Home » » Top Website Bank Paling Kerap dilawati Di Malaysia

Top Website Bank Paling Kerap dilawati Di Malaysia

Tahukah anda apakah website bank yang paling kerap dilawati oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia melalui online sahaja?

Website bank-bank ini amat mempengaruhi kredibiliti kekukuhan sistem pentadbiran kewangan mereka dengan hanya melihat jumlah pengunjung  yang melawat web khas syarikat perbankan ini.

Web yang tersenarai mempunyai berpuluh ribu pengunjung di setiap beberapa jam dan ia boleh mencapai sehingga beratus ribu pengunjung setiap hari. Info ini diperolehi dari alexa.com pada tahun 2016, walau begitu, sebenarnya ranking ini boleh berubah-ubah bergantung kepada pengunjung itu sendiri.

7 Maybank2u.com.my (Rank 7)
Berada di tangga ke 7 web yang paling kerap sekali dikunjungi di Malaysia dan rank ini mampu bertahan agak lama.

Web ini adalah sebagai perkhidmatan secara di dalam talian khas kepada pengguna Maybank bagi menyemak baki akaun, transaksi ke pihak ketiga, pembayaran bil-bil seperti bil astro, bil api, bayaran kad kredit, pembelian topup, dan pelbagai lagi kemudahan.
Cimbclicks.com.my (Rank 19)
Berada di tangga ke 19 di dalam rank alexa.com, web ini tidak kurang hebatnya yang memiliki berjuta ahli. Web ini disediakan sebagai kemudahan kepada pengguna mereka untuk melakukan transaksi kewangan secara di dalam talian, semakan baki akaun, bayaran bil-bil, dan banyak lagi kemudahan yang lain khas pengguna bank ini.

Pbebank.com (Rank 34)
Website bank ini berada di kedudukan rank ke 34 di dalam senarai alexa.com. Website ini juga menawarkan kemudahan kepda penggunanya dalam online banking bagi semakan baki akaun, transaksi ke akaun pihak ketiga, bayaran bil, dan pelbagai lagi kemudahan-kemudahan yang lain.

Hongleongconnect.my (Rank 87)
Web Hongleongconnect.my berada di ranking yang ke 87 di Malaysia, sama seperti online banking yang lain, web ini menawarkan semakan baki, transaksi wang ke akaun pihak ketiga, pembayaran bil, dan banyak lagi tawaran yang menarik dan bermanfaat bagi kemudahan pengguna mereka.

Hsbc.com.my ( Rank 91)
Nama panjang bagi bank HSBC adalah Hongkong and Shanghai Banking Corporation. Bank ini ditubuhkan pada tahun 1865. Bank ini  berada di ranking ke 91 dan memberi perkhidmatan kepada pengguna di Malaysia mengenai semakan baki akaun semasa, transaksi, pembayaran bil dan pelbagai lagi.

Rhb.com.my (Rank 135)
Web bank ini di tangga ke 135 dalam ranking bank yang paling kerap dilawati secara online di Malaysia. Web ini menawarkan online banking kepada pengguna Rhb Bank mengenai semakan baki kewangan semasa, pembayaran bil-bil yang mempunyai link dengan bank ini, transaksi wang ke akaun pihak ketiga.

Citibank.com.my (Rank 142)
Sesetengah dari anda mungkin menaggap bank ini kurang popular tetapi dari jumlah pelawat yang datang ke web bank ini, bank ini sememangnya memiliki pengaruhnya yang tersendiri. Berada di tangga ke 142, bank ini menawarkan kemudahan kepada pengguna mereka seperti semakan baki akaun semasa, transaksi ke akaun pihak ketiga, insuran, pelaburan, pembayaran bil, dan pelbagai lagi kemudahan yang ada.

Uob.com.my (Rank 155)
Beribu pejabat di Kuala Lumpur, Bank ini berada di tangga ke 155 dan menawarkan kemudahan personal internet banking kepada pengguna mengenai semakan baki akaun peribadi, pembayaran bil-bil, pembiayaan peribadi, kad kredit, dan pelbagai lagi.

Bankislam.biz (Rank 422)
Bank ini berada di ranking ke 422 di Malaysia. Bank ini menawarkan oline banking kepada penggunanya bagi semakan baki akaun semasa, pembayaran bil-bil, pembayaran reload, pemindahan wang di dalam talian, dan tawaran-tawaran yang lain.

Ini adalah website bank top 10 dalam rank.alexa.com. Ranking ini akan berubah-ubah setiap masa tetapi bagi bank yang memiliki pengaruhnya tersendiri, ia mampu mempertahankan rankingnya di dalam tempoh yang lama.

Di tangga ke 9 dan tangga ke 10 sebenarnya daripada alamat bank maybank.com.my dan juga Rhb Group tetapi oleh kerana ia adalah bank yang sama seperti dinyatakan diatas, bankislam.biz adalah pelengkap bagi rang ke 9 walaupun berada di rangking 422.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rank-rank ini, anda boleh mengunjungi alexa.com sebagai web yang menyimpan data-data dan analisis bilangan purata pengunjung  bagi seluruh web di seluruh dunia. Baca juga, Top 10 portal Berita Online Paling Kerap Dikunjungi Di Malaysia.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Comments containing the active link, promotion, requesting a visit again, will not be displayed.