayaan Dalam Bisnes MLM Di Malaysia

Menempah Kejayaan Dalam Bisnes MLM Di Malaysia

Sejauh anda memahami apa itu MLM? Sebagai pengetahuan anda, MLM dikenali sebagai 'Multi Level Marketing' dimana bisnes ini lebih kepada bisnes berteraskan sistem piramid untuk memastikan tahap seseorang itu mengikut level-level yang ditentukan oleh pihak pengurusan syarikat.

Tidak dinafikan bisnes ini amat popular sekali dan mampu bertahan  sehingga sekarang sebagai bisnes yang amat menguntungkan bagi sesiapa yang benar-benar memahami bagaimana system ini bekerja. Walaubegitu, ramai juga kecundang kerana mereka tidak memahami bagaimana untuk berjaya di dalam MLM.

Perlunya memahami kekukuhan syarikat MLM yang diikuti
Penulis banyak melihat individu di luar sana mengikuti peluang bisnes MLM dari syarikat-syarikat yang kurang popular atau dalam erti kata yang lain, syarikat tersebut sebenarnya syarikat yang kecil.

Tahukah anda, bertungkus-lumus untuk mengusahakan bisnes daripada syarikat kurang kukuh akan menyebabkan risiko yang tinggi kepada anda serta akan memberikan kesan yang tidak baik di kemudian hari. Seeloknya, pilihlah syarikat yang telah bertapak kukuh dan memiliki rangkaian di luar negara kerana peluang untuk anda berjaya amat cerah dan mampu bertahan lama di dalam syarikat tersebut.
Penulis tidak menidakkan kemampuan bisnes MLM dari syarikat-syarikat tempatan tetapi melalui pemerhatian penulis, syarikat-syarikat tempatan banyak yang telah gulung tikar kerana system pengurusan syarikat  yang kurang berpengalaman mengendalikan syarikat MLM bertaraf antarabangsa.

Kesudahannya, ahli-ahli yang bertungkus lumus mempopularkan produk terpaksa akur dengan usaha yang sia-sia kerana syarikat mengalami masalah.

Belajar sejauh mana potensi kejayaan anda
Apabila anda mengikuti syarikat MLM, apa yang paling penting sekali, fahami sepenuhnya apakah manfaat terbaik yang anda perolehi sekiranya anda mempopularkan produk mereka, menjual produk, mencari ahli, dan sejauh manakah sukar atau tidak mencapai target atau matlamat yang ditetapkan oleh syarikat untuk berada di kedudukan level yang seterusnya.

Sekiranya matlamat yang ditetapkan sukar untuk dicapai dan bonus yang diterima juga tidak berbaloi dengan usaha yang dilakukan, jujur penulis katakan, anda harus beralih mencari syarikat MLM yang lebih baik dan menawarkan tawaran-tawaran serta ganjaran yang istemewa kepada ahli-ahlinya.

Selain itu, anda juga harus  bijak menilai sejauh mana kemampuan anda untuk membawa produk syarikat kepada orang-orang di sekeliling anda dengan mengambil kira penerimaan orang ramai terhadap produk tersebut, manfaat-manfaat mengenai produk, kelebihan untuk menjadi ahli, berapakah target yang perlu dicapai mengenai jualan dan pencarian ahli.

Sekiranya anda merasakan produk tersebut kurang berpotensi setelah mengambil kira pelbagai sudut yang anda rasakan relevan dengan situasi-situasi persekitaran masyarakat di sekeliling anda, ada baiknya anda memilih syarikat yang mempunyai potensi yang lebih baik.

Fahami sepenuhnya bagaimana MLM bekerja
Ini adalah perkara penting yang sering diabaikan oleh kebanyakan ahli di dalam MLM dimana mereka gagal memahami apakah sebenarnya MLM tersebut, apakah kemampuan mereka, apakah peranaan ahli setelah memperolehi ahli-ahli yang baru.

Apabila anda mengambil keputusan di dalam hidup anda untuk berkecimpung dengan bisnes MLM, fahami sepenuhnya bagaimana MLM itu bekerja. Prinsipnya adalah mudah, anda diandaikan anda adalah seorang ayah yang memastikan kesemua anak-anak anda berjaya di dalam hidup mereka masing-masing.

Ia bermakna, kesemua ahli yang anda berjaya jadikan sebagai ahli di dalam syarikat MLM tersebut harus dibimbing sebaik mungkin bagaimana untuk berjaya, bagaimana untuk mencari ahli, bagaimana untuk memperkenalkan dan menjual produk, dan yang paling penting sekali, anda harus bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan ahli-ahli dibawah anda berjaya bersama-sama anda.

Ramai ‘leader’ ataupun ketua di dalam system pyramid yang dibentuknya sendiri  mengabaikan ahli-ahli yang lain setelah berjaya membawa mereka menjadi ahli dan berjaya menjual produk kepada mereka.

Hal ini akan menyebabkan ahli-ahli dibawah mereka kurang aktif kerana hilangnya pembimbing mereka untuk meneruskan usaha bagaimana untuk berjaya di dalam system primad yang dibentuk oleh setiap ahli-ahli itu.

Di dalam system MLM, apabila ahli-ahli dibawah kita kurang aktif untuk melakukan jualan, mencari ahli-ahli yang baru, ia secara tidak langsung telah menghilangkan ganjaran-ganjaran yang patut kita terima sebagai ‘leader’.

Ganjaran pendapatan pasif apabila melepasi level tertinggi
Bagi syarikat MLM yang kukuh dan bertaraf antarabangsa, mereka akan memberikan level tertinggi kepada setiap ahli, misalnya level peringkat Daimond, Gold, Kristal, dan pelbagai lagi level yang secara mudahnya digambarkan level sebagai ‘leader’ yang telah berjaya melepasi matlamat yang ditetapkan oleh syarikat.

Pada peringkat ini, anda boleh dikirakan telah berpendapatan pasif kerana jumlah ahli yang dibentuk oleh anda telah melepasi level yang ditetapkan oleh syarikat dan ahli-ahli dibawah anda lah yang membuatkan duit untuk anda.

Tugas yang anda lakukan pada peringkat ini hanylah mengekalkan ahli-ahli yang sedia ada, melakukan ceramah-ceramah peringkat tertinggi bersama dengan leader-leader yang lain.

Sekiranya anda berpeluang melihat risalah-risalah daripada syarikat MLM yang terkenal seperti ELKEN, anda akan melihat kejayaan-kejayaan leader-leader yang telah berjaya dengan level yang tertinggi dan mereka ini sering mendapat ganjaran dari syarikat dengan pelbagai ganjaran yang menarik, berpeluang bercuti ke luar negara, dan lain-lain lagi.

Walaubegitu, segala usaha yang mereka lakukan memerlukan kerja keras yang gigih hinggakan mereka diiktiraf oleh syarikat sebagai pemangkin kejayaan syarikat secara keseluruhannya. Mereka mampu berjaya, anda? Semoga artikel ringkas ini memberi inspirasi kepada anda untuk berjaya di dalam bisnes MLM!




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.