Home » » Keuntungan Buat Bisnes Jual E-book Di Internet

Keuntungan Buat Bisnes Jual E-book Di Internet

Artikel pada kali ini adalah mengenai bisnes jual  E-book yang semakin popular dalam dunia maya. Sebelum itu penulis ingin menerangkan apakah E-book itu kepada anda, ia adalah tentang  buku elektronik yang boleh dibuka melalui internet dan komputer setelah seseorang itu melakukan download keatas E-book tersebut.

Penulis tidak mengajar anda bagaimana mencipta sesebuah E-book itu kerana di internet terdapat pelbagai tuturiol cara untuk mencipta E-book.

Bisnes ini masih belum diterokai sepenuhnya di negara kita tetapi bagi negara-negara maju, mereka menjadikan E-book sebagai satu bisnes yang lumayan hinggakan mereka mampu memperolehi beribu dollar sehari dengan hanya menjual E-book kepada pengguna dunia maya.

Bisnes jual Ebook buat duit semasa  tidur
Beberapa tahun yang lepas, penulis telah membaca satu artikel di mana seorang seorang pencipta E-book yang berasal dari Semenanjung Malaysia  yang mana beliau menulis E-booknya di dalam bahasa inggeris mengenai software komputer dan menjual kepada dunia maya.

Semasa beliau bangun dari tidur dan membuka email miliknya telah mendapati beberapa E-book yang dijualnya dibeli oleh pengguna dunia maya dengan bayaran melalui Paypal dalam bentuk wang dollar.

Bagi pandangan penulis, bisnes ini adalah cara yang paling cepat sekali mencipta wang di internet walaubegitu ia bergantung apakah karya E-book yang anda tulis. Sekiranya benar-benar memberi manfaat kepada pengguna dunia maya, buku elektronik karya anda  akan cepat terjual dan tidak hairanlah bisnes ini dikatakan buat duit  semasa anda tidur.
E-book dalam bahasa inggeris potensi pembeli dari seluruh dunia
Bagi anda yang mungkin cekap di dalam bahasa inggeris, kenapa anda tidak mencuba peluang ini? Apa yang perlu lakukan, belajar cara-cara membuat E-book secara serius, buatlah sebuah web khas yang benar-benar professional mengenai E-book anda, dan anda boleh bermula terus mencipta dollar.

Bayangkan sekiranya anda mencipta sebuah E-book di dalam bahasa inggeris, anda telah mempamerkan kepada dunia internet dan karya  anda akan tersebar ke seluruh dunia dan dicari oleh individu yang memerlukan maklumat tersebut.

Bukankah pembeli-pembeli anda dari serata dunia? Penulis tidak merasa hairan mengenai potensi  ini kerana melalui pemerhatian penulis, ramai yang menjual E-book memperolehi pembeli dari serata dunia.

Mencipta dollar dengan mudah
Buku elektronik yang dihasilkan oleh anda sendiri dalam penulisan bahasa inggeris tentulah pembeli dari dunia barat, ini bermakna system mata wang adalah menggunakan mata wang antarabangsa iaitu mata wang dollar.

Jika anda berada di Malaysia, bukankah anda akan memperolehi keuntungan beberapa kali ganda apabila mata wang dollar ditukarkan kepada mata wang ringgit? Penulis tidak nafikan rakyat di negara ini ramai yang mencipta dollar secara senyap-senyap dengan cara ini.

Idea E-book hasil karya anda sendiri
Ya, E-book haruslah karya anda sendiri dan hal ini memberi peluang untuk anda untuk berkarya mengikut kepakaran atau pengetahuan anda mengenai sesuatu.

Apa yang penulis perhatikan bagi bisnes E-book di Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang membantu individu-individu yang berminat untuk menghasilkan karya mereka sendiri dimana mereka akan membantu individu tersebut untuk menghasilkan karya mereka ke dalam bentuk E-book dan memasarkan semula kepada dunia maya.

Keuntungan jualan tersebut akan dibahagikan mengikut perjanjian antara pencipta karya dan syarikat yang menghasilkan E-book itu. Dengan cara ini juga mereka mampu memberi keuntungan yang amat lumayan.

Apakah  E-book yang perlu ditulis?
Ia adalah mengikut apa yang anda ketahui ataupun anda memahami terhadap penulisan anda misalnya E-book mengenai bagaimana menyelamatkan perhubungan jarak jauh.

Contoh tajuk ini adalah mengenai perhubungan diantara dua kekasih yang berjauhan atau suami isteri yang berjauhan disebabkan komitmen kerjaya.

Untuk menghasilkan penulisan yang baik dari tajuk ini, mungkin anda haruslah memiliki sedikit pengetahuan terhadap kaunseling dan keagamaan yang memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar memerlukan tips menjadikan perhubungan yang jauh akan kekal terpelihara.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi penulisan yang boleh anda fikirkan tetapi point utama, pastikan karya anda benar-benar dicari oleh orang-orang di sekeliling anda.

Anda hanya memerlukan sedikit masa untuk mencipta E-book yang bagus dan sebagai permulaan, mungkin anda boleh mensasarkan pasaran E-book anda di Malaysia terlebih dahulu dan barulah memikirkan mencipta E-book yang disasarkan ke luar negara.

Mereka boleh melakukan kenapa anda tidak?
Mereka yang mencipta beribu-ribu sebulan dengan hanya menjual E-book sebenarnya sama seperti anda, mereka bermula daripada pengetahuan ‘zero’ mengenai bisnes ini tetapi kerana keazaman untuk belajar dan mereka memahami potensi yang ada.

Bagi mereka yang telah berjaya, kini mereka boleh menarik nafas lega kerana segala pengorbanan mereka selama ini tidak sia-sia malahan mencipta wang setiap jam, setiap minit hanya dengan bisnes jual E-book di internet. Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada anda, semoga berjaya!

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.