Home » » Idea Hadiah Anniversary Untuk Suami Tercinta

Idea Hadiah Anniversary Untuk Suami Tercinta

Hadiah anniversary untuk suami. Bilakah ulang tahun perkhawinan anda? Bagi isteri yang amat menyayangi ikatan perkhawinan  yang telah dibina bersama suami tercinta, tentunya akan mengingati tarikh keramat perkhawinan mereka dan mengkehendakkan setiap tahun ianya diraihkan bersama suami dan juga anak-anak.

Apa yang sering menjadi persoalannya adalah apakah hadiah ulang tahunan perkhawinan tersebut kepada suami anda? Penulis memahami perasaan anda dan cuba memberikan beberapa idea yang mungkin mampu membantu anda untuk mendapatkan hadiah yang teristemewa sempena majlis tersebut.

Lelaki hanya mahukan ucapan ikhlas anniversary
Sebenarnya lelaki yang benar-benar mencintai anda berdasarkan dasar cinta tidak memerlukan apa-apa hadiah daripada anda, cukuplah dengan hanya ucapan, pelukan, dan mungkin kucupan yang ikhlas dari anda semasa tarikh anniversary tiba.

Bagi lelaki, pemberian hadiah ini adalah satu pembaziran bagi mereka kerana apa yang lebih penting bagi mereka adalah cukuplah sebuah ikatan cinta yang kukuh diantara kedua suami isteri tetapi bagi anda sebagai isteri mungkin mempunyai pendapat yang berbeza tentang bagaimana untuk meraihkan tarikh tersebut dengan sekurang-kurangnya meraihkan dengan pemberian hadiah istemewa.
Photo Credit: Pixabay
Tumpu perhatian apa yang diminati suami
Baiklah penulis adalah seorang lelaki dan penulis akan cuba menyampaikan kepada anda beberapa idea berdasarkan apakah hadiah yang sesuai untuk  suami anda berdasarkan pendapat dari lelaki.

Hoho, jika anda mendengar pendapat dari kawan-kawan wanita anda mungkin idea mereka kurang sesuai disebabkan pendapat wanita dan lelaki ternyata berbeza bukan?

Apa yang penulis simpulkan, perkara yang paling penting sebelum membelikan hadiah untuk suami anda adalah melakukan kajian kembali apakah yang diminati oleh suami anda misalnya mengenai  hobi, jenis pakaian yang disukainya, alatan elektrik yang disukainya, atau apa sahaja yang diminati oleh suami anda kerana ia akan memberikan idea apakah hadiah yang patut anda berikan kepada suami anda.

Untuk mengkaji semula hal ini tentunya anda selama berkhawin dengan suami anda telahpun mengetahui apa yang diminati oleh suami anda.

Sekiranya anda hingga kini tidak mengetahui apa yang suami anda minati, ia agak sukar bagi anda untuk mengkaji semula minat suami sekiranya di dalam masa terdekat ini akan berlangsungnya tarikh ulang tahun perkhawinan diantara anda berdua.

Prinsipnya mudah, apa yang penting, jika anda telah mengetahui minat suami anda misalnya suami anda minat mengenai telefon pintar, anda hanya perlu menghadiahkan sebuah telefon pintar jenis terlatest di pasaran kerana suami anda akan menghargai pemberian anda itu.

Jangan salah pemberian hadiah! Ini adalah saranan penulis kepada anda kerana membeli hadiah yag tidak diminati oleh suami anda akan menyebabkan pemberian anda akan menjadi sia-sia sahaja atau di dalam erti kata lain hadiah anda akan tidak dihargai sepenuhnya dari suami anda kerana dia tidak meminati hadiah pemberian anda.

Misalnya, suami anda memang tidak meminati memakai jam tetapi anda telah menghadiakan sebuah jam tangan pada hari ulang tahun perkhawinan anda dan penulis amat bersetuju jika suami anda mungkin menegur anda kerana membazir membelikan hadiah tersebut.

Elakkan membeli hadiah yang tidak perlu
Kebanyakan dari anda membelikan hadiah ulang tahun perkhawinan dengan membelikan hadiah yang penulis andaikan tidak perlu misalnya membelikan hadiah telefon pintar sedangkan pada masa yang sama, suami anda telahpun memiliki telefon pintar yang masih baru.

Bukankah ianyan satu pembaziran? Contoh yang lain pula, anda membelikan sebuah kasut kulit dengan harga yang mahal sedangkan suami anda tidak memerlukannya atau dalam erti kata yang lain, suami anda tidak menyukainya.

Sebab itulah pentingnya anda mengetahui apakah minat suami anda kerana ianya berguna pada saat-saat meraihkan hari-hari yang penting diantara anda berdua.

Selain itu sekiranya boleh, pastikan mendapatkan hadiah seringkas yang boleh tetapi ia memberi makna yang mendalam kepada suami anda misalnya dengan memberikan hadiah sebuah gelas kaca yang mempunyai kata-kata cinta buat suami anda. Bukankah idea hadiah ini lebih baik?

Pastikan anda meluangkan masa berdua-duan dengan suami anda
Jika anda mahukan suasana yang benar-benar membuatkan suami anda mengingati dan menghargai ulang tahun perkhawinan anda, usahakanlah untuk meluangkan masa berdua-duan dengan suami anda di tempat yang benar-benar romantik kerana ia juga hadiah yang paling istemewa sekali buat suami anda.

Mungkin masa berdua-duan dengan suami anda dengan mengajaknya untuk keluar makan bersama-sama tanpa ditemani oleh anak-anak di sebuah restoran yang mempunyai suasana yang damai.

Bukankah ini akan mengamit kenangan masa lalu semasa anda mula-mula memulakan bibit-bibit cinta dengan suami anda? Idea ini bukan sahaja menjadikan hubangan suami isteri akan bertambah rapat tetapi suami anda akan menghargainya saat-saat tersebut.

Raikan bersama-sama dengan keluarga tersayang
Hal yang sering dilakukan oleh pasangan suami isteri anda pada setiap kali ulang tahun perkhawinan mereka adalah membuat kenduri atau majlis untuk memotong kek yang diraihkan bersama keluarga tersayang dan juga rakan-rakan yang yang rapat dengan anda.

Hal ini perlu dilakukan agar suami anda lebih menghargai perkhawinan diantara anda berdua dan pada masa ini lah waktu yang amat sesuai untuk memberikan hadiah kepada suami anda.

Sama ada anda membuat majlis yang ringkas atau majlis yang mungkin agak besar tetapi ianya bergantung kepada kedudukan kewangan anda kerana bagi pandangan penulis sendiri, anda tidak perlulah membazir sangat untuk majlis ini kerana apa yang lebih penting, suami anda menghargai ulang tahun perkhawinan tersebut.

Idea ini hanylah pendapat semata-mata penulis yang mungkin berguna bagi anda yang mahukan sedikit idea untuk bagaimana meraihkan ulang tahun perkhawinan dan juga apakah hadiah anniversary yang sesuai diberikan kepada suami tercinta.

Mungkin sekiranya anda mempunyai pendapat yang berbeza tentang idea penulis, diharap anda boleh berkongsi dengan pendapat anda dengan meninggalkan pendapat anda di ruang komen.  Semoga tips-tips ini dapat membantu anda dan diharap berjumpa lagi pada artikel yang seterusnya.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.