Home » » Kelebihan Membeli Rumah Semasa Usia Muda

Kelebihan Membeli Rumah Semasa Usia Muda

Membeli rumah adalah satu perkara yang sering diimpi-impikan oleh semua orang, walau begitu tidak semua mampu untuk membeli rumah terutama sekali golongan muda lebih-lebih lagi pada masa ini, harga rumah telah melambung tinggi.

Rata-rata masyarakat di negara ini mengakui kebenaran ini dan tidak hairanlah terdapat golongan tertentu yang cuba mendesak kerajaan untuk mewujudkan pembinaan perumahan mampu milik untuk kemudahan semua rakyat.

Memang benar kini terdapat projek perumahan mampu milik yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti  Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah, Perumahan PR1MA untuk golongan berpendapatan sederhana tetapi semua permohonan ini mempunyai syarat-syarat yang ketat perlu dipatuhi.
Kelebihan Membeli Rumah Di Usia Muda
Jika anda rasakan telah layak untuk mendapatkan projek perumahan yang dikendalikan oleh kerajaan ataupun perumahan yang banyak dijual di pasaran, anda disaran untuk memohon segera sekiranya anda tidak mempunyai sebarang masalah dari segi kewangan walaupun pada masa itu anda masih berusia muda kerana terdapat kelebihan yang anda perolehi di masa yang akan datang.

Penulis cuba untuk menyampaikan beberapa kelebihan membeli rumah pada ketika seseorang itu di peringkat usia yang masih muda atau di peringkat alam pekerjaan atau telah pun memiliki pendapatan yang tetap pada usia 20an.

1. Bayaran bulanan rumah lebih murah
Ramai diantara anda mula memikirkan membeli rumah apabila mereka telah pun berkhawin tetapi amat kurang sekali  memikirkan untuk cuba membeli rumah semasa mereka masih belum berkhawin ataupun bujang.

Inilah kesilapan pemikiran yang sering berlaku diantara anda kerana memikirkan untuk membeli sebuah rumah pada ketika bujang diandaikan tidak begitu penting sedangkan terdapat golongan ini yang telapun berkemampuan untuk membeli rumah.

Membeli rumah apabila telahpun berkahwin akan menyebabkan terdapatnya beberapa masalah yang mungkin akan timbul terutama sekali kos kewangan untuk mendapatkan rumah.

Tahukah anda, sekiranya anda berkemampuan pada usia muda untuk membeli rumah, kadar bayaran bulanan rumah bagi kediaman tersebut agak rendah berbanding dengan membeli rumah pada ketika usia yang telah lewat?

Hal ini berlaku disebabkan prosuder pengiraan pihak bank  yang berkhendakan pinjaman perumahan di dalam anggaran 20 hingga 30 tahun sahaja. Bagi usia yang telah lewat, selalunya  kadar tahun pinjaman perumahan  anda akan dipendekkan dan hal inilah yang menyebabkan pembayaran bulanan perumahan menjadi mahal.

Pihak bank berani memberikan jumlah pinjaman sehingga mencapai 90%  dan boleh mencapai 30 tahun perjanjian bagi mereka yang berusia muda dan ditambahi komitmen bulanan yang rendah.

2.Sewa beli rumah akan cepat dilangsaikan
Cuba anda bayangkan sekiranya anda masih di peringkat umur 25 tahun, dan pada masa ini anda telah pun membeli sebuah rumah dengan tempoh perjanjian dengan pihak bank adalah selama 25 tahun.

Pada usia anda 50 tahun, pinjaman perumahan yang telah anda lakukan telapun dilangsaikan berbanding dengan mereka yang membeli rumah pada usia yang telah lewat, misalnya seseorang itu membeli rumah  di dalam usia 40 tahun dengan tempoh perjanjian pinjaman perumahan yang diberikan oleh pihak bank adalah selama 20 tahun, pada usia 60 tahun, baru lah sewa beli rumah tersebut akan dapat dilangsaikan dengan pihak bank.

Hal ini tentunya amat membebankan terutama mereka yang berpendapatan sederhana ditambahi lagi dengan kadar bayaran bulanan perumahan yang mahal dimana bergantung sepenuhnya  kepada peratus kelulusan yang diberikan oleh pihak bank.

3. Sebagai pelaburan yang menguntungkan
Wow! Ini  adalah fakta yang menarik, tahukah anda rumah adalah satu pelaburan yang paling menguntungkan sekali?

Jangan sesekali menganggap bayaran bulanan rumah yang anda beli adalah satu bebanan, kerana rumah bukan seperti  membeli sebuah kereta, semakin lama tempoh hayat sesebuah kereta, nilai harga pasaran kereta tersebut  juga akan semakin menurun tetapi, rumah sebaliknya pula, semakin lama rumah tersebut, nilai harga pasaran juga akan semakin meningkat.

Bagi yang melakukan bisnes hartanah, peluang ini digunakan sebaik mungkin oleh mereka dan tidak hairanlah ramai diantara mereka yang telah menjadi jutawan hanya melakukan bisnes rumah. Penulis bukanlah mengajar anda bagaimana untuk bisnes hartanah tetapi, mungkin suatu ketika anda perlu menjual rumah anda, dan anda akan memperolehi keuntungan berganda dari harga asal rumah tersebut.

4. Rumah sebagai persediaan untuk hari tua
Semasa anda membaca artikel ini, berapakah usia anda? Sebagai pengetahuan, ramai di luar sana yang berusia telah lewat tetapi masih tidak memiliki rumah sendiri.

Ini sesuatu hal yang menyedihkan , jika anda tergolong sama seperti mereka lebih-lebih lagi anda telah memiliki keluarga sendiri dan perlunya sekurang-kurangnya sebiji rumah untuk anda berteduh berserta keluarga anda.

Mungkin pada masa ini anda tidak merasa risau kerana masih berkemampuan melakukan bayaran sewa rumah  tetapi tahukah anda, semakin hari semakin tinggi nilai harga bagi setiap perumahan yang dijual di pasaran?

Penutup
Bermula hari ini, berapa pun usia anda, tumpuhkan untuk membeli sebuah rumah untuk keluarga anda dan berusaha untuk mencari pendapatan yang mampu anda jadikan sebagai wang modal untuk membeli rumah sendiri atau yang lebih baik, jika anda memiliki tanah sendiri, ia kerana anda boleh menetapkan sendiri reka bentuk  rumah seperti kehendak anda.

Tips ini hanyalah sebagai asas pengetahuan kepada golongan muda betapa pentingnya membeli rumah pada ketika usia muda dan diharap arikel ini mendorong anda untuk membeli sebiji rumah untuk kediaman di masa yang akan datang. Artikel ini juga mungkin dapat membantu anda, Panduan Cari Rumah Idaman Dijual Secara Online.

#Kredit Photo:Housing free




Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.