Home » » Kekuatan Pengaruh Produk Diiklankan Melalui Akhbar Tempatan

Kekuatan Pengaruh Produk Diiklankan Melalui Akhbar Tempatan

Pernahkah anda berfikir untuk mengiklankan produk anda melalui akhbar tempatan? Sebagai makluman anda, akhbar-akhbar tempatan yang popular di Malaysia adalah seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Sinar Harian, News Straits Times, Borneo Post, dan banyak lagi.

Secara purata, kebanyakan akhbar tempatan di negara ini amat laris sekali dibeli oleh pembaca apabila diedarkan kepada masyarakat setiap hari, oleh itu sudah tiba masanya anda harus mengambil pendekatan berbeza untuk memasarkan produk anda agar segera dikenali kepada umum. Berikut adalah kekuatan pengaruh sekiranya bisnes anda diiklankan melalui akhbar tempatan.

Produk dilihat oleh berpuluh ribu orang di dalam sehari
Apabila anda mengiklankan produk anda melalui akhbar tempatan dan setelah akhbar diedarkan kepada awam di serata Malaysia setiap hari, produk anda yang telah diiklankan akan dilihat oleh berpuluh ribu oleh orang pada masa iklan anda dipamerkan menerusi ruang iklan akhbar tersebut.

Mungkin sebelum ini produk anda masih kurang dikenali oleh masyarakat sekeliling, kini akan segera dikenali lebih-lebih lagi anda mengiklankan produk melalui akhbar pada setiap hari selama beberapa hari.

Walau apa pun produk anda misalnya anda memasarkan produk minyak wangi, perkhidmatan, peluang pekerjaan, pakaian, barangan kesihatan, tawaran belajar, ataupun apa-apa bisnes yang memberikan keuntungan kepada anda, dengan mengiklankan melalui akhbar tempatan, mereka mula mengenali bisnes anda dan yang paling menarik sekali bisnes anda dilihat oleh ramai orang di serata negeri.

Cuba anda lihat syarikat-syarikat gergasi seperti Celcom, mereka tanpa ragu-ragu melakukan tempahan iklan dengan ruang iklan penuh satu muka surat di dalam helaian ahkbar tempatan kerana mereka tahu, sesebuah iklan tersebut akan segera diketahui oleh ramai pembaca.
Berpotensi untuk memperolehi pembeli dengan segera
Dengan beriklan melalui akhbar tempatan popular, ia bukan sahaja dilihat oleh berpuluh ribu orang setiap hari tetapi impak yang paling positif pula produk anda akan segera memperolehi pelanggan yang berminat dengan tawaran iklan anda.

Misalnya anda melakukan promosi mengenai perkhidmatan pencetakan baju secara online, tentunya anda akan berpotensi untuk mendapatkan perkhidmatan dengan segera bagi individu yang sememangnya berminat dengan perkhidmatan produk yang anda tawarkan.

Penulis masih mengingati dengan beberapa syarikat milik individu persendirian seperti seperti produk kesihatan yang dipasarkan oleh Dr Romzey melalui akhbar tempatan selama beberapa bulan berada di akhbar-akhbar tempatan dan kesan yang paling positif sekali mengenai produk tersebut, ia memperolehi ramai pembeli produk kesihatan dari serata negara Malaysia dan ia sekaligus kini syarikat tersebut telah bertapak kukuh dalam negara sebagai sebuah syarikat yang kukuh dan dikenali ramai.

Kaedah pengiklanan yang mudah
Kebanyakan ruang pengiklanan yang disediakan melalui akhbar-akhbar tempatan amat mudah dikendalikan.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan hanya melakukan beberapa rekaan iklan yang bersesuaian mengikut kehendak anda berdasarkan pemilihan saiz iklan yang telahpun ditawarkan oleh syarikat pengurusan iklan melalui akhbar tempatan dan anda hanya perlu menghubungi mereka dan mereka akan mengajar anda langkah-langkah yang seterusnya untuk membolehkan iklan anda segera dipamerkan ke dalam akhbar mereka.

Walaupun kos untuk beriklan melalui akhbar tempatan memang memerlukan kos wang ringgit yang tinggi bergantung kepada saiz-saiz iklan yang disediakan tetapi cara ini amat berbaloi sekali.

Strategi pemasaran terbaik
Berdasarkan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan ini, memang  cara ini adalah antara satu strategi pemasaran produk yang paling terbaik sekali. Anda dapat lihat sendiri bukan sahaja cara ini ini digunakan oleh syarikat-syarikat gergasi tempatan tetapi ia juga digunakan oleh syarikat kecil yang ingin mengembangkan bisnes mereka.

Ya, lihatlah sendiri syarikat Dr Romzey dimana pada mulanya tidak dikenali oleh umum tetapi pada masa kini rata-rata penduduk di Malaysia mengenali produk beliau.

Jika anda memiliki sebuah bisnes yang memiliki potensi untuk dipasarkan kepada umum, anda harus melakukan tindakan berani dan sanggup mengeluarkan wang modal untuk beriklan melalui akhbar tempatan popular kerana ia tidak sedikitpun merugikan anda malahan akan bakal memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.

Berniaga harus mempunyai plan perniagaan yang mantap sebagai satu strategi pemasaran untuk memastikan bisnes anda berkembang maju.




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.