Home » » 5 Keuntungan Menanam Tanaman Kelapa Sawit Di Tanah Anda

5 Keuntungan Menanam Tanaman Kelapa Sawit Di Tanah Anda

Penanaman kelapa sawit di Malaysia tidak asing lagi. Industri ini salah satu pemangkin penghasilan pendapatan negara yang berkembang pesat. Langkah kerajaan mewujudkan peneroka-peneroka tanah untuk tanaman sawit misalnya FELDA dan juga FELCRA telah menguntungkan masyarakat  yang menyertai skim ini dan secara tidak langsung memberi impak pendapatan kedua-dua belah pihak.

Selain itu, terdapat beberapa syarikat besar umpamanya SIME DARBY telah mengusahakan tanaman ladang kelapa sawit secara besar-besaran di negara ini dan syarikat ini mampu memperolehi keuntungan yang lumayan setiap tahun.

Penulis disini memberi pendedahan kepada anda keuntungan-keuntungan yang anda perolehi sekiranya  menanam tanaman sawit di tanah anda sebagai pelaburan yang tidak mengecewakan.
5 Keuntungan Menanam Tanaman Kelapa Sawit Di Tanah Anda
Sekiranya anda memiliki rakan-rakan yang mengusahakan tanaman sawit, apa yang anda boleh lihat tentang kehidupan mereka? Tahukah anda, menanam tanaman kelapa sawit di tanah anda sendiri adalah satu pelaburan yang benar-benar memberi keuntungan kepada anda?

Memang benar, membuka tanaman ladang sawit memang memerlukan kos wang  yang agak besar semasa mula-mula mengusahakan tanaman ini seperti membersihkan kawasan tanah, membuat teres bukit, mendapatkan benih sawit, kos baja, tetapi segala kos tersebut anda akan perolehi semula selepas beberapa tahun mengusahakan tanaman ini dan ia akan memberi keuntungan berganda kepada anda.

Baik, berikut adalah beberapa keuntungan yang anda akan nikmati selepas  anggaran 3 tahun mengusahakan tanaman ini secara serius.

1. Harga sawit yang lumayan
Menurut rakan penulis, harga pasaran paling rendah  bagi 1 tan kelapa sawit adalah sebanyak RM 400 dan harga tertinggi selama beliau mengusahakan tanaman sawit adalah sebanyak RM 800 bagi 1 tan kelapa sawit. 1 tan kelapa sawit bersamaan dengan penuhnya sebuah kereta pick up double cap.

Untuk mendapatkan 1 tan ini memerlukan hanya beberapa jam sahaja untuk bekerja. Cuba anda bayangkan, sekiranya anda mampu menghasilkan 10 tan di dalam seminggu bekerja, anda mampu menghasilkan wang sebanyak RM4000 jika harga 1 tan sawit berharga RM 400. Bagaimana lumayan bukan?

2. Tanaman sawit anda akan menghasilkan wang di dalam anggaran 20 tahun
Jika tanaman sawit dijaga dengan sebaik-baiknya, dikatakan tanaman sawit akan menghasilkan buah secara berterusan di dalam anggaran 20 tahun lamanya.

Wow! Bayangkan betapa lamanya anda memperolehi wang hasil dari tanaman sawit anda. Ini tidak menghairankan pengusaha-pengusaha tanaman sawit akan bertambah maju serta bertambah kaya.

Pada mulanya penulis tidak mempercayai hal ini, tetapi penulis perhatikan rakan-rakan penulis yang mengusahakan tanaman ini, semakin lama mereka mengusahakan tanaman mereka, mereka semakin maju dan memang benarlah hakikat ini.

3. Mudah untuk mengerjakannya
Adakah anda risau siapa yang mengusahakan ladang sawit anda? Memang benar, pada permulaan kurang tiga tahun anda mengusahakan tanaman sawit anda ia sesuatu tempoh yang agak memeritkan tetapi selepas tanaman anda menghasilkan buah, anda dengan mudahnya mendapatkan pekerja untuk mengait buah kelapa sawit anda.

Mereka hanya mengait buah tersebut, tugas anda pula, mengangkat buah-buah sawit ke pusat jualan kelapa sawit yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

Mudah bukan? Rakan penulis mempunyai beberapa orang pekerja untuk mengait buah sawit dan beliau mampu menjual  8 hingga 13 tan kelapa sawit seminggu. Bayangkan, pendapatannya amat lumayan sekali.

4. Hanya perlu mengait sawit 3-4 kali seminggu
Menurut rakan-rakan penulis yang mengusahakan tanaman sawit, anda tidak perlu bekerja sepanjang minggu untuk mengait sawit tetapi hanya memerlukan masa 3 hingga 4 kali seminggu untuk mengarahkan pekerja untuk mengait buah sawit dan mereka mampu menghasilkan beberapa tan buah sawit yang berharga beberapa ribu ringgit apabila dijual di pusat jualan sawit.

Melalui cara ini, anda hanya perlu bijak menentukan masa yang sesuai untuk mengait buah sawit di ladang anda untuk menentukan kitaran yang betul bagi mengait buah sawit.

5. Mampu membeli kereta mewah dengan mudah
Anda percaya atau tidak, jika anda menguruskan tanaman sawit dengan cara yang betul, anda akan memperolehi pendapatan yang amat lumayan sekali dan tidak hairanlah pengusaha-pengusaha sawit mampu membeli kereta mewah dengan mudah sekali.

Buktinya mudah, penulis mempunyai ramai rakan yang mengusahakan tanaman sawit secara serius, mereka mampu membeli kereta pacuan empat roda seperti Toyota Hilux, Ford Ranger 6 speed, Toyota Fortuner, dan bermacam lagi kenderaan yang mereka miliki belum termasuk rumah banglow yang mereka bina sendiri.

Kesimpulan
Artikel ini ditulis berdasarkan pemerhatian penulis melalui rakan-rakan yang mengusahakan tanaman sawit di tanah sendiri.

Sekiranya anda memiliki tanah yang melebihi 15 ekar, secara jujurnya penulis nasihatkan anda untuk mengusahakannya secara serius dengan menanam kelapa sawit kerana ia akan benar-benar memberi keuntungan kepada anda dan jadikanlah ia sebagai satu pelaburan masa depan yang cerah demi kehidupan yang lebih baik. Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada anda, jumpa lagi!

#Credit Photo: TheStar

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.