Home » » Resepi Mee Kolok Atau Kolo Mee Segera Keluaran Maggi Malaysia

Resepi Mee Kolok Atau Kolo Mee Segera Keluaran Maggi Malaysia

Adakah anda peminat resepi Mee Kolok atau Kolo Mee? Ini ada satu berita gembira kepada anda yang amat meminati dengan resipi mee ini, baru-baru ini syarikat Nestle Products Sdn.Bhd di bawah Maggi Malaysia telah mengeluarkan satu resepi mee segera yang dikenali sebagai Mi Kolo.

Resepi mee segera keluaran mereka adalah menyerupai  resepi Mee Kolok atau Kolo Mee yang amat terkenal di negeri Sarawak dan juga Sabah berdasarka pengalaman sendiri penulis menikmati hidangan ini.

Mee Segera terbaru keluaran Maggi
Keluaran Maggi pada kali ini tampil berbeza dengan mee Maggi keluarannya yang lain seperti Maggi Kari, Ayam, Soto dan Asam Laksa kerana resepi mereka lebih menumpuhkan resepi yang sering menjadi hidangan kebanyakan rakyat tempatan di negara ini terutamanya di restoran-restoran sebagai makanan sarapan pagi.

Menurut pengalaman penulis, mee kolo ini adalah resepi yang paling popular di negeri Sarawak dan juga Sabah.
Mi Kolo
Pihak Maggi telah menampilkan mee kolok keluaran mereka dengan ‘packing big kombo’ dengan ‘tag line’ 2 in 1 Mi Kolo + Sup perisa daging lembu dengan pack plastik yang berwarna merun. Di dalam satu bungkus mi segera ini memiliki terdapat empat bungkus mi kolo.

Harga bagi satu bungkus di Pulau Labuan adalah di dalam anggaran RM 6.75.

Pada bungkusan mee ini mengatakan mee segera keluaran mereka pada kali ini adalah yang pertama sekali berada di pasaran Malaysia dengan gabungan resipi unik Mi Kolo  berserta dengan sup daripada perisa daging  dan juga disertakan minyak bawang putih dan bawang merah yang menjadikan begitu menyelerakan dan beraromatik  serta menjanjikan kepuasan kepada pengguna.

Pengalaman merasai Mi Kolo segera
Baru-baru ini, penulis berpeluang untuk membeli sebungkus Mi Kolo di sebuah pasaraya disini kerana penulis tertarik dengan Mi Kolo keluaran terbaru Maggi dan ingin untuk mencuba sendiri resepi ini. Apa yang penulis dapati, mee segera ini perlu disediakan dengan hanya empat langkah mudah seperti yang disyorkan oleh mereka.

1. Anda perlu merebus mee tersebut ke dalam air bersih didalam anggaran 400ml sehingga mendidih dan pastikan mee tersebut telah benar-benar lembut dan barulah diasingkan dan pastikan ianya telah kering.

2. Bagi perencah pula, tuang perencah keatas pinggan berserta dengan perencah minyak.

3. Mee yang telah dikeringkan tadi perlu digaul ke bersama dengan perencah sehingga sebati.

4. Untuk penyediaan sup pula, dengan anggaran air bersih 150ml, didihkan dalam anggaran satu minit dan masukkan perencah sup. Selesai, siap untuk dihidangkan!

Melalui pengalaman merasai Mi Kolo ini, bagi pendapat peribadi penulis, mee segera keluaran Maggi ini amat menyerupai resepi Mee Kolok atau Kolo Mee yang sering dihidangkan di kedai-kedai makan di sekitar Sarawak dan Sabah, dan sejujurnya, Mi Kolo ini amat menyelerahkan dan penulis menyukai resepi ini. Jika anda tidak mempercayainya, anda boleh mencuba sendiri Mi Kolo keluaran Maggi ini.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.