Home » , » Cara Masak Bubur Nasi Untuk Bayi

Cara Masak Bubur Nasi Untuk Bayi

Cara masak bubur untuk bayi atau ‘baby’ anda tidak jauh berbeza dengan memasak bubur biasa tetapi perlunya memasak dengan berhati-hati agar bubur yang telah dimasak telah benar-benar lembut sepenuhnya supaya bayi anda boleh memakan bubur tersebut tanpa mengalami masalah.

Panduan menu penyediaan ini hanya disyorkan bagi bayi yang telah mencapai enam bulan keatas kerana dikhuatiri bayi yang kurang dari enam bulan masih tidak mampu menghadam bubur yang telah dimasak.

Cara penyediaan bubur nasi
Sebelum diterangkan dengan lebih lanjut, ada baiknya anda mengetahui bahan-bahan yang perlu disediakan agar dapat memahami gambaran sepenuhnya cara penyediaan bubur nasi yang cukup simple dan senang disediakan tanpa menggunakan banyak bahan.

Bahan-bahan
1. 1 cawan beras
2. Beberapa hiris isi ayam
3. Sedikit lobakmerah
4. Sedikit sayur brokoli hijau
5. Sedikit sayur brokoli putih
6. Air secukupnya
7. 2 ulas bawang putih
8. Blender

Penerangan penyediaan
Masukkan beras yang telah dibasuh  berserta dengan air bersih secukupnya ke dalam periuk dan dengan menggunakan api yang sederhana, biarkan sehingga mendidih. Kacau bubur tersebut sehingga ianya benar-benar telah lembut. Tambahkan air jika perlu.

Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil berserta sayur brokoli hijau dan putih, lobak merah dan juga 2 ulas bawang putih. Biarkan sehingga masak sepenuhnya bahan-bahan yang dimasukkan itu tadi.
Apabila bubur yang telah dimasak telah masak sepenuhnya berserta bahan-bahannya sekali, matikan api dan masukkan kesemua bubur ke dalam blender  atau mesin pengisar.

Dengan menggunakan blender, kisar semula bubur yang  telah dimasak tersebut untuk menghancurkan bubur, ayam dan sayuran supaya ianya benar-benar menjadi lembut dan selamat dimakan oleh anak atau bayi anda.

Apabila telah selesai, masukkan bubur ke dalam bekas  atau mangkuk yang sesuai untuk bayi anda. Biarkan seketika untuk membolehkan bubur menjadi agak sejuk dan ianya bersedia untuk dihidangkan kepada 'baby' anda untuk menu makan yang berkhasiatnya.

Cara penyediaan ini amat sesuai untuk bayi anda kerana bubur ini amat mudah dicerna oleh perut bayi anda serta memiliki kandungan nutrisi  yang baik untuk anak anda. Sekiranya anda mempunyai cara yang lain, berkongsi dengan kami disini untuk kebaikan pembaca.






Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.