Home » » Waspada Semasa Berkawan Dengan Sumandak Dusun Sabah

Waspada Semasa Berkawan Dengan Sumandak Dusun Sabah

‘Sumandak’ dalam bahasa Dusun adalah wanita, gadis atau awek yang telah meningkat usia remaja. Topik pada kali ini adalah mengenai ‘sumandak’ Dusun  yang terkenal di kepulauan Borneo Utara negeri Sabah kerana memiliki kecantikan yang asli sejak zaman berzaman.

Kenapa perlu anda berwaspada dengan gadis Dusun ini? Hoho, baik penulis akan mendedahkan rahsia sebenar 'sumandak' dusun yang kurang diketahui oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia secara amnya.

Sumandak Dusun Sabah adalah keturunan ‘Huminodun’
Mengikut cerita lagenda, ‘Sumandak’ Dusun adalah berasal dari keturunan ‘Huminodun’ yang amat terkenal dengan kecantikannya dan sanggup berkorban untuk menyelamatkan nyawa rakyat Sabah dari bencana kemarau pada suatu ketika dahulu.

Pada masa ini ‘Huminodun’ menjadi inspirasi bagi ‘sumandak’ Dusun Sabah sebagai lambang kepada wanita yang cekal, kecantikan sejati dan ianya dibuktikan dengan perayaan yang masih diamalkan oleh KDM (Kadazan Dusun Murut) pada perayaan ‘Pesta Kaamatan’ (Pesta Menuai) setiap bulan lima yang mana terdapat pertandingan ‘Unduk Ngadau’ bagi mencari sumandak yang paling cantik di negeri ini bagi memperingati lagenda ‘Huminodun’.
'Unduk Ngadau' Peringkat Negeri Sabah 2015
Amat ringan tulang dalam bab kerja rumah
Pada suatu ketika dahulu, kaum Kadazan Dusun adalah peneroka awal bagi kepulauan Borneo Utara, ini dibuktikan dengan adanya tugu peringatan lagenda ‘Nunuk Ragang’ yang bertempat di Ranau Sabah kerana dari tugu peringatan itulah lokasi awal penemuan tamadun-tamadun awal suku kaum Kadazan Dusun.

Berdasarkan asal usul tersebut yang melambangkan kegigihan peneroka awal di kepulauan Borneo Utara, ‘sumandak’ Dusun boleh diketegorikan sebagai amat ringan tulang dalam mengerjakan kerja-kerja rumah seperti mana keturunan moyangnya  yang terdahulu.

Jika anda ke bahagian Pedalaman Sabah, anda jangan hairan apabila menemui gadis Dusun amat gigih bekerja di kebun tanah mereka, menjala ikan di sungai dan melakukan kerja rumah secara bersendirian dan  melakukan segala kerja-kerja yang hanya dilakukan kaum lelaki.

Bijak di dalam pendidikan
Sejauh mana fakta tentang ini? Jika diteliti mengenai ‘sumandak’  Dusun di negeri Sabah , ramai yang bekerja di sektor kerajaan dan ada diantara  mereka memiliki kelulusan di peringkat ijazah dan menjawat jawatan yang tinggi di dalam sektor kerajaan serta begitu  juga di dalam sektor swasta.

Ini bermakna, sumandak Dusun boleh diketegorikan memiliki IQ yang tinggi setaraf dengan kaum lain di Malaysia. Bukti yang lain pula, jika anda melihat kemasukan  pelajar di Universiti tempatan seperti UMS, UITM, Kolej-kolej  Swasta di Negeri Sabah, terdapat ramai gadis Dusun yang melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tersebut.

Awek Dusun amat setia dengan pasangan
Awek Sabah terutamanya ‘sumandak’ dusun bukan sahaja amat terkenal dengan kecantikan semulajadi yang dimiliki mereka tetapi yang paling menarik sekali, ‘sumandak’ Dusun amat setia dengan pasangan mereka lebih-lebih lagi apabila mereka telah berumah tangga.

Ini dibuktikan dengan kurangnya perceraian yang berlaku diantara pasangan gadis Dusun yang telah pun berkhawin di negeri ini.

Gadis Dusun akan mempertahankan perkahwinan mereka dengan sebaik mungkin dan, mungkin penceraian amat jarang berlaku kerana disebabkan gadis Dusun amat menjaga pasangan mereka hinggakan pasangan mereka mencintai isteri mereka kekal sepanjang hayat.

Gadis Dusun ramai yang berkahwin dengan kaum lain
Jika anda berada di negeri Sabah, anda akan melihat terdapat ramai ‘sumandak’ Dusun dikahwini oleh kaum lain terutamanya dari kaum Cina, Melayu, Iban, dan banyak lagi kaum yang lain.

Ini menandakan gadis Dusun memiliki daya tarikan yang tersendiri serta memiliki kecantikan yang asli membuatkan kaum lain amat tertarik dengan ‘sumandak’ Dusun Sabah ini.

Beberapa rakan penulis yang berasal dari Semenanjung Malaysia sanggup menetap di Sabah selama bertahun-tahun lamanya  kerana telah pun berkahwin dengan gadis Dusun.

Kesimpulan
Artikel ini ditulis berdasarkan pemerhatian sendiri penulis mengenai gadis Dusun yang berada di negeri Sabah.

Jika terdapat maklumat yang kurang tepat, mungkin anda boleh berkongsi dengan penulis dengan meninggalkan ruang komen dibawah.

Bagi anda yang ingin mengetahui rahsia bagaimana kaum gadis Dusun  menjaga hubungan rumah tangga yang mampu berkekalan sepanjang hayat, mungkin anda boleh berkawan dengan mereka untuk mengetahui rahsia tersebut. Huhu.

# Sumber Photo: hmetro

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.