Home » » Syarat Kelayakan Untuk Memohon Jawatan Jururawat Masyarakat

Syarat Kelayakan Untuk Memohon Jawatan Jururawat Masyarakat

Bagi gologan wanita yang berminat di dalam kerjaya sebagai jururawat, anda mempunyai peluang untuk memohon jawatan sebagai Jururawat Masyarakat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerjaya sebagai jururawat amat popular sekali dikalangan pelajar wanita yang baru menamatkan pelajaran mereka di peringkat SPM lebih-lebih lagi pada masa ini amat sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Diterima untuk menjawat jawatan ini membolehkan anda akan menikmati pelbagai keistemewaan yang sama seperti penjawat awam yang lain, walau begitu terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi memohon ke jawatan ini.
Syarat wajib bagi pemohon Jawatan Jururawat Masyarakat Gred U 19
Sebelum anda berhasrat untuk memohon ke jawatan ini, anda harus meneliti semula kelayakan anda, adakah anda layak untuk memohon jawatan ini seperti yang disyaratkan oleh JPA. Sebagai makluman anda syarat wajib untuk memohon jawatan ini anda harus memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Anda haruslah Memiliki kewarganegaraan Malaysia dan harus berumur sekurang-kurangnya tidak kurang  18 tahun semasa melakukan permohonan pada masa tarikh iklan Jururawat Masyarakat dikeluarkan.

2. Pada peringkat Sijil SPM, anda haruslah lulus wajib Bahasa Malaysia termasuklah lulus ujian lisan ataupun anda mempunyai kelulusan yang setaraf dengan kelulusan ini yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

3. Anda telahpun menamatkan krusus yang diwajibkan serta telah memperolehi sijil Jururawat Masyarakat yang secara sah diiktiraf olek kerajaan Malaysia dan juga berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia serta berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. Bagi anda yang baru memohon ke jawatan ini, anda akan dihantar terlebih dahulu untuk mengikuti krusus Jururawat Masyarakat dalam tempoh yang ditetapkan sebelum layak untuk menjawat jawatan ini.

4. Tangga gaji permulaan yang anda layak perolehi adalah adalah sebanyak  RM1,284.27. Sebagai rujukan, jadual gaji Minimum bagi jawatan ini adalah sebanyak RM936.00 dan gaji maksimum adalah RM3,629.00 dengan kadar kenaikan RM100 setahun belum termasuk elaun-elaun yang lain apabila anda telah layak dilantik secara sah ke jawatan Jururawat Masyarakat  Gred U19.

Syarat lantikan bagi KPSL
Bagi anda yang telah pun berkhidmat di dalam Jabatan Kesihatan Malaysia dengan memegang jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan atau Atendan Kesihatan, pihak berkuasa yang melantik boleh mempertimbang untuk diserapkan ke jawatan Jururawat Masyarakat U19 dalam kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL).

Walau begitu, ia bergantung kepada kekosongan yang ada dan semasa anda memohon ke jawatan ini anda telahpun disahkan jawatan dan memiliki kelulusan peringkat sijil SPM dengan wajib lulus bahasa Malaysia dan juga lulus ujian lisan atau memiliki kelulusan yang setaraf dengan SPM serta berumur kurang 54 tahun dari tarik lantikan tersebut.

Diskripsi penugasan Jururawat Masyarakat U19
Sekiranya anda telah berjaya untuk memperolehi jawatan ini, anda akan ditempatkan ke klinik-klinik desa, Rumah Bidan Kerajaan dan juga akan ditempatkan di pusat-pusat kesihatan. Berikut adalah tugas-tugas hakiki anda apabila berjaya dilantik ke dalam jawatan ini.

1. Bagi jururawat  yang ditempatkan di rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa, anda akan mengetuai tempat tersebut.

2. Anda akan menjalankan tugas-tugas  dengan memberikan perkhidmatan kepada  ibu mengandung, bayi atau kanak-kanak, perkhidmatan rawatan rumah ke rumah, pendidikan bagi kesihatan, menyambut kelahiran bayi, dan juga perkhidmatan perancangan keluarga.

Untuk memohon jawatan ini, anda disaran untuk melakukan permohonan di SPA8 melalui dalam talian dan tempoh sah permohonan anda selalunya di dalam anggaran 2 tahun. 

Semoga tips ini bermanfaat kepada anda dan sebagai pengetahuan awal bagaimana untuk memohon jawatan sebagai  Jururawat Masyarakat U19. Jika anda memiliki keputusan SPM yang baik, besar kemungkinan anda akan ditawarkan untuk  menjawat jawatan ini.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.