Bagi anda yang baru menetap di Labuan, mungkin anda amat
tertarik untuk membeli kereta di pulau ini lebih-lebih lagi harga kereta di
pulau ini dikatakan amat murah kerana pulau ini adalah antara pulau bebas cukai
selepas Langkawi dan Pulau Tioman.
Apabila anda berada di pulau ini, anda tidak perlu merasa hairan dengan kebanyakan kenderaan yang digunakan oleh penduduk di pulau ini adalah terdiri dari kereta jenama yang terkenal seperti Toyota, Mitsubishi, Lexus, Ford, BMW, Nissan, Subaru, Volkswagon, Audi, Volvo, dan bayak lagi, dan sebahagian kecilnya, menggunakan kereta tempatan. Persoalannya, beraloikah anda membeli kereta bernombor pendaftaran Labuan?

Fikirkan Kedudukan kewangan terlebih dahulu
Sebelum anda
merancang untuk membeli kereta di pulau ini, ada baiknya anda memikirkan
semasak-masaknya tentang rancangan anda terutama sekali dari segi kedudukan
kewangan anda kerana anda lah yang akan menanggung sepenuhnya bayaran bulanan
sewa beli kenderaan tersebut.
Apa yang pasti, walaupun pulau ini adalah pulau bebas cukai, kebanyakannya barangan makanan di pulau ini adalah mahal berbanding dengan harga di tanah besar kerana kos pengangkutan barangan makanan ke Labuan selain kos rumah sewa yang amat tinggi di pulau ini, walau begitu jika anda mempunyai pendapatan yang tinggi, anda telah pastinya tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya membeli kenderaan di pulau ini.

Antara hal yang perlu anda fikirkan, berapakah lama anda
menetap di pulau ini?
Jika anda menetap dalam anggaran 2 hingga 3 tahun, ada baiknya anda harus menanguhkan dahulu rancangan anda untuk membeli kenderaan di pulau ini kerana, anda harus memikirkan kos bayaran cukai untuk bayaran kenderaan anda kerana, kos cukai ini agak mahal bergantung kepada jenis kenderaan yang anda beli.
Ramai individu yang terpaksa melakukan bayaran cukai kenderaan yang amat mahal untuk membolehkan kereta yang mereka beli memperolehi pelepasan untuk dibawah keluar dari pulau Labuan.
Sesetengah dari mereka misalnya telah membeli kereta Toyota Fortuner dan dalam masa anggaran 2 tahun, telah ditukarkan ke tempat lain menyebabkan ada yang terpaksa menanggung beban cukai boleh mencapai sehingga RM40K, kerana ketiadaan wang yang cukup, ,ereka terpaksa menjual kereta tersebut kepada pihak ketiga.

Fikirkan tentang kedudukan kerjaya anda
Bagi anda yang berkerja swasta, fikirkan semula sejauh mana
kukuhnya kedudukan syarikat tempat anda bekerja kerana sekiranya anda
diberhentikan kerja disebabkan pengurangan pekerja, bagaimanakah anda melakukan
bayaran kereta anda belum lagi termasuk bebanan bayaran-bayaran yang lain seperti sewa rumah, bil-bil dan sebagainya.
Perkara ini sering terjadi terutama sekali kepada pekerja dari syarikat cari gali yang mana ramai yang telah diberhentikan kerja disebabkan penurunan harga minyak di peringkat global hinggakan mereka terpaksa menjual kereta mereka kepada pihak ketiga.

Pemilihan kereta dari jenama popular
Sekiranya anda tidak menghadapi sebarang masalah untuk
membeli kereta di pulau ini lebih-lebih lagi mungkin anda adalah penduduk tetap
di pulau ini, anda dinasihatkan untuk membeli kereta di pulau ini dari jenama
yang popular seperti dari jenama Toyota, Honda, atau dari kereta dari jenama
tempatan kerana mudah untuk mendapatkan alat ganti.Apa yang istemewanya kenderaan di pulau ini adalah harga sememangnya amat murah berbanding dengan harga di tanah besar dan anda tidak menghadapi masalah untuk membeli kereta ini kerana bayaran bulanan yang agak rendah dan mampu untuk dimiliki. Baca juga artikel Cara Kira Loan Kereta untuk pengetahuan anda semasa membeli kenderaan.
# Sumber Photo: Toyota Malaysia
Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.