Home » » 4 Kelebihan Membeli Kereta 4 Wheel Drive (4x4) Pacuan Empat Roda

4 Kelebihan Membeli Kereta 4 Wheel Drive (4x4) Pacuan Empat Roda

Membeli kereta baru adalah impian bagi semua orang sebagai memenuhi keperluan individu itu sendiri. Pada waktu sekarang, kenderaan amat penting sebagai pengangkutan untuk memudahkan  untuk bergerak ke mana sahaja tujuan kita.

Pada kali ini, penulis ingin berkongsi beberapa kelebihan sekiranya anda membeli kereta jenis pacuan empat roda iatu pickup 4WD. Memang diakui tidak semua orang meminati kereta jenis ini tetapi ia mempunyai banyak kelebihan kepada diri anda sekiranya anda memiliki kenderaan jenis ini. Apakah kelebihan-kelebihan itu?

Baik, berikut kebaikan yang anda akan anda perolehi dengan kenderaan ini.

1. Ruang menyimpan barang yang lebih banyak
Kereta jenis pickup trucker memiliki ruang untuk menyimpan barang yang lebih luas kerana ia direka bentuk untuk memuatkan barangan yang lebih banyak.

Bagi mereka yang memiliki kereta biasa, semasa balik kampung, atau mungkin terdapat sesuatu kerja yang memerlukan anda perlu mengangkat barang yang lebih banyak, hal ini tentunya memeningkan kepala kerana ruang untuk menyimpan barangan yang agak terhad tetapi bagi anda yang mempunyai kereta pickup, anda bebas menyimpan atau mengangkat barangan dengan jumlah yang banyak kerana ruang untuk menyimpan barang yang  lebih luas berbanding dengan kereta biasa.
2. Raja mendaki jalan bukit
Ini adalah satu fakta yang menarik! Kereta jenis pacuan empat roda memang direka untuk mendaki bukit! Dengan ‘low gear’(4x4 )Mendakit bukit yang amat tinggi dan jalan licin, tidak menjadi masalah bagi kereta pacuan empat roda.

Ini dibuktikan dengan penggunaan banyak kereta pacuan empat roda di kawasan yang banyak berbukit tinggi seperti di negeri Sabah, Sarawak dan Cameron Highland di Pahang.

Cuba anda bayangkan sekiranya anda hanya menggunakan kereta biasa semasa melalui jalan yang amat tinggi seperti jalan-jalan Banjaran Crooker di Sabah, atau semasa mendaki bukit Genting Higland di Pahang, anda akan merasa kurang yakin dengan kereta anda. Huhu

3. Mampu memasuki kawasan jalan yang sukar
Kereta pacuan empat roda memang direka untuk jalan yang lasak. Bagi jalan-jalan yang tidak bertar, jalan berbatu, jalan licin yang sukar dimasuki oleh kereta biasa, kereta pacuan empat roda mampu memasuki kawasan jalan-jalan yang sukar.

Di Sabah, kereta 4x4 kerap digunakan oleh mereka yang mempunyai minat untuk memasuki hutan, memiliki bisnes seperti mengusahkan tanaman kelapa sawit, kontraktor, ataupun berniaga. Bagi kawasan pembalakan di sekitar Sabah dan Sarawak pula, kereta 4x4 adalah kenderaan utama  bagi syarikat pembalak untuk memudkan mereka untuk memasuki jalan-jalan yang sukar di kawasan hutan.

4. Mampu menyeberangi sungai dengan mudah
Pacuan 4x4 ini memiliki saiz tayar yang besar dan juga memiliki paras ketinggian yang berbeza dengan kereta biasa.

Sekiranya anda menggunakan kereta ini untuk menyeberangi sungai yang memiliki kedalaman yang sederhana, ia dapat menyeberang dengan amat mudah sekali sedangkan bagi kereta biasa tidak mampu untuk menyeberanginya.

Cuba anda bayangkan semasa pada musim tengkujuh misalnya di kawasan pantai-pantai timur Semananjung Malaysia, kebanyakan jalan-jalan akan dipenuhi oleh air banjir dan hal ini tentunya sukar dilalui oleh kereta biasa kecuali kereta pacuan empat roda.

Kesimpulan
Ini adalah penerangan serba ringkas, kelebihan yang anda akan perolehi sekiranya anda membeli kereta pacuan empat roda (4x4). Di negara ini, kereta pick up yang popular adalah seperti Toyota Vigo, Ford Ranger, Isuzu Dmax, Nissan Navara, Mitsubishi Triton, dan banyak lagi.

Walaupun kereta ini memiliki harga yang agak mahal berbanding dengan kenderaan biasa, tetapi akan banyak kelebihan yang anda akan perolehinya. Semoga tips ini bermanfaat kepada anda!




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.