Home » » 6 Sebab Kenapa Perlu Memasang Tinted Pada Cermin Kereta Anda

6 Sebab Kenapa Perlu Memasang Tinted Pada Cermin Kereta Anda

Apakah sebab utama  anda untuk melakukan pemasangan tinted pada cermin kereta anda? Penulis memang mengetahui anda memang mempunyai sebab yang tersendiri untuk melakukan pemasangan ini.

Walau begitu masih ramai lagi individu yang diluar sana tidak mengetahui apakah kebaikan untuk melakukan pemasangan tinted kereta mereka.

Sebahagian dari tanggapan individu hanya menganggap tinted hanya dipasang untuk bertujuan hanya sebagai asesori untuk mencantikan sesebuah kereta itu namun tanggapan mereka itu adalah salah kerana mengikut kajian penulis berikut adalah kelebihan yang anda akan perolehi jika melakukan pemasangan tinted yang agak gelap kepada kereta anda.

1. Pemanduan yang lebih baik
Tinted pada cermin kereta memang direka oleh pakar-pakar kenderaan untuk menjadikan pemanduan yang lebih baik kepada setiap pemandu yang menggunakan tinted kepada kereta mereka.

Tahukah anda, dengan tinted yang dipasang pada cermin kereta membolehkan anda dilindungi dari silau sinaran cahaya matahari yang amat merbahaya kepada pemanduan anda. Tinted yang baik mampu menghalang sinaran cahaya matahari yang melampau.

Pernahkah anda semasa memandu seawal pagi dan sinaran cahaya matahari terbit memancar ke muka anda? Ia tentunya situasi pemanduan yang berisiko tinggi untuk mengalami kemalangan bukan? Dengan pemasangan tinted dengan warna yang sesuai mampu mengatasi masalah ini.
Photo Credit: Pixabay
2. Perlindungan privisi anda
Kebanyakan orang amat mementingkan privisi masing-masing. Anda pula bagaimana? Dengan memasang tinted yang agak gelap pada kereta menjadikan anda dilindungi oleh privisi dan hal ini ini akan lebih baik terutama sekali anda tinggal di kawasan bandar.

Oh ya, selain itu, sekiranya anda mempunyai barang berharga yang tanpa anda sedari telah tertinggal di dalam kereta anda, orang ramai tidak akan menyedari adanya barang berharga pada kenderaan anda disebabkan dilindungi dengan tinted yang gelap.

Walaupun begitu, anda disaran untuk melakukan pemasangan tinted yang dibenarkan oleh pihak berkuasa kerana anda boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan pemasangan tinted yang terlalu gelap.

3. Mencegah dari sinaran UV
Tinted yang berkualiti mampu mencegah dari sinaran UV yang mana sinaran ini sebenarnya berpunca dari cahaya matahari.

Sebagai pengetahuan anda, di dalam beberapa tahun penggunaan kereta, cat kereta akan menjadi pudar dan retak, ini disebabkan oleh tindak balas sinaran cahaya matahari yang mempunyai sinaran UV yang amat merbahaya kepada anda dan sinaran ini mampu masuk ke dalam kereta yang tidak dipasangkan dengan tinted.

Jika anda menggunakan kereta yang tidak mempunyai tinted, dalam beberapa hari sahaja bahagian tangan dan lengan anda akan menjadi hitam dan sekiranya dibiarkan di dalam tempoh yang lama ia mengundang risiko kepada kesihatan anda.

4. Ketahanan cermin lebih baik
Apabila kita memandu di jalan raya, terdapat pelbagai kemungkinan yang akan mungkin berlaku ataupun perkara yang tidak dijangka terutamanya mengenai kemalangan.

Sekiranya berlakunya kemalangan kecil dan mungkin kepala seseorang pemandu itu akan terhantuk mengenai cermin hadapan, cermin akan segera pecah berkecai apabila impak yang agak kuat dan ia sudah tentunya akan menambahkan kecederaan kepada pemandu tersebut.

Sekiranya kereta yang terlibat dengan kemalangan itu melakukan pemasangan tinted yang baik pada cermin hadapan keretanya, cermin tersebut tidak akan pecah berkecai tetapi cermin hanya mengalami keretakan dan ia sudah tentunya akan meminimumkan kecederaan pemandu dan penumpang secara keseluruhannya.

5. Suasana redup dalam kereta
Bagi pemandu yang tidak melakukan pemasangan tinted pada kenderaan mereka, sudah tentunya haba dari cahaya matahari akan memenuhi ruang kenderaan mereka. Badan akan berpeluh dan apatah lagi dengan pakaian mereka akan menjadi bau dengan peluh sendiri.

Sekiranya kereta dipasang dengan tinted, ia mampu mengurangkan haba yang masuk ke dalam kereta anda berbanding dengan kereta yang tidak dipasang dengan tinted. Selepas anda memasang penghawa dingin, anda tidak perlu mempunyai masa yang lama untuk menjadikan suasana dalam kereta anda menjadi redup kembali.

6. Mengekalkan kesihatan pemandu
Apa yang diketahui penulis, sinaran UV ini boleh merosakkan kulit dan mempercepatkan proses penuaan. Selain itu, kesan UV yang paling merbahaya sekali adalah risiko terkena penyakit kanser kulit.

Bagi pemandu yang melakukan pemasangan tinted yang berkualiti pada kenderaan mereka, ia secara tidak langsung akan mengekalkan kesihatan pemandu itu sendiri kerana tinted yang bagus mampu menangkis sinaran UV daripada masuk terus ke dalam kereta yang mana sinaran ini amat merbahaya kepada kesihatan manusia.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.