Home » » Jadual Waktu Terkini Bas Tung Ma Express Keningau

Jadual Waktu Terkini Bas Tung Ma Express Keningau

Ini adalah jadual waktu terkini perjalanan bas Tung Ma Express / Nui Luk berlokasi di  Keningau yang mana perjalanan bas ini melibatkan perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu @ KK, Tenom, Beaufort, dan juga Menumbok.

Jadual ini diperolehi melalui tiket yang dibeli sendiri oleh penulis semasa berpeluang menaiki perkhidmatan bas ini dari Keningau ke Menumbok.

Jadual perjalanan ini boleh dijadikan sebagai rujukan anda sekiranya anda merancang untuk menaiki perkhidmatan bas ini ke lokasi yang anda tujui.

Sebagai pengetahuan anda, syarikat bas ini adalah antara syarikat bas yang paling popular di Sabah dan rata-rata masyarakat di negeri ini mengetahui tentang perkhidmatan bas Tung Ma dan bas ini juga adalah antara  bas pilihan orang ramai.

Baik, jom rujuk jadual bas Tung Ma di area Keningau Sabah!

JADUAL WAKTU  BAS EXPRESS TUNG MA/NUI LUK KENINGAU


TENOM -KENINGAU -KK
MASA PERJALANAN
DESTINASI

7.00 AM
TENOM-KENINGAU-KK

8.00 AM
TENOM-KENINGAU-KK

7.00 AM
KENINGAU-KK

8.00 AM
KENINGAU-KK

9.00 AM
KENINGAU-KK

10.00 AM
KENINGAU-KK

12.00 PM
TENOM- KENINGAU-KK

1.00 PM
KENINGAU-KK

4.00 PM
TENOM-KENINGAU-KK

4.00 PM
KENINGAU-KK

5.00 PM
KENINGAU-KK



KK-KENINGAU-TENOM
MASA PERJALANAN
DESTINASI

7.00 AM
KK-KENINGAU

8.00 AM
KK-KENINGAU-TENOM

10.00 AM
KK-KENINGAU

12.00 PM
KK-KENINGAU-TENOM

1.00 PM
KK-KENINGAU

2.00 PM
KK-KENINGAU-TENOM

4.00 PM
KK-KENINGAU

5.00 PM
KK-KENINGAU



KENINGAU-BEAUFORT-MENUMBOK
MASA PERJALANAN
DESTINASI

7.00 AM
KENINGAU-BEAUFORT-MENUMBOK

10.00 AM
MENUMBOK-BEUFORT-KENINGAU

1.00 PM
KENINGAU-BEAUFORT-MENUMBOK

4.00 PM
MENUMBOK-BEUFORT-KENINGAU



PENGURUSAN  BAS/TIKET EXPRESS TUNG MA / NUI LUK
NOMBOR TELEFON

PONDOK TENOM
087-735325

PONDOK KENINGAU
087-337325

PONDOK KOTA KINABALU
088-264315

MENUMBOK
017-8109818


# Sebagai makluman anda, penulis tidak bertanggungjawab diatas sebarang perubahan jadual perjalanan bas, oleh itu anda dinasihatkan berhubung terus kepada pengusaha bas untuk keterangan yang lebih lanjut. 

Tips menaiki bas Tung Ma Express
  • Bas akan bergerak seperti mana masa yang ditetapkan oleh syarikat bas ini di dalam jadual perjalanan mereka, oleh itu anda dinasihatkan untuk berada di dalam bas didalam anggaran 10 minit awal sebelum berlepas kerana dikhuatiri anda akan tertinggal untuk menaiki bas ini.
  • Sebagai makluman anda juga, menurut apa yang penulis perhatikan, setiap tiket hanya sah pada masa dan tarikh yang tertera pada tiket semasa anda melakukan pembelian tiket tersebut dan tiket yang telah dibeli, anda tidak boleh memulangkannya semula.
  • Ingat, selepas sahaja anda membeli tiket, pastikan anda menyimpan tiket bas anda di tempat yang selamat dan mudah dicapai kerana semasa anda berada di dalam bas, kundaktor bas akan melakukan pemeriksaan tiket anda.
  • Setiap tiket, boleh diperolehi di pondok kaunter-kaunter Tung Ma Express di Keningau, Tenom,Beufort, dan juga Menumbok dan juga di Kota Kinabalu. Harga tiket berbeza-beza mengikut lokasi perjalanan anda. Untuk kepastian mengenai harga tiket, anda boleh berhubung terus dengan pihak syarikat bas tersebut.
  • Selain itu, pihak pengurusan bas tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan barangan penumpang, oleh itu, anda dinasihatkan untuk menjaga barang-barang anda di tempat yang selamat. Bagi penumpang yang mempunyai banyak barangan atau beg yang besar, anda boleh menempatkan barangan anda di tempat yang dikhaskan.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.